fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Penunggang Motosikal Langgar Palang & Jatuh Tergolek Lepas Guna Lorong Tol Kereta [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Penunggang Motosikal Langgar Palang & Jatuh Tergolek Lepas Guna Lorong Tol Kereta [Video]

Difahamkan, insiden motosikal tercium palang tersebut berlaku di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika anda perasan, kebanyakan plaza tol di Malaysia ada menyediakan laluan khas buat penunggang motosikal.

Kebiasaannya, laluan itu diwujudkan bagi memudahkan perjalanan di samping memastikan keselamatan mereka ketika menggunakan lebuh raya.

Namun entah mengapa ada sahaja segelintir penunggang yang dilihat lebih memilih untuk menggunakan laluan kenderaan seperti kereta di plaza tol sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Penunggang Motosikal Lalu Laluan Kereta

Itulah yang dilakukan oleh seorang penunggang motosikal yang membawa seorang pembonceng ketika berada di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Menerusi rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) di TikTok @_bud1805, kelihatan rider berkenaan dengan selamba memasuki lorong RFID.

Dia kemudiannya dilihat memintas sebuah kereta Perodua Myvi yang pada ketika itu sedang menunggu giliran untuk diimbas oleh pengimbas RFID itu.

Namun, pemandu kereta Myvi tersebut dilihat memandu secara perlahan dan memberhentikan kenderaannya sebaik melihat tindakan penunggang motosikal terbabit.

Penunggang & Pembonceng Jatuh Tergolek Lepas Gagal Lepas Palang Tol

Apa yang menjadi perhatian adalah penunggang motosikal itu gagal melepasi palang tol berkenaan hingga menyebabkan dia dan pembonceng jatuh serta-merta.

Malah, satu daripada palang terbabit turut dilihat bengkok ke atas akibat perlanggaran tersebut. Namun, pada akhir video berkenaan, dapat dilihat kedua-dua mereka segera bangun.

“Dia nak cuba nasib (lalu laluan RFID) tapi gagal,” tulis pengguna berkenaan menerusi di ruang kapsyen.

Insiden Motosikal Jatuh Undang Pelbagai Reaksi

Video yang telah mendapat lebih 171,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penunggang terbabit yang selamba memasuki laluan kenderaan lain.

Pengguna media sosial berpendapat insiden tersebut adalah balasan buat perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

Jika Terlepas, Kereta Perlu Bayar Dua Kali

Ini kerana tindakan mereka sekiranya berjaya akan menyebabkan palang kembali tertutup sekali gus kereta di belakang terpaksa membuat bayaran sebanyak dua kali.

Malah, ada yang mempersoalkan sebab mereka menggunakan laluan tersebut sedangkan ada laluan khas yang disediakan oleh pihak lebuh raya khusus buat motosikal yang pastinya tidak menyusahkan pengguna lain.

Namun, ada netizen tampil memberi alasan tersendiri dan mendakwa ada ketika laluan motosikal agak bahaya yang menjadi sebab segelintir rider mengelak dari menggunakan laluan tersebut.

Pendedahan tersebut menyebabkan segelintir netizen mendesak pihak berkuasa untuk melakukan pemantauan secara berkala.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Benda Free Nak Juga Lalu Yang Berbayar”

“Sakit Dapat, Malu Pun Dapat”

“Puas Hati Aku Tengok, Macam Tu Je Nak Ajar Orang Macam Ni”

“Polis Trafik Kena Check Ni, Sebab Ada Komen Cakap Diorang Lalu Laluan Motor Ada Jerat Dawai, Sebab Takut Diorang Ikut Tol”

“Teringat Dekat DUKE, Gini La Motor Tu Desup Masuk Ke Depan, Saja Aku Tak Gerak”

Baca Artikel Berkaitan: “Laluan Motor Kan Ada” – Ramai Geram Lihat Tindakan Rider Cuba Guna Lorong Kereta Di Plaza Tol [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Penunggang Motosikal Guna Laluan Kereta Rempuh Pengawal Keselamatan Tol [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.