Ibu bapa kongsi cara buat pasir selamat secara DIY menggunakan bahan yang selamat dimain mahupun jika si kecil termakan seperti biskut kering, beras, tepung jagung, dan baking soda.
Selain itu pasir DIY ini juga begitu jimat dan bahan hanya menggunakan bahan yang sering ada di dapur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ibu bapa yang mempunyai anak sedang membesar pastinya mahu mereka meneroka dunia dengan bebas. Oleh itu, pelbagai aktiviti akan dilakukan bersama anak-anak agar dapat membantu perkembangan otak mereka.
Wanita tanya cara DIY buat pasir sendiri untuk anak kecil main
Baru-baru ini seorang ibu, Malissa Farhana telah meminta pengguna di Threads untuk membantunya mencari pasir yang selamat untuk dimain oleh anak-anak kecil.
Ini kerana anaknya yang berusia 2 tahun gemar bermain pasir di pantai namun lokasinya agak jauh. Juster itu, dia mahukan alternatif lain selepas terbaca yang pasir jenis kinetik mempunyai bahan kimia dan bahaya kepada si kecil.
“Ibu ke ibu. Boleh tak tolong saya. Anak lelaki saya berusia dua tahun suka sangat main pasir dekat pantai. Tapi pantai jauh dari rumah dan dia asyik lah main garam dengan beras dekat rumah sebab rindu nak main pasir.
“Saya ada baca hari tu kinetic sand (pasir) tu ada bahan kimia bahaya. Ada ke pasir yang selamat atau resipi DIY untuk main dekat rumah?” soalnya.
Susulan daripada pertanyaan itu, ramai para ibu bapa yang telah berkongsi tips mereka untuk membuat pasir dengan sendiri.
Berikut kami kongsikan:
#1 Guna biskut kering yang dikisar halus
Foto: Threads
Seorang pengguna berkongsi yang dia menggunakan biskut kering yang dikisar halus. Dalam video dikongsikan pengguna itu turut menunjukkan gelagat dua anak kecilnya bermain dengan pasir yang dibuat daripada biskut kering itu.
Selain daripada itu, ada juga yang berkongsi cara membuat pasir kinetik sendiri dengan menggunakan bahan tersebut:
1 cawan baking soda
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil krim tartar
4-6 sudu kecil air dan pewarna makanan
Kesemua bahan itu kemudiannya dicampurkan sehingga sebati dan akan menghasilkan tekstur menyamai pasir kinetic namun ia lebih selamat untuk dimain anak-anak.
Bukan hanya itu ada juga memberikan saranan untuk menyimpan pasir tersebut dalam bekas kedap udara sekiranya mahu dimain semula.
#3 Guna beras dan pasta
Foto: Threads
Tidak kurang juga ada yang mencadangkannya untuk menggunakan beras atau pasta. Sekiranya mahukan warna, si ibu boleh mencampurkan beras dengan pewarna makanan yang dimahukan dan dijemur sehingga kering.
Malah ia juga boleh disimpan dan dimain berulang kali.
#4 Tepung gandum
Foto: Threads
Malah ada juga berkongsi cara DIY dengan hanya menggunakan barangan mudah seperti tepung, minyak dan pewarna sekiranya mahukan warna untuk membuat pasir dengan sendiri.
Apa yang menarik setiap resipi DIY yang diberikan itu turut membuatkan ibu bapa tidak risau jika anak termakan memandangkan kebanyakan bahan digunakan adalah selamat dan daripada sumber makanan.
Bukan itu sahaja, setiap bahan yang digunakan juga adalah barangan yang wajib ada di rumah. Anak dapat main dan duit pun jimat.
Jika ada kelapangan waktu, anda juga boleh membawa anak-anak mengunjungi pantai dan bermain dengan pasir sebenar.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.