“Letak Garam & Butter” – Minah Saleh Masak Nasi Seperti Pasta, Dakwa Ini Cara Yang Sebenar [Video]
Kata wanita itu, tempoh bagi nasi masak adalah bergantung kepada jenis beras yang digunakan tanpa perlu tunggu air untuk kering sepenuhnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai di antara kita yang pandai memasak nasi bukan? Tak susahpun sebenarnya yang penting tahu sukatan air supaya nasi tidak menjadi terlalu lembik dan keras.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan juga tidak banyak, hanya basuh beras terlebih dahulu kemudian masukkan air bersih ke dalam periuk berisi beras tadi dan masak seperti biasa, lagi mudah kalau guna rice cooker.
Beginilah cara yang dilakukan oleh kebanyakan orang, namun seorang wanita dari luar negara pula mendakwa bahawa cara tersebut adalah salah.
Cef minah saleh ajar cara masak nasi yang sebenar
Malah, minah saleh itu tampil menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@girlandthekitchen) dengan mengajar cara ‘memasak nasi yang sebenar’.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan yang mendakwa dirinya seorang cef peribadi mengatakan bahawa dia tahu bahawa selama ini ramai yang memasak nasi dengan cara yang salah.
Ajarnya, air perlulah diisi terlebih dahulu di dalam periuk kosong tanpa perlu disukat, kemudian panaskan air sehingga mendidih dan tambahkan sedikit garam.
Tunggu air mendidih baru letak nasi, lepas itu perlu tapis macam masak pasta
Setelah air mendidih, dia menuangkan beras ke dalam periuk dan tunggu sehingga 10 minit untuk nasi masak sepenuhnya.
Katanya, tempoh bagi nasi masak adalah bergantung kepada jenis beras yang digunakan tanpa perlu tunggu air untuk kering sepenuhnya.
Apabila nasi sudah masak, toskan ia seperti pasta, kemudian letakkan mentega ke dalam nasi dan gaul hingga rata.
Jelas, kaedah yang digunakan cef dari Eropah itu adalah berbeza sama sekali dengan kebiasaan dilakukan oleh orang-orang di Asia terutamanya Asia Tenggara termasuk Malaysia.
@girlandthekitchen You’re making your rice wrong!
♬ original sound – Chef Mila Furman
Netizen di Asia tak setuju, nampak tak berselera dengan nasi yang dimasak
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terutamanya dari Asia tidak bersetuju dengan cara memasak nasi yang diajar oleh wanita berkenaan.
Malah, mereka turut mendakwa bahawa nasi yang dimasak itu langsung tidak kelihatan menarik dan menyelerakan untuk dimakan.
Segelintir netizen juga meminta agar influencer terkenal dari Malaysia, Uncle Roger untuk tampil mengulas mengenai video cara memasak nasi yang diajar oleh wanita itu.







