fbpx
Now Reading
“Ada Paru-paru Insang Ke?”- Wanita Selamba Buat Lip Sync Dalam Kolam Renang Buat Ramai Kagum [Video]

“Ada Paru-paru Insang Ke?”- Wanita Selamba Buat Lip Sync Dalam Kolam Renang Buat Ramai Kagum [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita berkenaan berada dalam air turut melakukan sedikit pergerakan seperti menari sambil melakukan lip sync lagu Angkat nyanyian Mimi Fly.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan media sosial kini telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri seperti muzik, perfileman, perniagaan dan banyak lagi.

Malah di masa kini kita juga dapat melihat ramai penyanyi yang mula menggunakan media sosial sebagai salah satu platform dalam mempromosikan lagu yang dihasilkan.

Ia menjadi lebih rancak apabila orang ramai tampil menggunakan lagu tersebut sebagai muzik latar bagi tarian dengan tarian dalam hantaran mereka di media sosial.

Wanita buat lip sync dalam air raih perhatian

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Eyra Fadz turut tidak ketinggalan untuk melakukan trend dengan melakukan lip sync menggunakan lagu Angkat yang dinyanyikan oleh Mimi Fly.

Namun apa yang menarik perhatian lip sync tersebut dilakukan oleh Eyra di dalam air iaitu kolam renang sambil mengenakan pakaian seperti ikan duyung.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Eyra awalnya dia memberikan Point Of View (POV) melakukan lip sync sambil menahan nafas di dalam air.

Gerakan mulut dengan lirik lagu sama

Malah sewaktu melakukan lip sync itu kelihatan dia turut membuka mulutnya mengikuti lirik sambil menari dan memegang kamera untuk membuat rakaman.

Dalam beberapa lagi video Eyra turut menunjukkan video asal dia merakamkan lip sync berkenaan selepas ada yang mendakwa rakaman itu seperti disunting dengan menggunakan skrin hijau (green screen).

Menerusi semakan kami, Eyra merupakan seorang jurulatih renang seperti ikan duyung (mermaid instructor). Malah dalam beberapa video dia juga ada memuat naik beberapa aksi beraninya dengan pelbagai pakaian ikan duyung yang cantik.

@eyrafadz

Replying to @HIKARINISA cause im a mermaid so i dont need green screen 🫶🏻✨🧜🏻‍♀️💦 #muslimahmermaid #mermaidhijab #pengantinmermaid

♬ original sound – Eyra Fadz – Eyra Fadz

Ramai kagum luhat kebolehan wanita boleh buat lip sync dalam air

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan kebolehan Eyra yang mampu menahan nafas dalam tempoh lama sewaktu berada di dalam air.

Malah wajahnya juga kelihatan begitu bersahaja sewaktu melakukan lip sync tersebut dan ia sesuatu yang luar biasa.

Ada juga yang bertanya berapa lama masa yang diambil untuk merakamkan lip sync berkenaan, Eyra menjawab sekitar 20 saat.

“Macam mana dia boleh bertahan siap nyanyi lagi. Aku basuh muka pun dah tercungap-cungap”

“Kalau saya yang buat ni bukan lagi view beribu, rumah pun beribu yang datang.”

“Basuh muka masa mandi pun kadang tak cukup nafas ni kan pula lip sync dalam air, nazak terus aku.”

“Ada paru-paru sekali insang ke sis? Kita yang penat tahan nafas”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.