Kanak-Kanak Selfie Sendiri Selepas Menang Badminton Terima Hadiah Raket & Kasut Baharu [Video]
Dalam video tersebuh, Nubhan turut mempamerkan aksi bermain badminton menggunakan raket yang diberi oleh influencer dan aktivis, Adrian Edy.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Nubhan berusaha selfie dengan medal, sijil dan hamper yang dimenanginya dalam satu kejohanan badminton.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai kasihan dengan kanak-kanak tersebut kerana tiada seorang pun rakan mahupun orang awam yang berada di gelanggang badminton berkenaan ingin membantunya untuk bergambar.
Namun sikapnya yang tidak berputus asa apabila mengambil inisiatif untuk menjadikan selipar sebagai tripod untuk mengambil gambar telah membuatkan orang ramai kagum dengannya.
Baca artikel berkaitan: Rakan Enggan Ambil Gambar, Kanak-Kanak Selfie Sendiri Dengan Medal Lepas Menang Badminton Undang Sebak [Video]
Kanak-kanak selfie sendiri lepas menang badminton terima hadiah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh influencer, Adrian Edy yang juga dipercayai seorang aktivis yang sering membantu orang ramai telah memberikan hadiah kepada adik Nubhan.
Menerusi video tersebut, awalnya kelihatan Adrian telah berkunjung ke sebuah gelanggang badminton untuk bertemu dengan kanak-kanak lelaki berkenaan.
Malah turut kelihatan mereka bersalaman serta berbual mesra sewaktu bertemu.
Dapat hadiah raket, kasut dan jersi tertulis nama ‘Nubhan Malaysia’
Apa yang mencuri perhatian, kunjungan Adrian untuk bertemu kanak-kanak itu bukan sekadar ingin melawatnya bahkan dia juga ingin memberikan hadiah kepada Nubhan.
Adrian mulanya memberikan sebuah raket badminton jenama Yonex, sepasang kasut dan juga sehelai jersi yang tertulis nama Nubhan di belakangnya.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan si kecil itu gembira, malah Adrian turut menunjukkan kasut yang dipakai Nubhan juga sudah sedikit lusuh dan sesuai untuk digantikan dengan yang baharu.
Turut sempat beraksi guna raket baharu
Dalam video sama, Nubhan turut menunjukkan aksi hebatnya di gelanggang sambil menggunakan raket baharu yang diberi oleh Adrian.
“Terharu nampak video adik Nubhan yang tular. Dia pertama kali ikut kejohanan dan menang. Masa tu semua orang sibuk tak dapat tolong dia ambil gambar.
“Kita gembirakan dia dengan hadiahkan raket, kasut dan baju. Semoga adik Nubhan berjaya capai cita-cita dia,” kata Adrian di dalam kapsyen.
@adrianedy7 Terharu nampak video adik Nubhan yang tular, dia pertama kali ikut kejohanan dan menang, masa tu semua orang sibuk tidak dapat tolong dia ambil gambar, kita gembirakan dia dengan hadiahkan dia raket, kasut dan baju, moga adik Nubhan berjaya capai cita cita dia 🤍 #fyp #adrianedy
♬ original sound – Adrian Edy – Adrian Edy
Ramai sebak lihat video adik Nubhan dapat hadiah
Di ruangan komen Adrian turut memaklumkan Nubhan ingin menjadi seorang pemain badminton profesional apabila sudah besar kelak dan meminta orang ramai untuk mendoakan cita-citanya itu.
Tidak kurang juga ada yang sebak melihat video dikongsikan Adrian dan berharap suatu hari nanti Nubhan menjadi pemain badminton nombor satu di Malaysia.
“Tahniah adik Nubhan, all the best. Semoga tuhan sentiasa memberkati kamu, Adrian Edy. Orang baik, ramai sayang”

“Serapuh inikah hatiku, semoga impian dan cita-cita adik Nubhan tercapai”

“Fuh raket Yonex, bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa). Kalau Yonex Astrox 88 pro tu. Beruntung adik Nubhan”




