Pesawat Terhempas Di Kathmandu Nepal: 22 Maut, Hanya Juruterbang Terselamat [Video]
Menurut Jurucakap TIA, Tej Bahadur Poudyal hanya kapten yang berjaya diselamatkan dan mangsa sedang menerima rawatan di hospital.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular di media sosial video memaparkan sebuah kapal terbang terhempas di Kathmandu, Nepal.
Menerusi video tersebut awalnya kelihatan pesawat berkenaan seperti terbang dalam keadaan condong di udara sebelum terjatuh.
Turut kelihatan asap hitam dan percikan api turut menyelubungi kawasan pesawat itu terhempas.
22 maut dalam nahas pesawat terhempas di Kathmandu
Terbaharu, seramai 22 individu dilaporkan telah terkorban dalam nahas yang membabitkan pesawat domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) di Kathmandu, Nepal.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada hari ini (24 Julai). Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Hansa Raj Pandey yang memaklumkan kepada Xinhua hanya seorang sahaja mangsa yang terselamat dan dia telah dihantar ke hospital.
Susulan daripada insiden yang berlaku, lapangan terbang tersebut turut ditutup untuk sementara waktu.
Kapal terbang Saurya Airlines bawa 2 anak kapal dan 17 juruteknik, nahas berlaku ketika ‘takeoff’
Dalam insiden yang berlaku jam 11 pagi waktu tempatan (0515GMT), pesawa Saurya Airlines yang membawa seramai dua anak kapal serta 17 juruteknik menuju ke bandar Pokhara untuk membaiki pesawat lain, lapor Berita Harian.
Laporan media antarabangsa memaklumkan kapal terbang berkenaan terhempas sewaktu ia sedang berlepas dari TIA.
Hanya kapten yang terselamat, sedang jalani rawatan
“Hanya kapten yang berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan di hospital,” ujar jurucakap TIA, Tej Bahadur Poudyal.
Menerusi visual yang ditunjukkan di televisyen anggota bomba cuba untuk memadamkan kebakaran selain turut menunjukkan kapal terbang itu terbang sedikit di atas landasan dalam keadaan condong sebelum terhempas.
Visual lain turut memaparkan anggota penyelamat membuat pemeriksaan mayat yang hangus serta berselarak di sebuah padang.
Nasib 19 individu masih belum diketahui selepas sebuah pesawat yang membawa mereka terhempas di Nepal pada Rabu, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Kathmandu Post.
— SinarHarian (@SinarOnline) July 24, 2024
Pesawat yang dimiliki oleh Saurya Airlines terhempas semasa berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa… pic.twitter.com/XI8DiL2nih
Pesawat Terhempas Di Nepal, 18 Maut Setakat Ini, Juruterbang Dilaporkan Terselamat.
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 24, 2024
Sebuah pesawat penumpang milik Saurya Airlines terhempas ketika berlepas di Kathmandu pada Rabu, dengan juruterbang diselamatkan daripada serpihan yang terbakar, tetapi kesemua 18 yang lain… pic.twitter.com/BoQIXo3pOz
Saurya Airlines CRJ-200ER crashes on takeoff from Kathmandu Tribhuvan Airport, Nepal. Local media says that nineteen people, including crew members, were aboard the plane. pic.twitter.com/FrdvrRnYRi
— Breaking Aviation News & Videos (@aviationbrk) July 24, 2024



