
Bekalan Elektrik Terputus Di Sekitar Semenanjung, Usaha Pemulihan Sedang Dijalankan – TNB
Menurut seorang pengguna Twitter, satu aduan telah dilakukan dan TNB memaklumkan ianya berlaku akibat gangguan bekalan di Pencawang Pembahagian Utama Ulu Kelang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Banyak kawasan di Lembah Klang dan sekitar Semenanjung Malaysia dilaporkan sedang berdepan masalah gangguan bekalan elektrik sejak tengah hari tadi.
Menerusi pemerhatian di media sosial, banyak pengguna mula membangkitkan perkara sama apabila penempatatan masing-masing turut berdepan masalah tiada bekalan elektrik tersebut.
Antara kawasan yang dilaporkan terlibat Lembah Klang adalah KLCC, Subang Jaya, Sunway, Cheras, Bangi, Petaling Jaya, Shah Alam, Hulu Langat, Mont Kiara, Setiawangsa, Setapak, Kajang, Kepong dan banyak lagi.
Malah terdapat juga laporan berlaki gangguan bekalan elektrik di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Pahang, dan Pulau Pinang.
GANGGUAN ELEKTRIK | Masalah gangguan elektrik dikesan berlaku di beberapa negeri sejak tengah hari tadi.
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 27, 2022
Gangguan elektrik itu dikesan di beberapa kawasan membabitkan negeri di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang.
TV3 sedang berusaha mendapatkan komen pihak TNB. pic.twitter.com/OGy1uHjwKk
TNB sedang kenal pasti punca, kerja pemulihan sedang dijalankan
TNB menerusi media sosial memaklumkan pasukan teknikal mereka sedang mengenalpasti punca kejadian.
“Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” maklum mereka di Facebook.
Kejadian libatkan 2.2GW
Menurut kenyataan media mereka pula, gangguan ini melibatkan 2.2GW iaitu 10% dari keseluruhan permintaan bekalan.
Walau bagaimanapun, bekalan di beberapa kawasan telah kembali pulih kecuali di kawasan-kawasan di Lembah Klang.

The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






