Kenapa Pelajar Digalakkan Makan Telur Setiap Hari? Ini Kesannya Pada Otak [Video]
Menurut Penceramah kesihatan Mental, Amirul Ramli individu yang mempunyai masalah anxiety disebabkan mereka mempunyai tahap ‘choline’ yang lebih rendah pada beberapa bahagian otak khususnya pada bahagian yang terlibat dengan regulasi emosi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Telur merupakan salah satu makanan yang bagus serta berkhasiat untuk diamalkan oleh setiap peringkat umur. Bahkan telur juga sering dikatakan sebagai salah satu makanan ‘superfood’ yang terbaik dan mengandungi pelbagai kebaikan untuk badan serta otak manusia.
Baru-baru ini Penceramah Kesihatan Mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli menyarankan para pelajar untuk makan telur rebus pada setiap pagi.
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Amirul berkongsi perkara itu sewaktu menghadiri satu program ceramah motivasi di Universiti Putra Malaysia.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Kebaikan Beetroot Untuk Kesihatan & Cara Kurangkan Rasa Serta Bau Tanah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba Craving Sesuatu Makanan? Rupanya Ini Cara Badan Beritahu Nutrisi Yang Diperlukan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Kena Tahu! Ini Tips Pilih Multivitamin Sesuai Untuk Anak [Video]
Kenapa telur bagus untuk pelajar?
Ujar Amirul, dunia belajar serta bekerja adalah tidak sama dan berbeza. Ini kerana, sewaktu seseorang individu sedang belajar, mereka memerlukan mental yang berada di tahap bagus atau kata mudahnya ‘tip-top’.
Menurut Amirul, ini kerana otak memerlukan bahan binaan yang cukup agar neuron dapat bekerja dengan baik.
“Protein dekat dalam telur tu, amino acid yang boleh jadi building blocks untuk neurotransmitter macam dopamin dan serotonin (hormon).
“Dopamin ini penting untuk fokus, motivasi dan dorongan semangat,” jelasnya.
Serotonin bantu berkait dengan emosi, telur juga mengandugi choline
Manakala serotonin pula berkait dengan emosi seperti memberikan ketenangan mental. Selain itu, telur juga mengandungi ‘choline’ di mana ia adalah nutrien yang penting dalam menghasilkan acetylcholine.
Acetycholine adalah neurotransmitter yang berkait dengan perhatian (fokus), memori serta pembelajaran.
“Ada kajian baru yang jumpa individu yang ada masalah anxiety, mempunyai tahap choline yang lebih rendah dekat beberapa bahagian otak terutamanya dekat bahagian yang terlibat dengan regulasi emosi.
“Jadi anda kena jaga level choline. Telur juga ada selenium. Selenium ini penting untuk ‘working memory’ seperti RAM (dalam komputer) untuk otak anda simpan maklumat.”
Telur ada vitamin D, Omega-3, kolina yang bagus untuk fungsi otak
Selain itu memetik Berita Harian, telur juga mengandungi sumber vitamin D yang baik dan bagus untuk penyerapan:
- Kalsium
- Kesihatan tulang
- Gigi
- Otot
- Sistem imun.
Bukan hanya itu ia juga sumber terbaik kolina yang penting untuk fungsi otak serta kesihatan sel badan selain turut mengandungi sumber Omega-3 yang bagus untuk kesihatan otak dan mata khususnya jika seseorang itu jarang makan ikan.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



