Now Reading
Wanita Kongsi Perkara Yang Dilakukan Untuk Bantu Masalah PCOS [Video]

Wanita Kongsi Perkara Yang Dilakukan Untuk Bantu Masalah PCOS [Video]

Kata wanita itu, antara perkara yang dilakukan adalah senaman ringan seperti berjalan untuk tempoh 20 ke 30 minit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah situasi yang mana terdapat cyst kecil atau folikel dalam ovari wanita.

Perkara ini membuatkan seseorang wanita yang didiagnos PCOS akan mengalami beberapa simptom seperti:

  • Kitaran haid tidak teratur atau tiada haid untuk tempoh lama
  • Sukar untuk hamil meskipun sudah mencuba beberapa tahun
  • Tumbuh bulu yang tidak terkawal pada badan atau wajah
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut gugur
  • Kulit terlalu berminyak
  • Cenderung mengalami kemurungan
  • Masalah berat berlebihan

Namun segelintir individu mungkin akan mengalami simptom yang berbeza dan perlu berjumpa Pakar Sakit Puan (ginekologi) untuk melakukan ujian lanjut seperti imbasan ultra sound atau transvaginal (TVS) atau ujian darah seperti pemeriksaan hormon dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Period Lambat & Ujian Kehamilan Negatif Petanda PCOS? Ini Penjelasan Doktor

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Pemakanan Kongsi Cara Turunkan Berat Badan Untuk Wanita Alami PCOS

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Pemakanan Jelaskan 5 Jenis Makanan Bantu ‘Improve’ Masalah Hormon & PCOS

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 5 Langkah Untuk Kurangkan Gejala PCOS, Masalah Hormon Yang Sering Dihadapi Wanita

Wanita kongsi perkara dilakukan untuk bantu masalah PCOS

Baru-baru ini seorang wanita yang juga pernah berdepan dengan masalah PCOS telah berkongsi lima perkara yang dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut sehingga berjaya hamil.

Tak dinafikan segelintir yang mengalami masalah PCOS mungkin berasa bingung apabila pelbagai perkara yang telah dilakukan namun masih lagi tiada perubahan positif yang dapat dikesan.

Bahkan pelbagai usaha juga telah dilakukan untuk memastikan simptom PCOS berkurangan seperti turun berat badan namun ia dilihat sukar dan akhinya perkara itu mengundang kepada tekanan.

Wanita kongsi dah buat IVF dan IUI namun gagal sebelum berjaya secara semulajadi

Menurut wanita dikenali sebagai Rabiatul Kamsina, sebagai seorang yang berdepan dengan PCOS pelbagai masalah seperti ketidak suburan, masalah kitaran haid tidak teratur, berat badan yang berlebihan selain sukar untuk hamil.

Katanya sepanjang mengalami masalah tersebut dia juga sudah melakukan bermacam-macam usaha untuk hamil seperti In Vitro Fertilization (IVF) dan Intrauterine Insemination (IUI) namun ia tidak berjaya.

Dia bagaimanapun berjaya hamil secara alami selepas beberapa tahun mencuba.

Katanya terdapat beberapa perkara yang dilakukan olehnya untuk membantu mengatasi masalah PCOS terbabit.

#1 Berhenti buat senaman terlalu ekstrem

Foto: Pexels

Jelasnya sebagai seorang yang pernah menghidap PCOS selama bertahun-tahun, dia mula menyedari untuk menurunkan berat badan yang mana seorang wanita itu tidak perlu melakukan senaman yang ekstrem.

Katanya seseorang wanita yang mengalami PCOS itu boleh melakukan senaman yang mudah namun perlulah ringkas serta berterusan (konsisten).

Menurut Rabiatul, dia hanya melakukan senaman seperti berjalan di atas alat sukan treadmill untuk tempoh seperti 20 ke 30 minit.

Ada ketika pula dia hanya membuat senaman kardio yang mudah yang diikuti menerusi YouTube seperti aerobik, zumba dan sebagainya.

Apa yang lebih penting, adalah anda memilih rutin senaman yang disukai supaya boleh konsisten dan seronok untuk melakukannya.

#2 Ekstrem diet

Foto: Pexels

Sebut mengenai diet ada yang mengatakan mereka sengsara dan ada juga tidak bertahan lama.

Tapi sebenarnya mungkin anda terlalu ekstrem dalam diet yang dilakukan.

Kata Rabiatul, dia makan apa sahaja yang diinginkan namun dalam kuantiti yang sedikit daripada kebiasaan.

“Jujur cakap sebelum ni, masa saya tahu saya ada PCOS dan saya nak cuba turunkan berat badan. Saya buat diet yang ekstrem, memang tak makan (banyak makanan), tidak mengambil gula 100%.

“Namun ia tidak berkesan akhirnya kerana menjadi terbeban.”

Menurutnya apabila seseorang berasa tertekan ia akan menyebabkan hormon terganggu.

Katanya dua kaedah diet yang membantu dirinya adalah:

  • Intermitten fasting (IF)
  • One Meal A Day (OMAD)

#3 Berhenti ambil vitamin atau ubatan yang tidak diperlukan

Foto: Pexels

Kata Rabiatul, dia hanya mengambil makanan tambahan atau vitamin yang diperlukan sahaja seperti:

  • Asid Folik
  • Inositol – makanan tambahan ini sering diambil oleh mereka yang mengalami PCOS

Dia juga berpendapat pengambilan inositol banyak membantu selain banyak kajian serta journal mengenai keberkesanannya telah dilakukan.

Walau bagaimanapun, anda perlu mencari jenama inositol yang bersesuaian dengan diri sendiri.

#4 Mencuba alternatif lain

Berdepan dengan masalah PCOS pastinya tidak mudah, dan perlu melakukan pelbagai perkara untuk memastikan hormon dalam keadaan baik.

Jelas Rabiatul antara perkara yang dilakukan adalah cuba mencari alternatif lain dalam merawat masalah PCOS tersebut.

Antara alternatif yang dicuba adalah:

  • Rawatan urutan secara konsisten
  • Akupuntur

Tambahnya lagi, dua rawatan itu dilakukan secara konsisten lebih kurang selama enam bulan.

Rabiatul turut berharap tips yang dikongsikan dapat membantu wanita lain yang berdepan masalah PCOS atau mendapat insiprasi untuk mencuba sebahagian darinya.

@rabiatulkamsina

As PCOS girlies, here’s what I stopped dong that helped me conceive naturally. 1. Excessive/extreme exercise routine 2. Extreme diet 3. Stop taking unncessary supplements/medications 4. Stop investing on something that can causes you stress 5. Stop depending put high hope on medical treatments. Be open-minded & do not be afraid to try different alternatives! But don’t get me wrong, medical treatments DOES HELPED ME A LOT in treating my irregular period. Medication of hormonal pills does helped! #pcos #ttc #infertility

♬ original sound – Rabiatul Kamsina – Rabiatul Kamsina
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.