Tular Kisah Anak Kecil Maut Tercekik Rambutan, Ini Teknik Yang Ibu Bapa Harus Tahu & Praktikkan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini tular kejadian tragik seorang anak kecil berumur 3 tahun yang maut gara-gara tercekik biji rambutan.
Perkara ini benar-benar mendukacitakan netizen dan orang ramai yang turut bersedih di atas kejadian tersebut namun tidak ramai yang mengetahui apakah tindakan yang harus diambil sekiranya ianya terjadi.
Susulan dari itu, Public Health Malaysia telah berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil oleh orang dewasa terutamanya ibu-bapa sekiranya kejadian sama berlaku pada kanak-kanak
Ikuti teknik tersebut di bawah =:
Teknik Heimlich
Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Rujuk tekniknya di bawah:
#1 Pegang bayi dengan satu tangan. Kedudukan kepala ke bawah dan lebih rendah dari badan

#2 Tepuk 5 kali di antara tulang belikat dengan menggunakan satu tangan

#3 Pusing bayi & kekal pegang dengan satu tangan. Dengan menggunakan dua atau tiga jari tekan tengah dada sebanyak 5 kali

#4 Ulang langkah 1-3 sehingga objek tersekat itu keluar

Jika bayi pengsan atau objek itu masih tersekat, segera hubungi 999 dan lakukan CPR
Untuk memudahkan anda, simpan gambar di bawah sebagai panduan anda.

Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan.
Namun sebagai langkah berjaga-jaga apa kata kawal pemakanan anak anda terutamanya anak kecil di bawah umur 4 tahun.
Ini kerana mereka merupakan kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanaan. Jadi elakkan dari memberi sebarang makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik.
Potong kecil dan memanjang

Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti hot dog, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang.
Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam.
Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I compose music, read, and go camping whenever I get the chance.






