“Lambang Perpaduan” – Mekyun Perjelas Kenapa Lebih Selesa Buat Konten Dalam Bahasa Melayu [Video]
Influencer dikenali sebagai Mekyun itu berkata, seorang individu sebelum ini bertanya kepadanya tentang sebab mengapa dia memuat naik konten di TikTok dalam Bahasa Melayu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Pun begitu, masih ada juga penduduk tempatan yang masih belum fasih berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
Menurut pakar bahasa Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong sebelum ini, semua pihak perlu faham dan hormati perlembagaan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa utama. Jelasnya, penggunaan bahasa Melayu masih lemah walaupun sudah mencapai 67 tahun kemerdekaan dari penjajah.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana stereotaip individu yang mana setiap kaum perlu menggunakan bahasa utama digunakan oleh etnik masing-masing.
Baca Artikel Berkaitan: “Agak Menyedihkan” – Pakar Bahasa Ulas Isu Rakyat Malaysia Masih Tak Reti Berbahasa Melayu
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Rakyat Malaysia Lupa Bahasa Ibunda, Cenderung Berbahasa Inggeris – Warga Jerman [Video]
Influencer Kongsi Sebab Lebih Gemar Buat Konten Dalam Bahasa Melayu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mekyunnnn) apabila influencer dikenali sebagai Mekyun berkongsi tentang pandangannya mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam semua kontennya di media sosial.
“Kamu Cina kan? Kenapa buat konten cakap Melayu? Tak rasa pelik ke?” tanya seorang individu kepada Mekyun sebelum ini.
Jelas wanita tersebut, dia tidak seharusnya berasa janggal menggunakan bahasa berkenaan memandangkan Mekyun adalah anak jati Malaysia dan Bahasa Melayu adalah bahasa utama di negara ini.
“Bahasa Melayu dah lama menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia. Mekyun ni membesar dengan jiran dan kawan-kawan Melayu. Dengar azan waktu Maghrib dan Subuh. Makan Nasi Lemak pagi-pagi.
“Kadangkala Mekyun cakap Bahasa Melayu dengan keluarga juga. Jadi saya cakap Melayu bukan untuk konten je. Ia dah jadi sebahagian daripada hidup Mekyun,” jelasnya.
Komunikasi Dalam Bahasa Melayu Boleh Rapatkan Hubungan Masyarakat Bilang Bangsa
Tambah TikToker itu lagi, dia berpendapat penggunaan Bahasa Melayu yang meluas dalam kandungannya membuatkan semangat perpaduan di kalangan pengguna yang berbilang kaum lebih utuh.
“Bila kita cakap bahasa yang sama, kita jadi lebih faham dan rapat. Betul tak korang? Bahasa Melayu ni bukan milik satu kaum je tapi milik satu rakyat Malaysia. Lambang perpaduan dan Bahasa Kebangsaan kita.
“Jadi kalau Bahasa Melayu boleh jadi jambatan antara kita semua kenapa kita nak rasa pelik cakap bahasa tu?” ujar Mekyun lagi.
@mekyunnnn Rasa pelik? Mekyun rasa bangga adalah cakap Bahasa Melayu ❤️🇲🇾 Korang setuju tak? Apa pendapat korang? 🥰
♬ original sound – Mekyun
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Hantaran Mekyun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat memuji Mekyun kerana berfikiran terbuka tentang penggunaan Bahasa Melayu dan memartabatkan bahasa itu di kalangan para pengikut.
Malah segelintir individu bukan bangsa Melayu turut berkata bahawa mereka selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
“Setuju, salam dari Sarawak. Saya banyak guna Bahasa Melayu sebab kawan-kawan semua 1 Malaysia. Biar semua faham, bukannya kita tak boleh berbahasa Cina (Mandarin),” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berharap agar tidak wujud isu perkauman yang mana setiap rakyat Malaysia boleh harmoni dengan penggunaaan bahasa sedia ada.
“Semoga Malaysia hidup aman dari individu-individu rasis tak kira apa bangsa sekali pun,” ujar seorang lelaki.













Baca Artikel Berkaitan: Warganegara Malaysia Wajib Kuasai & Fasih Bahasa Melayu – Saifuddin



