Boss Susu Akhirnya Buka Mulut Isu Syer Kecil Bersama Syarikat Tenusu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram di sini !
Sejak beberapa hari lalu, topik mengenai Boss Susu, Azmi Zainal yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) kepada syarikat tenusu, Farm Fresh antara yang menjadi bualan hangat di media sosial.
Semuanya gara-gara penularan satu hantaran oleh seorang pengguna Facebook yang menyenaraikan pegangan syer syarikat tersebut dan merumuskan bahawa Boss Susu hanya mempunyai pegangan saham yang kecil dalam syarikat tersebut.
Ianya berlaku sejurus Azmi berkongsi kepada orang ramai mengenai pengambilalihan sebuah kilang jem terkenal di Australia.

Sedar mengenai isu berkenaan, Azmi Zainal hari ini (21 Jan) tampil menerusi satu hantaran di Facebooknya menjawab persoalan orang ramai yang tertanya-tanya mengenai kesahihan perkara tersebut.
Ya pegangan saham saya kecil tapi…
“Ya, pegangan saham saya memang kecil, mana bisa orang yang dah down dalam bisnes dan meniaga di pasar malam punya banyak wang untuk memiliki saham yang besar. Pelaburan dalam industri tenusu pula ratusan juta.
“Selepas 11 tahun nilai syarikat kami melonjak berlipat kali ganda atas usaha keras kami. Alhamdulillah nilai share yang kecil itu jadi banyak juta-nya,” katanya.

Ratusan peluang pekerjaan dan perniagaan dapat diwujudkan
Jelas Azmi, meskipun dia hanya memiliki pegangan syer yang kecil dalam syarikat tersebut, namun dia berjaya menghasilkan peluang pekerjaan serta perniagaan kepada masyarakat tempatan khususnya di luar bandar.
”634 peluang pekerjaan dapat kami berikan, ramai anak-anak luar bandar di Muadzam Shah (Pahang) mendapat manfaatnya.
“Bukan setakat jadi operator atau jaga lembu, tapi ramai yang kami angkat menjadi tenaga kerja profesional, kami latih, kami didik mereka,” jelasnya.
Cetus program micropreneur pada 2016
Malah beliau turut bercerita mengenai program keusahawanan membabitkan suri rumah yang berjaya dibangunkannya iatu Home Dealer.
“Pada 2016, saya juga cetuskan ilham program micropenuer kami yang kami panggil Home Dealer… mereka jual susu.
“Pada asalnya niat saya agar suri-suri rumah (dapat) tambah pendapatan untuk bantu suami dlm perbelanjaan isi rumah. Tapi mereka sangat berbakat dan bersemangat.
“Mereka bukan hanya jual pada jiran-jiran tapi mereka berjualan di carboot sale, masuk expo, jual kat kedai-kedai dan kini bilangan mereka mencapai lebih dari 2,000 orang dan bukan suri rumah sahaja.”
Beliau dalam masa sama turut meluahkan rasa bangga dengan apa yang telah dicapainya meskipun pendedahan yang tular tersebut menunjukkan dia hanya mempunyai pegangan kecil.
“Saya bangga boleh cerita dgn anak-anak saya bila kami bertemu, bagaimana ayahnya berusaha meningkatkan pendapatan golongan B40. Tapi bagi saudara aliff 111 mungkin dia bangga dan bilang pada anak dia, ‘hari ni papa dah malukan boss susu, meh tengok kat Facebook. Ramai orang puji papa sebab papa pandai cari maklumat… nanti papa ajar anak-anak macam mana nak buat.’
“Tapi alhamdulillah saya tak ajar anak saya begitu,” katanya lagi.
Ikuti perkongsian penuh beliau di bawah :



