Now Reading
Influencer Kongsi Tips Elak Kena Caj Mahal Ketika Makan Nasi Padang Di Indonesia [Video]

Influencer Kongsi Tips Elak Kena Caj Mahal Ketika Makan Nasi Padang Di Indonesia [Video]

Reina Lum yang sebelum ini pernah menetap di Jakarta turut mencadangkan orang ramai yang melancong ke Indonesia menggunakan perbankan atas talian atau kod QR agar mempunyai bukti simpanan pembayaran dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu pelancong Malaysia diviralkan oleh sebuah restoran terkemuka di Indonesia kononnya tidak membuat pembayaran selepas makan di premis berkenaan secara tidak langsung telah mengundang rasa kurang senang masyarakat di negara ini.

Bahkan ada juga yang mahu memboikot restoran berkenaan dek kerana kekhilafan mereka dalam membuat semakan bayaran sebelum menularkan hal berkenaan.

Reina Lum kongsi tips untuk makan di kedai nasi padang di Indonesia, elak kena tipu

Terbaharu influencer, Reina Lum yang pernah tinggal di Jakarta sebelum ini telah berkongsi beberapa tips yang boleh membantu orang ramai khususnya pelancong yang melawat ke Indonesia sekiranya berkunjung ke restoran masakan padang.

Kata Reina sebagai rakyat Malaysia, sebelum membayar bil untuk hidangan makanan nasi padang, anda perlu membuat semakan bilangan item dalam bil berkenaan.

“Sebab ini antara scam yang paling senang orang akan kenakan dekat awak. Terutama awak bukan orang tempatan, awak tak tahu macam mana prosesnya, dan awak menjadi sasaran mudah.

“Sebabkan konsep makan nasi padang ini adalah ada satu meja dia bagi awak nasi putih, lepas tu ada banyak sangat lauk pauk atas meja dan awak akan bayar makanan yang awak usik dan makan sahaja,” katanya.

Pastikan buat semakan harga untuk makanan dalam menu dan bil

Tips kedua pula, sekiranya bilangan dalam bil makanan tersebut sudah betul, anda disarankan untuk membuat semakan harga.

“Awak kena tahu. Khususnya kalau awak ada orang tempatan makan bersama dengan awak, mereka akan tahu kalau telur balado berapa harga dia, kalau ayam pop berapa harga dia.”

Jelas bekas peguam itu lagi, adakalanya dalam kes kecil memang mereka akan menaikkan harga makanan tersebut.

“Ha benda tu sebenarnya tak mahal sangat, tapi dia orang macam naikkan 10,000 rupiah, 20,000 rupiah di sana sini (harga menu) dan masalahnya kebanyakan kedai nasi padang mereka tidak akan membuat menu yang besar, ada senarai makanan-makanan dan berapa harga,” jelasnya lagi.

Katanya lagi jika ada menu ia hanya menu yang kecil atau pihak restoran akan memaparkan harga makanan di kaunter pembayaran sahaja.

Sebaiknya pelanggan perlu mendapatkan harga rujukan terlebih dahulu dan membuat semakan semula untuk harga dalam bil makanan terbabit.

Buat pembayaran secara dalam talian supaya ada bukti bayaran telah dibuat

Jelas Riena Lum lagi, Indonesia juga sangat mahir dalam teknologi dari segi penyesuaian perbankan dalam talian atau pembayar menggunakan kod QR.

Riena juga mencadangkan orang ramai yang berkunjung ke Indonesia untuk menggunakan ‘GoPay’ atau sebarang pembayaran atas talian untuk membuat sebarang pembayaran.

Ini kerana pembayaran menggunakan kaedah ini memudahkan pelanggan untuk mempunyai bukti pembayaran.

“Ini kerana Reina sendiri pernah ada pengalaman benda-benda macam ni, tapi lebih kepada kedai nasi padang yang kecil-kecil. Bukan yang besar macam Pagi Sore.

“Dan sejujurnya dalam kes Pagi Sore, ia tindakan yang silap untuk menularkan pelanggan anda sebelum memastikan pelanggan tersebut betul-betul dah melakukan kesalahan.

“Terutama mengetahui faktanya, kebanyakan daripada pelanggan anda itu adalah pelancong Malaysia. Jadi rugilah kalau disebabkan kesalahan pentadbiran seperti ini anda menolak salah satu sumber kewangan yang besar,” katanya lagi.

Dah banyak kali berkunjung ke Pagi Sore dan pengalaman setakat ini baik-baik belaka

Walau bagaimanapun, Reina mengatakan dia sebelum ini pernah beberapa kali berkunjung ke restoran terbabit dan pengalamannya adalah baik.

Reina juga menyifatkan restoran Pagi Sore salah satu kedai makan terkenal yang ada di Indonesia.

“Jadi kemungkinan perkara seperti ini berlaku di mana mereka secara sengaja ingin menipu pengguna mereka adalah sesuatu yang tak wajar. Oleh itu, ada kemungkinan besar semua perkara ini telah menjadi besar dan salah faham.”

@reinalum

Replying to @anezzneza Bagi Reina, makan nasi padang kat Indonesia as a tourist sama je macam makan durian atau restaurant seafood kat Malaysia. Ada je penjual yang panjang akal nak earn extra on tourists.. 😩 To be clear, isu ni bukan la berleluasa sgt & most businesses are honest. Dalam experience Reina, ada dalam 2-3 kali je pernah ada technical issue overcharge (under charge pun pernah!) Tapi dlm kes Pagi Sore, mmg tak boleh deny, isu ni mmg impak credibility & tourist sentiment.. Itu sebabnya kita semua kena ingat, kuasa viral tu mmg hebat. Things can get out of hand quick and kalau dah terviral, dah tak boleh gostan.. #fypmalaysia #pagisore #indonesia #jakarta

♬ original sound – Reina Lum – Reina Lum
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.