“Ingat Silap Masuk” – Lelaki Teruja Pejabat Pos Di Temerloh Macam ‘Convenience Store’ [Video]
Dalam video tersebut, kelihatan pejabat pos terbabit yang sebenarnya adalah Pos Shop turut menjual pelbagai jenis makanan serta minuman dan servis pos oleh Pos Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebanyakan pejabat urusan atau kaunter perkhidmatan kerajaan mahupun swasta akan mempunyai reka bentuk dan susun atur yang kelihatan sama.
Jika anda teliti, pasti akan melihat ruangan menunggu dengan susunan barisan kerusi untuk para pelanggan duduk dan meja-meja kaunter berada di hadapannya.
Tular Pejabat Pos macam convenience store
Pun begitu, lain pula dengan kaunter perkhidmatan di sebuah pejabat pos ini apabila tular di media sosial kelihatan seperti sebuah kedai serbaneka (convenience store).
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mhdaimanhakimii, perkara itu dikongsikan oleh pengguna media sosial terbabit yang mengakui dirinya juga terkejut apabila kali pertama melihatnya.
Pelanggan sangka salah masuk kedai, rupanya memang pejabat pos
Menurutnya, dia juga pada mulanya menyangka telah tersilap memasuki kedai lain namun apabila diperiksa dengan teliti, ternyata tempat itu sememangnya pejabat pos.
Difahamkan, pejabat pos yang mempunyai kedai serbaneka atau lebih dikenali sebagai Pos Shop itu terletak di Temerloh, Pahang.
Dalam video tersebut, kelihatan pejabat pos terbabit menjual pelbagai jenis makanan dan minuman serta aiskrim sama seperti Family Mart dan CU Mart.

“Ingat silap masuk, keluar balik tengok. Betul dah rasanya Pejabat Pos Temerloh,” tulisnya di dalam video.
@mhdaimanhakimii Jakun kejap😂 terbaik pos malaysia #fyp #fypシ #posmalaysia
♬ Dari planet lain – Sal Priadi
Netizen teruja lihat pejabat pos seperti mini mart
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut melihat pejabat pos terbabit yang sangat berbeza dengan kebiasaan kaunter perkhidmatan dilihat mereka.
Tidak hanya itu, ada juga yang berpendapat bahawa klinik-klinik kerajaan mahupun swasta seharusnya melakukan perkara sama dengan menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang boleh dibeli.
Sebagai info, pada 2023 Pos Malaysia telah mempelbagaikan cabang perniagaannya dengan memasuki segmen runcit melalui pembukaan kedai serbaneka Pos Shop.
Cawangan Pos Shop yang pertama di Malaysia terletak di Medan Tuanku manakala cawangan kedua terletak di Brickfields, Kuala Lumpur.
Setakat ini sudah terdapat lebih 30 cawangan Pos Shop yang beroperasi di seluruh negara.
Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:







