fbpx
Now Reading
“Sisi Baik Rakyat Malaysia” – Lelaki Dipuji Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Kereta [Video]

“Sisi Baik Rakyat Malaysia” – Lelaki Dipuji Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Kereta [Video]

Menurut lelaki dikenali sebagai Ruhaizak, pelancong dari China itu tidak mempunyai spanar yang sesuai untuk membuka nat tayar kereta sewanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rakyat Malaysia sangat sinonim dengan sikap mereka yang budi pekerti dan suka membantu orang lain yang berada dalam kesusahan tidak kira dengan penduduk tempatan atau pelancong asing.

Sikap itu sememangnya akan membuka mata orang luar tentang keunikan dan kebaikan bercuti di negara ini. Seperti terdahulu, seorang pelancong yang juga merupakan YouTuber menitiskan air mata kerana begitu terharu dengan kebaikan warga Malaysia.

Menerusi video perkongsian, seorang penumpang kereta api telah menghulurkannya beberapa batang sate ikan meskipun tidak mengenali siapa mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan

Lelaki Bantu Tolong Tukar Tayar Kereta Disewa Pelancong Dari China

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ruhaizak (@ruhaizak) berkongsi kisahnya membantu sekumpulan pelancong dari China yang terkandas di tepi jalan.

Menurut Ruhaizak, pelancong tersebut menghadapi masalah dengan tayar kereta sewanya. Oleh disebabkan itu, mereka perlu menukarnya dengan tayar gantian.

Namun mereka gagal melakukannya kerana mereka tidak mempunyai spanar yang sesuai untuk membuka dan memasang nat tayar berkenaan. Prihatin dengan kesusahan dilalui para pelancong, Ruhaizak bertindak membantu mereka.

Lelaki ini juga sanggup berpatah balik ke rumah untuk mengambil alatan yang diperlukan.

Ruhaizak & Rakan Ikhlas Bantu, Tak Terima Pemberian Wang

Terharu dengan sikap baik hati warga tempatan yang menolong, pelancong terbabit dilihat menghulurkan sejumlah wang dan juga dua tin minuman kepada Ruhaizak dan rakannya sebagai tanda terima kasih.

“Nak juga hulur dia tak tahu kami ikhlas,” ujar Ruhaizak.

Walaupun pemberian itu ditolak berkali-kali, seorang pelancong wanita masih berkeras untuk memberikan sedikit hadiah buat mereka.

Melihat rakyat China yang bersungguh-sungguh itu, Ruhaizak dan rakan akhirnya mengambil tin minuman yang ditawarkan namun dia tetap menolak pemberian wang tunai itu.

“Seronok dapat balik katanya. Jenuh la dia tahan kereta lain tak nak berhenti,” kata penunggang motosikal tersebut.

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas hantaran ini meraih sejumlah 2.1 juta setakat artikel ini ditulis (23 Januari).

@ruhaizak

kejadian balik kerja td..

♬ original sound – TeoAzman

Ramai Puji Ruhaizak & Rakan Kerana Bantu Pelancong Asing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Ruhaizak dan rakan kerana tidak berkira membantu insan yang memerlukan.

“Alhamdulillah saya bangga sangat dengan adik. Semoga ramai lagi orang kita macam ni, menolong sebab ikhlas. Tahniah, semoga semua urusan dipermudahkan,” kata seoramg wanita.

Malah, ramai juga berkata tindakan Ruhaizak bersama rakannya itu telah menaikkan imej negara dengan sikap warga tempatan yang baik hati.

“Terbaik bang. Diorang balik tanah besar nanti akan cerita kebaikan orang Malaysia. Tolong-menolong tu seikhlas hati tanpa harapkan balasan. Berbudi bahasa dah semestinya. Respect,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berkata sikap suka menghulurkan bantuan ini tidak sesekali akan merugikan anda.

“Ingatlah kalau kita baik kepada orang lain, pada satu hari nanti pasti orang lain bantu kita. Kalau bukan kita mesti dekat saudara mara. Contoh yang baik,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@ruhaizak)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Sekumpulan Mat Saleh Angkat & Alihkan Kereta Halang Laluan Bas Curi Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Are Wonderful People” – Tular Orang Awam & Mat Salleh Bantu Kutip Tin Atas Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.