Now Reading
Barang Keperluan Anda Patut Bawa Ketika Mendaki, Geng Hikers Balik Hari Take Note!

Barang Keperluan Anda Patut Bawa Ketika Mendaki, Geng Hikers Balik Hari Take Note!

Macam-macam boleh berlaku ketika mendaki ni. Untuk langkah keselamatan, jangan lupa bawa barang keperluan semasa hiking tidak kira di bukit atau gunung.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai dua insiden kehilangan individu semasa mendaki. Remaja berusia 19 tahun, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak.

Manakala Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak telah selamat ditemui pada petang 6 Jun.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Hilang Ketika Hiking, Nur Izzati Humaira Ditemukan Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kehilangan Nur Izzati Humaira Ketika Hiking: Tular Suara Seakan Ketawa Ketika Operasi SAR [Video]

Barang Keperluan ‘Wajib’ Bawa Tiap Kali Mendaki

Sejak insiden ini berlaku, ramai menasihati para hikers untuk sentiasa berhati-hati dan memastikan diri sendiri bersiap sedia sebelum memulakan pendakian tidak kiralah gunung atau pun bukit.

Bukan sahaja mental dan fizikal, malah golongan pendaki juga perlu membawa beberapa barang keperluan yang mungkin berguna ketika waktu kecemasan.

Buat anda yang bercadang untuk mendaki balik hari (dayhike) atau menyertai mana-mana kumpulan hikers untuk hiking tidak lama lagi, di sini kami senaraikan peralatan dan barang yang wajib disediakan, antaranya:

#1 Beg galas

Anda perlukan backpack 15-30 liter (l) untuk meletakkan barang-barang keperluan lain yang ‘wajib’ dibawa. Jangan bawa diri sahaja!

Lebih baik bawa beg galas yang sesuai dengan saiz tubuh badan masing-masing.

Sumber: Hazwani BuzzKini

#2 Air Minuman

Bawa botol minuman untuk mengekalkan hidrasi badan. Ingat, badan anda memerlukan banyak air sewaktu mendaki terutamanya ketika cuaca panas dan perjalanan yang mengambil masa lama.

Ada yang menyarankan botol minuman dengan isipadu 1.5l ke 2l sudah memadai untuk dayhike. Tetapi kalau boleh bawa lebih apa salahnya.

Selain menggunakan botol yang perlu dipegang, anda juga boleh menggunakan water bladder yang lebih mudah diakses.

#3 Bawa Snek Ringan

Bawa juga snek ringan berkalori tinggi sebagai contoh kurma, coklat, protein bar, kacang atau roti.

Snek ini membantu mengekalkan tenaga, mengelakkan keletihan, dan memastikan tubuh kekal berfungsi dengan baik sepanjang pendakian.

#4 Telefon Bimbit & Powerbank

Mungkin ada dalam kalangan hikers yang lebih selesa memakai jam tangan pintar sahaja sepanjang mendaki, namun penting juga untuk membawa telefon bimbit.

Hal ini kerana, peranti ini sangat membantu anda untuk menghubungi sesiapa ketika waktu kecemasan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan peta offline sekiranya tersesat di bukit atau gunung.

Jangan lupa bawa juga powerbank sekurang-kurangnya 10,000 mAh. Mana tahu, peranti anda kekurangan bateri.

#5 Lampu Suluh Atau Headlamp

Lampu suluh atau headlamp sangat membantu sekiranya pendakian mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka, terpaksa melalui laluan yang gelap, atau berlaku kecemasan ketika hari semakin lewat.

#6 Wisel

Sekiranya tersesat, adalah lebih baik untuk meniup wisel berbanding menjerit meminta tolong.

Hal ini kerana anda tidak tahu berapa lama anda akan tersangkut di dalam hutan tersebut. Oleh disebabkan itu, wisel sangat penting apatah lagi ia boleh mengelakkan anda daripada kehabisan tenaga dan suara hanya kerana menjerit.

Malah bunyi wisel juga adalah lebih kuat dan frekuensinya yang tinggi menyebabkan ia mudah menembusi bunyi persekitaran. Untuk meminta pertolongan, anda perlu meniupnya sebanyak tiga kali.

#7 Kit Pertolongan Cemas (First Aid Kit)

Kit pertolongan cemas yang mempunyai plaster luka, pembalut, antiseptik, ubat peribadi adalah penting untuk dibawa sebagai persediaan menghadapi kecederaan ringan atau situasi kecemasan sepanjang pendakian.

Sekurang-kurangnya, rawatan awal boleh diberikan dengan segera sekiranya ada yang tercedera.

#8 Pisau Lipat Kecil

Walaupun ia adalah objek tajam yang berbahaya, namun pisau lipat kecil berfungsi untuk kegunaan kecemasan atau membantu dalam situasi tertentu ketika pendakian, seperti memotong tali, dahan kayu dan sebagainya.

#9 Cermin Isyarat

Cermin isyarat (survival signal mirror) berfungsi untuk memantulkan cahaya bagi memberi syarat kecemasan kepada individu lain.

#10 Pemetik Api (Lighter)

Lighter sinonim dengan orang yang merokok, tetapi kalau hiking pemetik api ini sangat berguna untuk pelbagai situasi.

Selain digunakan untuk menghidupkan api bagi tujuan memasak, lighter juga berguna untuk situasi survival. Sebagai contoh bagi menghidupkan unggun api untuk memanaskan badan dan mengeluarkan asap sekiranya anda tersesat.

Unggun api itu juga berguna pada waktu malam sebagai sumber cahaya.

#11 Jaket Hujan

Memang tidak dapat dinafikan, ketika waktu siang, anda memang akan terasa panas dan bahang ketika berada di dalam hutan. Namun, suhu hutan boleh berubah dengan sekelip mata jika sudah masuk di kawasan dalam atau ketika hujan turun.

Oleh disebabkan itu, sediakan jaket hujan atau selimut kecemasan di dalam beg bagi mengelakkan hipotermia dan kesejukan.

Malah ramai juga pendaki dan Malim Gunung Perhutanan (MGP) membawa plastik sampah untuk menghangatkan badan ketika suhu badan turun mendadak.

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Hiking, Ini Perlu Anda Tahu & Sediakan Untuk Elak Hipotermia

#12 Topi & Pelindung Matahari

Selain itu, pakai juga topi dan sunblock (pelindung matahari), bagi melindungi kulit daripada sinaran UV.

#13 Baju Tambahan

Simpan baju tambahan di dalam beg kalis air yang dibawa. Baju spare ini penting sekiranya baju yang anda pakai lencun atau basah. Cepat-cepat tukar kepada yang kering bagi mengelakkan anda mengalami hipotermia.

#14 Peta Laluan/GPS

Sebelum memulakan pendakian, muat turun dulu peta laluan offline. Jika tersesat, itulah penyelamatnya.

#15 Kompas

Jangan pandang remeh fungsi kompas, alat ini sebenarnya boleh membantu pendaki menentukan arah perjalanan dengan tepat, terutamanya apabila melalui laluan yang kurang jelas, berkabus atau berada di kawasan hutan yang tebal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.