fbpx
Now Reading
“RM80,000 Untuk 3 Konten” – Wanita Terkejut, Dedah Gaji Content Creator [Video]

“RM80,000 Untuk 3 Konten” – Wanita Terkejut, Dedah Gaji Content Creator [Video]

Menurut wanita itu, perkara terbabit membuktikan sememangnya ada individu yang sanggup membayar jumlah sebegitu tinggi untuk penghasilan sesebuah kandungan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pencipta kandungan (content creator) adalah istilah bagi individu yang mencipta kandungan atau media untuk dikongsikan secara dalam talian.

Jika dahulu, bilangan content creator ini umpama mampu dikira dengan jari kerana terlalu sedikit, namun kini ia mula meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan seiring dengan kemajuan teknologi dan plaform-platform media sosial.

Ia bukanlah sesuatu yang mustahil atau sukar lagi padaa masa kini untuk orang ramai menjadi seorang content creator atau influencer menerusi media sosial seperti TikTok, Instagram, X dan lain-lain.

Wanita terkejut dengar jumlah bayaran yang diterima content creator

Bahkan, ada yang menjadikannya sebagai satu pekerjaan kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Seperti baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Adalyna meluahkan perasaan terkejutnya setelah mengetahui bayaran yang diterima oleh pencipta kandungan bagi setiap video yang dilakukan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @kerjazz, Adalyna menyatakan perkara itu diketahuinya melalui pendedahan rakan yang juga bekerja di dalam bidang media sosial.

Agensi pencipta kandungan raih RM80,000 untuk 3 konten

Menurutnya, rakannya itu menceritakan bahawa dia baru sahaja menandatangani kontrak untuk membayar sebuah agensi pencipta kandungan sebanyak RM80,000 untuk tiga konten.

“Masa saya dengar itu, saya punya terdiam dah macam ada malaikat lalu. Yelah awak bayangkan tiga konten boleh dapat RM80,000, saya cakap tiga konten tau bukan 30 konten.

“Jadi maksudnya nilai untuk satu konten itu (bersamaan) dengan RM26,000 lebih, awak rasa? Tak terduduk saya (dengar) masa itu,” katanya.

Bukti memang ada yang sanggup bayar tinggi untuk penciptaan kandungan

Menurutnya lagi, perkara terbabit sekali gus membuktikan bahawa sememangnya ada individu-individu yang sanggup membayar jumlah sebegitu tinggi untuk penghasilan sesebuah kandungan.

Susulan itu, Adalyna bertekad untuk menubuhkan pasukan pencipta kandungannya yang tersendiri dan dia kini sedang mencari penyunting video, pencipta kandungan, pakar strategi kandungan, hos siaran langsung (live).

“Jadi kalau awak ada pengalaman ataupun berminat nak sertai, tolong DM (mesej) saya dan nanti saya akan hantar maklumat yang diperlukan,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.