“Perpisahan Alam Lain Ni” – Ramai Terhibur Lihat Guru Nyanyi Lagu Pergi Tak Kembali Ketika Majlis Perpisahan Pelajar [Video]
Apa yang menjadi perhatian adalah lagu Pergi Tak Kembali nyanyian asal kumpulan Rabbani itu dianggap tidak kena dengan majlis perpisahan apatah lagi liriknya yang berkisahkan tentang kematian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kebiasaan, setiap sekolah akan mengadakan majlis perpisahan khususnya buat pelajar tahun enam atau tingkatan lima.
Pastinya majlis itu diadakan secara besar-besaran bagi menghargai masa mereka sepanjang tempoh tersebut.
Selain diraikan dengan jamuan makan, ada juga sesi salam hormat di antara guru dan pelajar buat kali terakhir.
Tidak hanya itu, ada juga sekolah yang mengadakan persembahan istimewa sempena meraikan majlis tersebut.
Guru Pilih & Nyanyi Lagu Pergi Tak Kembali Ketika Persembahan
Lazimnya, lagu yang dipilih ketika membuat persembahan sudah semestinya berkaitan dengan perpisahan sekolah.
Namun, lain pula dengan dua orang guru ini apabila menjadikan lagu perpisahan bertemakan kematian ketika membuat persembahan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cikgu.adie, kelihatan dua guru tersebut secara bersahaja sambil duduk di atas kerusi mendendangkan lagu Pergi Tak Kembali nyanyian asal oleh kumpulan nasyid terkenal, Rabbani.
Lirik Lagu Tak Kena Dengan Situasi
Apa yang menjadi perhatian adalah lagu yang dinyanyikan dianggap tidak kena dengan majlis apatah lagi liriknya yang berkisahkan tentang kematian.
“Berpisah kita selamanya. Kita tak sama, nasib di sana baikkah atau sebaliknya. Berpisah sudah segalanya, yang tinggal hanyalah kenangan.
“Diiring doa dan air mata yang pergi takkan kembali lagi,” nyanyi mereka menerusi video tersebut.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat juga beberapa pelajar berada di hadapan pentas sambil bersalam dengan beberapa guru yang lain.
“Majlis perpisahan di sekolah. Habis lagu nyanyi dah. Bantai Pergi Tak Kembali la, terus hilang sedih, jadi takut pulak,” kongsi pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan, majlis perpisahan itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang Jaya, Selangor.
@cikgu.adie majlis perpisahan di sekolah.. habis lagu dh nyanyi.. bantai Pergi Tak Kembali la.. terus hilang sedih.. jadi takut pulak.. hahahaha @rabbani_official97
♬ original sound – Cikgu Adie – Cikgu Adie
Ramai Terhibur Dengar Lagu Nyanyian Guru
Video yang telah mendapat lebih 420,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur apabila mendengar dendangan lagu Pergi Tak Kembali itu.
Ini kerana mereka berpendapat lagu tersebut hanya sesuai untuk situasi yang melibatkan kematian bukanlah perpisahan biasa.
Namun, ada juga yang mengaitkan pengalaman sendiri dengan situasi tersebut yang menggunakan lagu berkisahkan kematian ketika majlis perpisahan atau perkahwinan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Lagu Ini Bukan Perpisahan Sekolah Tapi Perpisahan Ke Alam Lain Ni”

“Murid Be Like: ‘Kitaorang Nak Tinggalkan Sekolah Je Cikgu, Bukan Nak Tinggalkan Dunia”

“Kawan Aku Buat Video Cikgu Pencen, Letak Lagu Terlalu Istimewa, Lepas Dah Siap Baru Perasan”

“Waktu Majlis Kahwin Kakak Saya, DJ Pasang Lagu Menanti Barzakh, Dia Cakap Sebab Mak Saya Request Lagu Nasyid”

“Cikgu Kan, 2 In 1 La, Majlis Perpisahan Tu Disambut Sambil Dia Tazkirahkan Semua Dalam Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kumpulan Pelajar Perempuan Sedih Berpisah Dengan Guru Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Mesti Cikgu Kesayangan” – Guru Terima Hadiah Rantai Emas Dari Murid Kelas Darjah 6 [Video]

