“Sampai Macam Tu Sekali” – Ramai Persoal Tindakan Orang Ramai Berebut Barang Ketika Jualan Murah [Video]
Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi jualan lelong yang diadakan oleh kedai aksesori motosikal, ESR Motor di Kangar, Perlis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa sahaja yang tidak suka dengan jualan murah atau sale? Bila dengar sahaja tentang ini, pasti ramai yang berpusu-pusu datang ke kedai yang menawarkan penjimatan sedemikian.
Manakan tidak, inilah masanya peluang untuk mendapatkan barang yang dijual dengan harga jauh lebih murah.
Oleh sebab itu, ada yang sanggup berkorban masa dan beratur demi menjadi yang terawal.
Namun, ada segelintir individu dilihat sanggup bertindak di luar batas merebut barang jualan murah ini.
Pelanggan Rebut Barang Hingga Ada Tertolak Sesama Sendiri
Itulah yang dilakukan oleh segelintir pelanggan sempena jualan murah yang diadakan oleh sebuah kedai aksesori motosikal.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @k4k4_95, kelihatan lebih daripada puluhan pelanggan sedang berebut barang aksesori itu.
Mereka dilihat saling tolak-menolak antara satu sama lain semata-mata mahu memiliki barang yang diingini.
Ada Yang Sampai Tertonggeng Gara-Gara Ditolak
Apa yang turut menjadi perhatian ada di antara mereka yang merebut rim tayar motosikal antara satu sama lain.
Walaupun rim tersebut pada mulanya berada pada tangan salah seorang daripada mereka, namun tiga individu lagi merebut barang tersebut hingga akhirnya terlepas dari tangan seorang pemuda itu.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi jualan lelong yang diadakan oleh kedai aksesori motosikal, ESR Motor di Kangar, Perlis.
“Penangan cuci gudang ESR Motor. Sampai tertonggeng berebut,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan, barang aksesori motosikal yang dijual dalam jualan lelong itu hanyalah bermula dari RM10 hingga RM50.
@k4k4_95 penangan clear stor e⚡️r motor sampai tertungging berebut 😂 #esrmotor #fyp
♬ original sound – MAN KINABALU – MAN KINABALU
Pemilik Kedai Cari Pemuda Tular Rebut Rim
Susulan dari hantaran yang tular, pemilik ESR Motors dalam satu hantaran di Instagram milik mereka mahu mencari pemuda asal yang pada awalnya telah mendapat rim tayar motosikal itu.
“Siapa kenal adik yang tengah ni? Tolong bagitahu dekat dia datang kedai saya. Saya nak bagi sesuatu,” tulisnya.

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih atas sambutan yang diberikan oleh pelanggannya dalam sesi jualan murah tersebut dan memohon maaf atas sebarang kekurangan.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang datang support Lelong 1.0. Pertama kali saya minta maaf sebab tak dapat nak kawal dengan sempurna.
“Sebab terlalu ramai dan kami tak jangka akan ramai sampai macam ini. Insya-Allah akan ada Lelong 2.0 yang lebih padu,” tulisnya.

Pemuda Rebut Rim Berjaya Dapat Hadiah Dari Pemilik Kedai
Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaharu di TikTok @esrshahalam, pemuda berkenaan telah datang ke kedai terbabit bagi bertemu dengan pemilik premis seperti yang diminta.
Yang menariknya, dia menerima sepasang rim alloy berjenama S Strong yang diberikan dari pemilik premis tersebut.
Menerusi semakan kami, harga rim berkenaan ialah sekitar RM200.00 sepasang.
@esrshahalam Replying to @Esr Shah Alam Tahniah dik….
♬ оригинальный звук – 𝑴 𝑲 𝑩 𝑨 𝑺 𝑺 𝑴 𝑼 𝒁
Ramai Persoal Tindakan Pelanggan Berebut Barang
Video yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal tindakan segelintir individu terbabit yang bertindak agresif merebut barang.
Malah, ada yang tertanya-tanya adakah harganya terlalu murah hingga mereka perlu bertindak sedemikian.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Weyh Yang Rim Tu Kenapa Sampai Macam Tu Sekali?”

“Apalah Nak Jadi, Benda Tu Pon Berebut”

“Harga RM10 Hingga RM50, Mahu Tak Gaduh, Beli Murah Boleh Jual Balik”

“Orang Dah Pegang Tu Biar Jelah”

“Yang Terpelanting Tu Dah Dapat Habuan Baru Dari ESR, Kesian Dia”

Baca Artikel Berkaitan: Berang Dapat Bidaan Murah, Peniaga Lepas Geram Koyakkan Baju Jualan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]