fbpx
Now Reading
Tular Kanak-Kanak Terputus Cuping Telinga Digigit Kuda, Bapa Dedah Kisah Sebenar

Tular Kanak-Kanak Terputus Cuping Telinga Digigit Kuda, Bapa Dedah Kisah Sebenar

Jelas bapa mangsa, kuda tersebut turut menghantuk kepala anaknya dan terkena besi hingga menyebabkan kepala anaknya itu turut cedera manakala cuping telinga kiri koyak dan terputus.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ramai yang tahu, pada ketika ini kebanyakan pelajar sekolah sedang menghabiskan cuti hujung tahun.

Sudah pastinya kebanyakan ibu bapa akan mengambil peluang ini dengan membawa anak mereka pergi bercuti sebelum kembali bersekolah.

Selain tempat menarik seperti taman tema air atau rekreasi, tempat haiwan seperti zoo atau ladang juga sering menjadi pilihan kebanyakan orang.

Ini kerana dengan pemilihan tempat sebegitu membolehkan si kecil berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat haiwan berkenaan.

Percutian Bertukar Menjadi Tragedi, Cuping Telinga Anak Terputus Kerana Digigit Kuda

Baru-baru ini, tular di media sosial pengalaman percutian sebuah keluarga yang sepatutnya menyeronokkan namun bertukar menjadi ngeri apabila seorang kanak-kanak lelaki digigit kuda.

Menerusi hantaran yang dikongsikan sendiri oleh bapa kanak-kanak itu di Facebook Emy Suhaimi, dia berkongsikan momen yang mencemaskan mereka sekeluarga.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat kanak-kanak lelaki berkenaan berada berhampiran pagar kandang haiwan bagi melihat kuda tersebut dengan lebih dekat.

Malangnya, haiwan tersebut secara tiba-tiba dilihat mengigit kepala budak lelaki berkenaan hingga menyebabkan cuping telinganya terputus.

Hantaran yang tular itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang bersimpati malah ada yang mahu mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik ladang terbabit.

Anak Baru Selesai Menunggang Kuda, Diajak Bergambar Dalam Kawasan Berpagar

Menceritakan lebih lanjut tragedi berkenaan, bapa kanak-kanak yang dikenali sebagai Suhaimi Mohd Rafi menjelaskan dia bersama isteri serta anaknya, Muhammad Aniq Farhan yang berusia enam tahun itu datang ke ladang agro tersebut setelah selesai urusan di Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu.

“Kami tiba di ladang agro sekitar 5.30 petang, selepas membeli tiket kami masuk dan melihat beberapa haiwan di situ, ketika mahu beredar anak mahu melihat dan bergambar dengan kuda di situ.

“Anak saya dibenarkan menunggang kuda itu dengan bayaran tiket dan dikawal penjaga kuda, selesai menunggang kami diajak bergambar di dalam kawasan berpagar, ketika itulah kejadian berlaku,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Kuda Turut Hantuk Kepala Anak

Kongsi Suhaimi lagi, anak lelakinya itu berasa teruja dan meminta dia mengambil video serta gambar bagi merakam momen berkenaan.

Namun, secara tiba-tiba seekor kuda yang berada berhampiran dilihat mengigit telinga anak lelakinya itu.

“Kuda itu turut menghantuk kepala anak dan terkena pada besi menyebabkan kepalanya turut cedera manakala cuping telinga kiri koyak dan terputus,” ujarnya.

Dakwa Pemilik Ladang Bercakap Kasar, Hanya Wakil Yang Datang Berjumpa

Dakwa Suhaimi yang berusia 31 tahun itu, dia ada menghubungi pemilik ladang agro berkenaan ketika anaknya sedang mendapatkan rawatan di hospital swasta namun hanya dibalas dengan gaya percakapan yang kasar.

“Nasib baik wakilnya, seorang wanita datang ke hospital dan menenangkan kami, malah berjanji akan membayar pampasan.

“Anak menjalani pembedahan pada malam itu sebelum selesai kira-kira 1 pagi,” jelasnya lagi.

Pihak Ladang Agro Hanya Mampu Bayar RM500

Difahamkan, kos rawatan sebanyak RM10,400 ditanggung oleh pihak insurans manakala peguma pula menyarankan keluarga untuk meminta pampasan sebanyak RM5,000.

“Bagaimanapun, pihak agro farm memaklumkan hanya mampu membayar RM500 sahaja, sehingga kini mereka belum bayar satu sen pun sedang sudah berjanji.

“Anak saya yang mempunyai masalah austisme kini stabil dan telinganya selamat disambung, namun masih trauma.

“Ada yang menyalahkan saya membenarkan anak mendekati kuda, sebaliknya pekerja di situ memang benarkan kami untuk masuk dan anggap ia selamat,” katanya lagi.

Tonton video di sini.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Ingatkan Biawak’ – Wanita Warga Emas Terkejut Kaki Kiri Digigit Anak Buaya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Cemas Punggung Digigit Ular Ketika Buang Air Besar, Bersyukur Tak Kena Alat Sulit

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.