Tindakan Rider foodpanda Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Ke Tepi Jalan Raih Pujian [Video]
Kejadian kereta jenis Perodua Kancil yang terhenti di tengah jalan raya itu berlaku di persimpangan lampu isyarat sekitar Forest Heights, Seremban.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum sedia maklum kes kemalangan di jalan raya boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya adalah apabila kenderaan lain tidak menyedari terdapat kereta atau motor yang ‘mati’ di tengah jalan raya.
Seperti sebelum ini, seorang wanita meluahkan rasa panik selepas kereta miliknya terhenti di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).
Kebanyakan kenderaan pada ketika itu sudah membunyikan hon kepada wanita berkenaan namun mujur, seorang pakcik telah tampil bantu mengalihkan keretanya dari tempat yang sibuk itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Cari Uncle Yang Bantu Ketika Kereta Rosak Di SUKE
Rider Penghantar Makanan Tolong Wanita Tolak Kereta Rosak Ke Tepi Jalan
Perkara lebih kurang sama juga telah berlaku baru-baru ini. Tular satu hantaran di laman TikTok (@cempakaberduri33) menyaksikan pemandu kereta jenis Perodua Kancil berdepan dengan situasi cemas sekitar persimpangan lampu isyarat di Forest Heights, Seremban.
Difahamkan enjin Kancil berwarna merah tersebut telah terhenti di tengah jalan sehingga menghalang laluan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut wanita dikenali sebagai Cempaka, rata-rata pemandu di sana hanya memerhatikan Kancil yang rosak itu. Bagaimanapun, seorang rider penghantar makanan dari foodpanda telah tampil menghulurkan bantuan.

Kata Cempaka, penunggang motosikal berkenaan pada asalnya hanya melalui jalan tersebut namun mungkin disebabkan tidak sampai hati melihat nasib pemandu, maka dia berpatah balik dan menolak kereta tersebut ke tepi jalan.
“Tolong cari dan viralkan abang foodpanda ni sampai jumpa. Semua orang tengok je tapi dia patah balik tolong wanita dalam kereta tu tolak ke tepi jalan,” tambah Cempaka lagi.
@cempakaberduri33 thank you, bro. the good boy ..living in Malaysia is amazing. we are so blessed. Ini dinamakan serumpun #viralvideo #viral #berandatiktok @foodpanda Malaysia @foodpanda riders MY
♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀
Orang Ramai Puji Tindakan Rider foodpanda Kerana Sudi Membantu
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memuji sikap prihatin lelaki itu kerana sudi membantu pengguna jalan raya yang sedang dalam kesusahan.
“Hanya orang yang pernah susah akan memahami keperitan orang susah. Terima kasih orang baik. Semoga dimurahkan rezeki selalu,” ujar seorang individu.
Malah ramai juga berkata kebanyakan penghantar makanan selalu membantu individu yang memerlukan pertolongan.
“Hari itu masa kereta saya betul-betul tersangkut tengah jalan, orang pertama datang adalah abang foodpanda. Dahlah dengan anak-anak kecil. Saya tak kenal abang, tapi kalau abang baca komen, saya doakan semoga abang berjaya,” jelas seorang wanita.
Sementara itu, rider tersebut dikenali sebagai Gunadivinya ambil maklum tentang hantaran yang tular dan berterima kasih kepada orang ramai atas komen-komen baik terhadapnya.

















Perkara Perlu Buat Jika Enjin Kenderaan Terhenti Secara Tiba-tiba
Sebagai langkah berjaga-jaga, ini adalah antara perkara yang perlu dilakukan sekiranya enjin kenderaan anda mengalami kerosakan semasa memandu. Antaranya:

- Periksa keadaan bateri kereta.
- Cari botol kosong untuk mengisi minyak di mana-mana stesen minyak berdekatan jika sudah kehabisan petrol.
- Tukar gear kepada bahagian Neutral (N) untuk membolehkan kereta ditolak ke tepi jalan.
- Keluar dari kereta untuk meminta pertolongan pengguna jalan raya.
- Elak menolak kereta sambil mengawal stereng jika kurang berkemahiran untuk melakukannya.
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!
Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Tindakan Lelaki Bantu Sedarkan Pemandu Tertidur Ketika Tunggu Lampu Isyarat [Video]



