Kereta Dilanggar Dari Belakang? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan
Antara perkara yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi kenderaan dilanggar dari belakang adalah jangan panik dan cuba bertenang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sering dinasihatkan untuk berhati-hati. Bahkan kita juga diwajibkan untuk mengikuti setiap peraturan jalan raya yang sudah ditetapkan bagi mengelakkan dari berlakunya kemalangan.
Namun malang tidak berbau, adakalanya kemalangan yang berlaku berpunca daripada pelbagai sebab seperti bencana alam, kecuaian dan banyak lagi.
Apabila terbabit dalam kemalangan contohnya dilanggar dari belakang pasti ada yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan proses seterusnya.
Usah bimbang, memetik Carsome sebenarnya terdapat beberapa perkara boleh dilakukan jika mengalami kemalangan dilanggar dari belakang:
#1 Jangan panik

Kemalangan yang berlaku tanpa disangka pastinya membuat anda terkejut dan ini secara tidak langsung mengundang kepada rasa panik.
Dentuman yang didengari mungkin juga membuatkan anda berfikir mengenai kenderaan yang dinaiki selain pemikiran serta emosi terganggu.
Malah kita juga sering kali melihat pergaduhan yang berlaku di jalan raya apabila terjadinya kemalangan. Ini kerana seseorang itu mungkin hilang pertimbangan dan membuat sebarang tindakan mengikut emosi.
Oleh itu, cuba untuk bertenang. Pastikan anda berada dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan.
#2 Alihkan kenderaan

Sebelum bertindak untuk turun dari kenderaan, pastikan keadaan selamat. Jika berada di tengah-tengah jalan raya sebaiknya cuba alihkan kenderaan ke bahu jalan.
Ini kerana, kita tidak mahu kemalangan yang berlaku menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Apabila kenderaan sudah dialihkan ke bahu jalan, cuba keluar dari kenderaan dan bertegur atau bersemuka dengan individu yang melanggar anda.
Elakkan daripada membawa turun sebarang peralatan yang boleh mengundang kepada ancaman seperti kunci stereng dan sebagainya. Kerana anda mungkin boleh didakwa membuat cubaan untuk menyerang.
#3 Ambil gambar kemalangan dan maklumat penting

Apabila turun dari kenderaan bawa telefon pintar anda dan ini jenis gambar dan dokumen yang diperlukan sebagai bahan bukti.
- Ambil gambar kemalangan kedua-dua buah kenderaan
- Nombor telefon individu yang melanggar
- Ambil gambar cukai jalan
- Ketahui syarikat insurans
- Ambil gambar lesen memandu & kad pengenalan
#4 Buat laporan atau ‘settle’ antara individu yang melanggar

Adakalanya mungkin individu yang melanggar anda mahu kemalangan tersebut diselesaikan tanpa melibatkan pihak berkuasa.
Yelah mungkin tidak mahu perkara dipanjangkan. Maka ada yang lebih memilih untuk anda bawa kenderaan ke bengkel yang dimahukan dan mereka akan membayar kos kerosakan. Ada juga yang mahukan perkara itu dilaporkan kepada polis.
Bergantung kepada individu melanggar dan kerosakan yang dialami
Jadi mana satu yang perlu dilakukan, lapor polis atau selesai sendiri? Ia sebenarnya bergantung kepada individu yang melanggar anda serta jenis kerosakan kereta.
Menurut Carsome, jika kerosakan kereta hanya mengalami kemik dan tidak menjejaskan kenderaan maka boleh sahaja jika ingin diselesaikan di situ juga.
Jika mahu lebih mudah, bawa sahaja kereta dan individu yang melanggar ke bengkel dan minta mekanik membuat anggaran kerosakan dialami kenderaan anda.
Sekiranya kerosakan itu sanggup dibayar oleh individu yang melanggar maka laporan polis tidak perlu dilakukan selain tidak perlu berurusan dengan pihak insurans.
Hubungi pihak insurans untuk tunda kereta dan bawa ke balai polis
Namun jika kerosakan dialami teruk sehingga menyebabkan kenderaan tidak lagi boleh bergerak, anda disarankan untuk menghubungi pihak insurans bagi tujuan menunda kenderaan anda dan bawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Laporan polis ini dilakukan agar anda boleh membuat tuntutan insurans.
Akan tetapi sekiranya anda bimbang dengan sebarang kemungkinan, adalah lebih baik untuk anda dan individu yang melanggar membuat laporan polis.
Apabila laporan dibuat, polis akan menjalankan siasatan dan pegawai penyiasat akan bertemu dengan anda dan juga individu melanggar.
Maka segala kronologi kemalangan boleh diceritakan. Jika ada sebarang bahan bukti seperti rakaman dashcam juga boleh diberikan.
Keputusan daripada hasil siasatan kemudiannya akan dikeluarkan sekitar satu ke dua minggu.
Jangan lupa untuk minta salinan laporan, pastikan juga salinan terbabit diperakui oleh mana-mana pegawai polis. Memetik Carro, tempoh membuat laporan polis boleh dilakukan dalam masa 24 jam.
#5 Hantar kereta ke bengkel

Selesai membuat laporan dan dokumen seperti salinan laporan juga sudah diambil. Anda kemudian boleh memilih mana-mana bengkel panel insurans untuk dibaiki.
Tak tahu panel bengkel insurans? Mudah sahaja, hubungi syarikat insurans anda dan minta mereka senarai bengkel yang ada berdekatan anda.
Untuk membuat tuntutan insurans pula terdapat beberapa dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan lesen memandu
- Salinan geran kereta
- Salinan nota perlindungan (cover note) insurans)
- Salinan laporan polis yang telah diakui sah.
- Salinan kad pengenalan dan lesen (sekiranya kenderaan dipandu individu lain).
#6 Jimatkan NCD anda

Apabila laporan polis ia memudahkan anda untuk membaiki kenderaan rosak tanpa perlu menuntut insurans kenderaan sendiri. Ini kerana, tuntutan boleh dibuat menggunakan No-Clain Discount (NCD) pihak yang melanggar.
Bahkan perkara ini juga mengelakkan anda daripada terpaksa membayar insurans untuk tahun berikutnya pada nilai lebih mahal disebabkan NCD insurans kereta sendiri.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



