Anggota JPJ Menyamar Jadi Penumpang Saman Pemandu Bas Kantoi Guna Telefon Semasa Memandu [Video]
Kesalahan lain yang dilakukan oleh pemandu terbabit adalah memandu di lorong kanan secara berterusan serta berhenti mengambil penumpang di kawasan yang tidak sepatutnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Peraturan dan undang-undang jalan raya yang ada di Malaysia diwujudkan untuk memastikan keselamatan pengguna termasuk pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab enggan mematuhi undang-undang ini.
Apa yang lebih membimbangkan, pemandu kenderaan berat termasuk bas yang membawa penumpang turut tidak mematuhinya.
Pemandu bas disaman anggota JPJ yang menyamar jadi penumpang
Seperti baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang menerusi Ops Tahun Baru Cina 2025 telah menyaman seorang pemandu bas yang didapati melakukan beberapa kesalahan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok JPJ Pahang, kesalahan pemandu tersebut terbongkar selepas seorang anggota JPJ telah menyamar menjadi salah seorang penumpang bas komersial berkenaan.
Difahamkan, operasi sempena Tahun Baru Cina itu telah mula dijalankan pihak JPJ sejak minggu lalu untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Pemandu bas kantoi guna telefon bimbit semasa memandu
Dalam video terbabit, anggota JPJ itu menyatakan antara kesalahan yang dikesan telah dilakukan oleh pemandu bas berkenaan adalah penggunaan telefon bimbit semasa memandu.
Menerusi rakaman yang dikongsikan secara sembunyi, kelihatan pemandu bas itu bergelak ketawa semasa menghubungi seseorang selain kelihatan bermain telefon bimbitnya.
Kata anggota itu lagi, kesalahan lain yang dilakukan oleh pemandu terbabit adalah memandu di lorong kanan secara berterusan serta berhenti mengambil penumpang di kawasan yang tidak sepatutnya.
“Sebenarnya kita dah mulakan operasi Tahun Baru Cina, jadi saya kena ambil tindakan, tindakan keluarkan saman kepada encik,” kata anggota itu.
@jpjpahang PENYAMARAN SEBAGAI PENUMPANG BAS SEMPENA OPS TAHUN BARU CINA 2025 #jpjpahang #JPJMalaysia #opstbc2025 #tahunbarucina #basekspresmalaysia ♬ original sound – JPJ Pahang
Malah, salah satu tayar pada bas berkenaan juga didapati bermasalah, sehubungan itu anggota terbabit menasihati agar pemandu tersebut memeriksa dahulu sebelum meneruskan perjalanan untuk mengelak daripada sebarang masalah berlaku di atas jalan raya.
Kenderaan berat memang tak dibenarkan memandu di lorong kanan secara berterusan
Sekadar info, mengikut undang-undang, kenderaan berat seperti bas dan lori sememangnya tidak dibenarkan untuk memandu di lorong kanan secara berterusan kecuali memotong.
Perkara itu merupakan satu kesalahan di bawah Kaedah 4A Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959 iaitu memandu secara berterusan di lorong kanan dan kompaun maksimum bagi kesalahan ini adalah RM300.
Kepada semua pemandu-pemandu di jalan raya, hati-hati anda sedang diperhati. 👀
Baca Artikel Berkaitan: Tular JPJ Johor Saman Pemandu Potong Di Garisan Berkembar, Siap Ada Yang Minta ‘Kawtim’ [Video]
Baca Artikel Berkaitan:



