
Terlibat Kes Pecah Rumah, Bekas Pemain Bola Sepak Tempatan Ditahan Polis
Sebagai info, dia merupakan seorang pemain bola sepak tempatan yang pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga Super.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang bekas pemain bola sepak tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes jenayah pecah rumah di Pontian, Johor.
Menurut Harian Metro yang memetik sumber, suspek berusia 33 tahun dan pernah bermain bersama beberapa pasukan utama Liga Malaysia diberkas polis selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan sehingga disyaki terlibat dengan satu kejadian pecah rumah.
Dia difahamkan terbabit dalam satu pecah rumah pada Isnin lalu (3 Julai) hingga mengakibatkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.
“Suspek cuba bertindak agresif apabila Polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.
“Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan semalam,” katanya dipetik dari Harian Metro.
Ditahan bersama seorang rakan
Di dalam laporan sama, dia difahamkan ditahan bersama seorang rakannya mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sebagai info, dia merupakan seorang pemain bola sepak tempatan yang pernah beraksi bersama pasukan gergasi Liga Super.
Selain itu dia juga ada beraksi di Liga Thailand selama dua tahun dan pernah menjalani pemilihan bersama kelab berpengakalan di Jepun.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.


