Cetel: Dari Kucing Jalanan Ke Duta Setel!
‘Pekerja’ yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu telah dijadikan duta rasmi Setel susulan satu ‘aduan’ terhadapnya pada 16 Februari lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Duta produk selalunya mestilah seseorang yang terkenal kan? Barulah produk tersebut akan menjadi lebih laris.
Tapi tahu tak, ada juga kucing yang dijadikan sebagai duta! Salah satunya adalah Bujibu Chempel, ‘majikan’ kepada pempengaruh Hanis Zalikha, yang dilantik sebagai duta makanan kucing Fancy Feast.
Sama seperti Bujibu, hari ini, aplikasi Setel yang dibangunkan oleh Petronas, telah memperkenalkan dutanya, juga seekor kucing yang diberi nama Cetel!
Setel siap mengabdikan lukisan Cetel memegang logonya di dalam gambar profil di laman X.
PERKENALKAN DUTA SETEL 😽🥁
— Setel (@setel) February 20, 2024
🐾CETEL!🐾
Collar untuk Cetel otw ya semua~ https://t.co/BXhuTYkKfA pic.twitter.com/vhYveHTGMw
Cetel sebenarnya merupakan seekor kucing jalanan betina yang tinggal di sebuah stesen Petronas sebelum ia dipilih sebagai duta Setel.
Namanya telah dipilih oleh netizen daripada empat pilihan nama yang diberi. Fuh, nasib baik bukan Shetelliza Natasha Maimon yang terpilih.
Jom kasi Setel nama Duta. Vote vote 😽
— Setel (@setel) February 19, 2024
Nama Panjang Cetel Nurhaliza
Ada juga yang bergurau dengan mengatakan nama Cetel itu hanyalah nama pendek. Sebaliknya nama sebenarnya adalah Cetel Nurhaliza.

‘Pekerja’ Kantoi Tertidur
Terdahulu, kucing calico itu menjadi terkenal apabila pihak Setel mengumumkan akan mengambilnya sebagai duta jika jumlah pengikut mereka di laman X mencapai 7.5 ribu.
Ini sehubungan satu hantaran oleh pengguna Badri Akif yang membuat aduan terhadap ‘pekerja’ tersebut kerana melanggar etika bertugas dan tidur ketika sedang bekerja. Ish ish ish, memang tak patut.
Reach 7.5K followers, Setel akan ambik pekerja ni sebagai duta app 💙 https://t.co/EVblng0uMq
— Setel (@setel) February 16, 2024
Apa yang menariknya, sasaran pengikut sebanyak 7.5 ribu telah dicapai dalam masa kurang tiga jam sekaligus menjadikan si bulus itu sebagai duta rasmi Setel!
Rupa-rupanya Cetel berasal dari Alor Setar, Kedah. Agak-agaknya dia akan berpindah ke ibu pejabat Setel di Bangsar South tak?
DAH 7.5K! ✨✨✨
— Setel (@setel) February 16, 2024
Perkenalkan Duta Official Setel dari Aloq Staq, Kedah 😸
Bagi idea macam mana team Setel nak celebrate dia ni! https://t.co/NXoWS8gvcW pic.twitter.com/Exw7U26JHs
Dalam pada itu, Badri yang sebelum ini membuat ‘aduan’ tentang Cetel, mengucapkan terima kasih kepada pihak aplikasi berkenaan kerana menghargai jasa pekerja meownya.
“Saya tidak menjangkakan ianya memberi impak positif dikalangan masyarakat warganet juga. Bersama sama kita mengasihi haiwan kucing ini sebagai peneman kehidupan manusia.”
Pengguna X, Badri Akif
terima kasih @setel untuk penghargaan kepada si meow💤💤bulus ini 🐱😻 saya tidak menjangkakan ianya memberi impak positif dikalangan masyarakat warganet juga🫡🫶🏻Bersama sama kita mengasihi haiwan kucing ini sebagai peneman kehidupan manusia🙇🏻♂️🙇🏻♀️🐱 https://t.co/TCVsxwIEb2 pic.twitter.com/5AVRmoFUvF
— Badri Akif (@akif_twitchy) February 19, 2024
Rupa-Rupanya Ada Plot Twist, Admin Setel Pun Kucing!
Namun begitu, lantikan tersebut agak pelik kerana walaupun mendapat ‘aduan’ daripada pelanggan, Cetel terpilih menjadi duta aplikasi berkenaan.
Secara berseloroh, pengendali akaun Setel mendakwa dia juga merupakan seekor kucing! (Tapi nampak macam golongan T20 sikit). Tak terkejut la kucing lantik sesama mereka sendiri kan.
Rasanya dah tiba masa untuk reveal admin di sebalik account Setel ni.
— Setel (@setel) February 21, 2024
Hi semua… 🐾 https://t.co/mFNHBRcLOT pic.twitter.com/IMi20mlx6g



