Now Reading
Rupanya Setiap KOC Ada Kelebihan, Wanita Kongsi Tips Pilih Tempat Duduk Dalam ETS

Rupanya Setiap KOC Ada Kelebihan, Wanita Kongsi Tips Pilih Tempat Duduk Dalam ETS

Menurut wanita berkenaan koc D adalah sangat bersesuaian bagi mereka yang menggembara bersama OKU kerana ia mempunyai kemudahan khas seperti tandas dan sebagainya.

Ringkasan
  • Pilih koc mengikut keperluan: Koc C sesuai untuk yang suka makan dan solat, tetapi agak sibuk dengan penumpang keluar masuk.
  • Koc A dan F sesuai untuk yang membawa banyak bagasi kerana mempunyai rak bagasi tambahan.
  • Pilih tempat duduk yang menghadap Utara, ada tingkap, dan tidak terlalu dekat dengan tandas atau pintu untuk keselesaan maksimum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila ingin memulakan perjalanan tak dinafikan kita mempunyai pelbagai pilihan pengangkutan awam seperti bas, kapal terbang, keretapi dan juga ETS (Electric Train Service) untuk ke lokasi yang jauh.

Namun setiap di antara kita pastinya mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih tempat duduk. Yelah mungkin ada yang suka duduk berdekatan dengan fasiliti seperti tandas bagi memudahkan untuk urusan peribadi dan sebagainya.

Baru-baru ini seorang wanita di Threads telah berkongsi beberapa tips untuk memilih tempat duduk sewaktu membuat tempahan tiket ETS.

Wanita itu turut memaklumkan setiap koc mempunyai fungsi tersendiri seperti berdekatan dengan kafe, tempat simpanan bagasi atau bergantung dengan jenis penggembara.

Tanpa berlengah jom kami kongsikan tips untuk memelih koc di ETS:

#1 Buat pilihan terlebih dahulu

Kata wanita itu, sebelum membuat sebarang tempahan pelanggan boleh memilih terlebih dahulu pilihan tempat duduk koc yang dimahukan.

Sekiranya perjalanan anda sekitar empat hingga enam jam, maka ia adalah sangat penting untuk anda membuat pilihan agar perjalanan jauh lebih selesa mengikut kemudahan anda.

#2 Koc C bersesuaian dengan yang kaki makan & kemudahan surau

Foto: Economy Traveller

Ujar wanita itu, koc c mempunyai kemudahan yang banyak bagi pelanggan yang suka mencari makanan.

Ini kerana ia terletak berdekatan dengan bistro serta surau bagi memudahkan anda menunaikan solat.

“Jadi kalau saya nak dapatkan makanan, kopi atau nak solat memang memudahkan. Tapi secara peribadi saya tak pilih koc c semata-mata sebab ada kafe. Sebab kawasan ini memang akan ada penumpang keluar masuk lebih banyak,” jelasnya.

Oleh itu, jika anda mahukan ketenangan dan tidur sepanjang perjalanan koc c mungkin kurang bersesuaian.

#3 Koc D – sesuai untuk OKU

Foto: KTMB

Sekiranya anda berjalan bersama golongan OKU maka koc ini adalah sangat bersesuaian untuk perjalanan jauh yang lebih selesa.

Ini kerana, koc D ini mempunyai kemudahan khas bagi OKU termasuklah tandas. Yelah seperti kita tahu apabila berjalan jauh, pastinya kita mahu setiap individu berada dalam keadaan yang tenang khususnya jika ia memakan masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

Kemudahan yang dekat seperti ini secara tidak langsung dapat memudahkan pergerakan golongan OKU di mana mereka tak perlu berjalan jauh dan sebagainya.

#4 Koc A & F – sesuai untuk yang bawa banyak bagasi

Foto: Threads

Setiap individu adalah jenis pengembara yang berbeza-beza. Contohnya ada yang apabila travel lebih gemar membawa barang yang sedikit dan ada juga yang sebaliknya, apatah lagi jika berjalan bersama anak kecil atau warga emas.

Jadi koc A & F adalah sangat bersesuaian untuk mereka yang mempunyai bagasi yang banyak. Ini kerana kedua-duanya mempunyai rak bagasi tambahan.

“Maka kalau saya travel dengan banyak barang, ini adalah sesuatu yang akan saya tengok dahulu.”

Haa ini sesuai sangat kalau korang melakukan perjalanan seperti balik kampung untuk Hari Raya, bercuti dan sebagainya.

#5 Koc B & E – kawasan tengah

Foto: KTMB

Jika anda, seorang yang tidak kisah mengenai bistro, surau atau memerlukan rak tambahan untuk bagasi makan pilihan koc B dan E adalah pilihan yang terbaik.

Ini kerana, ada yang tidak kisah mengenai tempat duduk mereka asalkan perjalanan itu selesa seperti yang dimahukan.

#6 Buat pilihan tempat duduk

Foto: KTMB

Kata wanita itu, selepas melihat setiap kemudahan yang ada pada koc kemudian barulah pilihan dibuat.

Namun katanya dia tidak akan dengan mudah mengambil tempat duduk 6C meskipun ramai mengatakan ia adalah ‘hot seat’.

Ini kerana penyusunan tempat duduk boleh menjadi berbeza mengikut kepada tren dan juga layout.

Oleh itu, ketika membuat tempahan maka anda boleh melihat penunjuk arah pada tempat dudul di dalam petanya.

Ujarnya dia akan memastikan untuk memilih tempat duduk:

  • Menghadap Utara
  • Mempunyai tingkap mengikut keperluan
  • Tidak terlalu dekat dengan tandas
  • Tidak terlalu dekat dengan pintu

#7 Pilih sebelah tingkap untuk yang travel bersama anak

Foto: Threads

Sekiranya anda menggembara bersama kanak-kanak maka adalah bersesuaian jika memilih tempat duduk yang mempunyai tingkap serta bersebelahan.

Ini kerana, tingkap mempunyai fungsi agar mereka boleh melihat pemandangan di luar. Yelah, perjalanan yang jauh pastinya membuatkan mereka tidak boleh duduk dengan lama.

Maka pilihan tempat duduk yang mempunyai tingkap boleh mengalihkan tumpuan mereka.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda melakukan perjalan secara berseorang atau solo, adalah menarik jika memilih tempat duduk yang mempunyai tingkap.

Yelah sambil menunggu sampai ke destinasi boleh lihat pemandangan sambil baca buku, layan muzik dan sebagainya. Barulah ada vibe bercuti gitu.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.