fbpx
Now Reading
Keluarga Unik, Anak-Anak Boleh Bercakap 4 Bahasa Kerana Perkahwinan Campur [Video]

Keluarga Unik, Anak-Anak Boleh Bercakap 4 Bahasa Kerana Perkahwinan Campur [Video]

Menurut Hajar, ia adalah amat penting buatnya dan suami untuk mengajar anak-anak mahir menggunakan bahasa ibunda mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Individu yang boleh memahami dan mahir menggunakan pelbagai bahasa merupakan salah satu kelebihan.

Apatah lagi jika bahasa yang dikuasai itu merupakan bahasa utama yang sering digunakan di sesebuah negara.

Ini kerana, ia bukan sahaja mudah untuk mereka berkomunikasi sebaliknya boleh menggunakannya apabila bekerja kelak kerana mempunyai kelebihan dalam kemahiran berbahasa.

Anak kecil mahir 4 bahasa hasil perkahwinan campur

Perkara sama turut dikuasai oleh anak-anak kecil ini apabila mereka mahir mengguna dan memahami empat jenis bahasa hasil daripada perkahwinan campur.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang doktor @hajarangelique di TikTok, kelihatan ketiga-tiga anak kecilnya boleh bertutur bahasa Tamil, Hakka, Melayu dan Inggeris.

Menurut Hajar, suaminya adalah seorang ‘Chindian’ hasil daripada perkahwinan campur di mana bapanya berbangsa Cina dan ibu pula berbangsa India.

Mereka kemudian berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Dalam video yang dikongsikan kelihatan Hajar dan keluarga mentuanya sedang berkumpul dan makan bersama-sama.

Tidak lama kemudian, kedengaran anak perempuan Hajar meminta makanan kepada neneknya dalam bahasa Melayu.

Selepas meminta makanan itu, kedengaran dia kemudian bercakap bahasa Tamil dan Inggeris.

Nak kekalkan anak-anak tahu bahasa ibunda

Bukan hanya itu, mereka juga boleh memahami apabila datuknya bertutur menggunakan bahasa Hakka.

“Bila berkahwin bercampur, semua bahasa campur sekali. Penting ya kekalkan bahasa ibunda,” kata Hajar.

Jelas Hajar lagi, ia bukan perkara yang mudah untuk mengajar anak banyak bahasa namun mereka tetap mencuba.

“Kalau suami fasih cakap enam bahasa. Harap anak-anak saya dapat mewarisi perkara itu,” jelasnya lagi.

Melihat akaun TikTok Hajar, kelihatan dia banyak berkongsi mengenai keluarga uniknya yang hidup dengan harmoni dan bahagia.

Malah ia menjadi insipirasi buat orang ramai yang suka melihat keharmonian keluarga terbabit.

@hajarangelique

Bukan senang nak ajar byk bahasa ya, tapi kita cuba. Kalau husband fasih ckp 6 bahasa, hopefully my kids will inherit that too 🤗 #fyp #foryou #foryoupage #fypageシ #keluargamalaysia

♬ original sound – hajarangelique – hajarangelique

Ramai kagum kanak-kanak boleh faham dan bertutur banyak bahasa

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan melihat anak-anak kecil itu mempunyai kemahiran bertutur pelbagai bahasa.

Malah ada yang mengatakan mereka begitu beruntung kerana dapat mempelajari banyak bahasa yang ada di negara ini.

Tidak kurang juga ada yang seronok mendengar anak kecil itu bercakap dan berkongsi pengalaman mereka yang pernah mendengar perkara sama.

“Nenek-nenek selalu akan pastikan makanan di atas meja sentiasa terisi”
“Jiran saya dulu Cina campur India. Anak-anak cantik dan handsome. Boleh bertutur 4 bahasa, seronok dengar mereka bergaduh, semua bahasa keluar.”
“Family ibu saya macam ni. Ibu saya India mualaf, jujur best sangat”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.