fbpx
Now Reading
Jual Video Seks Sendiri Berharga RM85, Pasangan Kekasih Di Indonesia Ditahan

Jual Video Seks Sendiri Berharga RM85, Pasangan Kekasih Di Indonesia Ditahan

Pasangan kekasih dari Jakarta Barat itu menjual RM85 untuk setiap video yang dihantar kepada pelanggan selain turut menghasilkan video lucah sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui menjual video lucah atau aksi tidak senonoh atau pornografi merupakan satu kesalahan.

Pornografi merupakan perkara yang tidak baik serta boleh memberi kesan yang buruk kepada mereka yang menonton serta menjualnya di pasaran.

Namun demi mengaut keuntungan ada yang sanggup menjual video pornografi termasuk rakaman memaparkan diri sendiri melakukan aksi tidak senonoh kepada orang ramai asalkan mendapat pulangan besar.

Pasangan kekasih dicekup kerana jual video seks dan promosi laman perjudian dalam talian

Baru-baru ini, sepasang kekasih dari Kebon Jeruk, Jakarta Barat, Indonesia telah ditahan polis di negara itu kerana didapati menjual video seks dan mempromosikan laman perjudian dalam talian.

Mereka yang dikenali dengan nama initial MM berusia 23 tahun manakala teman lelakinya, AA berumur 22 tahun telah ditahan di kediaman sewa mereka pada 11 Julai lalu.

Promosi judi di Instagram

Menurut Ketua Polis Daerah Kebon Jeruk Pesuruhjaya, Sutrisno konten kedua individu itu mula terbongkar selepas Unit Siatan Jenayah Polis Kebon Jeruk membuat siasatan siber.

Pihak polis lalu mendapati Intagram suspek mempromosikan laman perjudian dalam talian.

Memetik laporan Detik, dua individu itu telah mempromosikan laman perjudian selama setahun. Mereka juga turut menghasilkan video pornografi dan menjualnya di media sosial.

“Bagi modes operandi itu, pelaku mengiklankan judi melalui media sosial dengan bayaran bulanan sebanyak Rp1.5 juta (RM425) dengan kegiatan posting tiga kali sehari.

“Kemudian untuk pornografi menurut pengakuan individu berkenaan ia telah dilakukan selama satu tahun,” ujar Kompol Sutrisno.

Dapat RM85 untuk setiap video yang dihantar

Menerusi hasil jualan video pornografi berkenaan, mereka bedua menerima Rp300 ribu (RM85) untuk setiap video yang dihantar.

“Kerana mereka berdua merupakan pasangan kekasih, mereka juga menghasilkan video pornografi dan menjualnya sekitar Rp150 hingga Rp300 ribu (RM42-RM85) setiap penghantaran selama setahun,” ujarnya.

Jelas Sutrisno lagi, kedua mereka menghasilkan puluhan video lucah pada tahun sebelumnya dan ia dijual di media sosial seperti Instagram, Telegram dan WhatsApp.

Ada video yang dirakam oleh pelanggan sendiri

Bukan itu sahaja, ada juga video lucah yang dirakam oleh pelanggan mereka sendiri menggunakan telefon bimbit sebelum ianya dijual mengikut permintaan pelanggan.

“Hanya mereka berdua kerana mereka menghasilkan menggunakan kamera telefon bimbit.”

Kedua mereka juga mendapat keuntungan lebih Rp10 juta dan duit itu digunakan untuk kehidupan harian.

Mereka berdua telah ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun.

Selain itu beberapa barangan turut dirampas seperti 2 model iPhone dan 2 sim kad.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.