Gelagat Sekumpulan Lelaki Dimarahi Ibu Kerana Mandi Air Banjir Undang Perhatian [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan kumpulan pemuda yang sedang bermandi-manda air banjir itu dimarahi oleh seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang dari mereka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu, cuaca buruk telah melanda beberapa negeri sehingga menyebabkan terdapat kawasan yang dilanda bencana alam seperti pokok tumbang serta banjir.
Oleh itu, apabila berada dengan situasi seperti ini, kebiasaannya orang ramai khususnya mereka yang terlibat dengan insiden bencana alam ini dinasihatkan untuk berhati-hati dan menjaga keselamatan.
Ini kerana bencana seperti banjir boleh mengundang pelbagai risiko seperti lemas, sakit, terpijak kaca atau paku serta banyak lagi.
Sekumpulan lelaki seronok mandi dipercayai air banjir
Namun baru-baru ini, tular tindakan sekumpulan lelaki yang dilihat seronok dipercayai bermain air banjir.
Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan sekumpulan lelaki sedang mandi di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan air di Jalan Kg Sungai Baru dipercayai di Kedah.
Kelihatan wajah mereka begitu ceria sewaktu mandi di kawasan tersebut serta tertawa antara satu sama lain sambil dibawa arus air.
Turut dimarahi seorang wanita dipercayai ibu salah seorang pemuda
Turut kelihatan orang ramai yang berada di kawasan itu, sedang melihat gelagat mereka. Apa yang menjadi perhatian, kelihatan seorang wanita yang dipercayai ibu kepada salah seorang pemuda terbabit bercekak pinggang sambil melihat gelagat mereka.
Malah wanita itu turut dilihat seperti marah apabila menunjuk ke arah kumpulan yang sedang bermandi-manda dalam air tersebut.
Bukan hanya itu, wanita berkenaan juga menghampiri kawasan air itu untuk melihat keadaan di kawasan kumpulan pemuda itu bermandi-manda.
Video kumpulan pemuda mandi air banjir undang pelbagai reaksi
Melihat di ruangan komen, video tular memaparkan tindakan kumpulan lelaki tersebut mandi di kawasan itu telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Ini kerana ada yang berasa terhibur apabila melihat kumpulan itu dimarahi oleh ibu meskipun sudah cukup dewasa ekoran mandi air banjir.
Malah ada yang berpendapat perkara itu bakal menjadi kenangan buat pemuda tersebut suatu hari nanti.
Dah tua-tua main banjir….tetap kena marah dengan mak…..balik mahu kena rotan…🤣 pic.twitter.com/ohpBNwtuSr
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 21, 2024
Ada yang kurang setuju kerana air banjir adalah air yang kotor dan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan
Walau bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan tindakan kumpulan itu dan menyifatkan perbuatan mandi air banjir itu adalah satu perkara yang bahaya.
Perkara itu disebabkan air banjir merupakan air yang bercampur dengan pelbagai kotoran dan boleh menyebabkan individu sakit sekiranya terminum air berkenaan.
Ada juga berpendapat tindakan pemuda itu akan menyusahkan pihak berkuasa seperti Bomba untuk mencari mereka sekiranya berlaku kejadian tak diingini.
“Tak lawak pun, dah besar tapi b*d*h. Kejap lagi jadi apa-apa, bomba kena cari”

“Air kotor, bakteria, kencing tikus…”




