
Video Anak Menangis & Peluk Ibu Ayah Selepas Dapat Scooter Idaman Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak itu tidak dapat menahan sebaknya lalu menangis dan memeluk kedua orang tuanya dan mengucapkan terima kasih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap ibu bapa di dunia ini pasti akan berusaha untuk membahagiakan anak-anak yang mereka sayangi.
Tidak kira apa saja halangan yang mendatang, jika ada sesuatu yang diminta oleh anak pasti akan cuba untuk dituruti selagi sesuatu perkara itu tidak mendatangkan keburukan kepada anak-anak.
Sebak ketika dapat kejutan hadiah hari jadi
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Nanniezayanie, yang menunjukkan reaksi anaknya yang sebak ketika menerima kejutan hadiah hari jadi daripada kedua-dua ibu dan ayahnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak yang di kenali sebagai Ammara sedang berjalan menuju ke arah sebuah kereta di tempat parkir kenderaan.
Dia kemudian diminta oleh ibunya untuk membuka pintu di bahagian sebelah kiri.
@nanniezayanie Ibu tak expect dia nk lari mai peluk ibu n nangis😭..Seronok hadiah yg dia nak..Happy birthday anak solehah ibuayah🥰..Semoga Ammara jd anak yg baik n bjaya didunia akhirat..Ibuayah sayang ala❤️❤️❤️. #fyppppppppppppppppppppppp #anaksolehahku #happybirthday
♬ original sound – nanniezayanie – nanniezayanie
Teruja dapat skuter elektronik idaman
Namun sebaik membuka pintu, dia dilihat tergamam selepas menyedari ada sesuatu yang berada di dalam kereta berkenaan iaitu sebuah scooter yang diidam-idamkannya selama ini.
Ammara kemudian terus menutup pintu itu kembali dan berlari memeluk ibu dan bapanya sambil menangis dah mengucapkan terima kasih kepada mereka.
Reaksi spontannya itu, bagaimanapun tidak disangka oleh ibunya dan menyatakan anaknya itu seronok selepas mendapat hadiah yang dimahukan.
Tak sangka dia akan datang peluk dan menangis
“Ibu tak sangka dia nak lari datang peluk ibu dan nangis. Seronok dapat hadiah yang dia nak.
“Happy birthday anak solehah ibu ayah. Semoga Ammara jadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. Ibu Ayah sayang Ala,” tulis ibunya di dalam kapsyen.
Dapat hadiah skuter elektronik
Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, Nanniezayanie turut menunjukkan kegembiraan Ammara yang membawa scooter elektronik tersebut bersiar-siar.
@nanniezayanie Replying to @m.shaifulamin0111 Ni hadiah birthday dia..Dh lama nak..Tu yg sedih sgt kot dpt apa yg dia nak😬
♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata
Video tersebut bagaimanapun turut membuatkan orang ramai sebak ketika melihat reaksi kanak-kanak itu dan ada juga yang mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakannya.
“Ya Allah. Bagusnya adik ni”

“Alah kita pulak nangis sekali”

“Lepas ni boleh bawak aunty ronda lah ya”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.








