“Tengok Dinding Macam Lekuk” – Lelaki Kongsi Mata Hampir Buta Kerana Stres Melampau [Video]
Stres yang tidak dikawal dengan baik bukan sahaja menyebabkan anda lebih serabut, malah boleh mengakitkan penyakit mata, Central Serous Chorioretinopathy (CSC) yang dialami pengguna TikTok, Iman ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia tanpa mengira umur pastinya tidak boleh lari dari perasaan stres terutamanya apabila berdepan masalah kewangan, rumahtangga, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
Stres yang tidak dikawal dengan baik bukan sahaja menyebabkan anda lebih serabut, malah tahap kesihatan juga boleh terjejas kerana berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya.
Lebih membimbangkan lagi apabila stres yang melampau juga boleh membawa maut kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ dalam tubuh badan kita.
@yes_iman Stress sampai nak buta mata!! Orang tak nampak aku stress macam mana. Stress kerja, stress baca kecaman netizen, stress orang curi video affiliate, banyak benda lagi aku stress. Tapi aku tak tunjuk. Biar aku je yg simpan stress ni sendiri. Until one point my body cannot control it anymore. Please i need to calm my mind😭😭😭😭😭 #centralserousretinopathy #CentralSerousChorioretinopathy
♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil
Orang Ramai Beri Pelbagai Pendapat Untuk Bantu Lelaki Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kesihatan adalah nilai yang paling berharga dalam hidup walaupun dikurniakan dengan harta yang melimpah-ruah.
Selain itu, orang ramai juga memberi nasihat untuk mengubah gaya hidup dengan memperbanyakkan senaman serta riadah seperti mengambil udara segar di taman dan mendedahkan diri dengan cahaya matahari.
Pada masa yang sama, mereka juga menekankan tentang rehat yang secukupnya kerana ia secara tidak langsung menjadi punca kepada perubahan hormon dalam tubuh badan.

Ini Tips Untuk Kurangkan Stres
Bagi anda yang sering berhadapan dengan stres, jom kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda dalam mengurangkan stres. Antaranya:
- Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
- Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai
- Berurut
- Beribadat
- Mendengar muzik
- Bersenam
- Berfikiran positif

Selain itu, ada juga makanan yang boleh menjadikan stres anda lebih terkawal seperti:
- Minuman panas
- Coklat gelap (Dark chocolate)
- Ikan
- Pisang
- Air
Ingat ya, jangan stres sangat. Tak bagus untuk badan. Happy happy je okey? 😊
Baca Artikel Berkaitan: Jom Lihat 10 Tips Untuk Mengawal & Menangani Stres Atau Tekanan
Baca Artikel Berkaitan: Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Boleh Redakan Stres
Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Stres & Burnout? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu