GSC & TGV Kembali Tutup Operasi Pawagam Mereka Di Seluruh Negara Hari Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di beberapa negeri dalam usaha mengekang rantaian Covid-19 yang kembali sejak akhir-akhir ini.
Selaras dengan pelaksanaan tersebut kerajaan turut mengeluarkan beberapa SOP terbaru mereka antaranya tidak membenarkan aktiviti hiburan seperti menonton wayang di kawasan PKP menyebabkan pengusaha pawagam seperti TGV dan GSC terpaksa menutup operasi mereka di kawasan-kawasan terlibat.
Namun hari ini, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, GSC & TGV mengumumkan akan menutup sementara kesemua operasi pawagam mereka di seluruh negara di semua kawasan PKP, PKPB dan PKPP berkuatkuasa 10 Mei sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Menerusi perkongsian di Facebook, GSC memaklumkan, kemaskini terbaru SOP di semua kawasan tersebut kini menyenaraikan aktiviti pawagam sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan.
“Jumpa anda nanti!”
Dalam pada itu, TGV Cinemas dalam satu perkongsian di laman Facebook mereka memaklumkan akan memulangkan kembali duit pelangan yang sudah membuat tempahan sebelum pengumuman.
Terdahulu GSC pada 8 Mei menerusi laman Twitter meluahkan rasa kecewa diatas penutupan operasi mereka di kawasan PKP. Menerusi perkongsian mereka mereka turut membandingkan pawagam dan kilang dimana kedua tersebut mempunyai kes namun dibenarkan operasi manakala pawagam langsung tidak terdapat kes namun terpaksa ditutup.
Jelas mereka lagi, mereka juga harus bertahan dengan tenaga kerja hampir 20 ribu diseluruh negara selain tiada bantuan subsidi dari kerajaan.
Kilang ✅
— GSC (@GSCinemas) May 8, 2021
Bazaar ✅
Cinema yang takde kes dengan SOP ketat❌
Setiap kali PKP je cinema jadi mangsa😔Sejak tahun lepas asyik bukak tutup 😢
We have ~20k people working in the industry too & takde bantuan subsidi 😟 #SaveCinemas @KKMPutrajaya @MKNJPM @saifuddinabd @imokman pic.twitter.com/yAkfJN0MY4
Sebagai rekod, GSC pada Mac lalu telah membeli majoriti aset satu lagi pengendali rangkaian pawagam iaitu MBO sedang melaksanakan proses penggulungan sukarela pemiutang.
Mereka menerusi satu kenyataan menjangkakan urus niaga tersebut akan selesai menjelang Jun ini.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I enjoy working with audio, composing music, reading, and camping whenever I get the chance.






