Nak Halau Lipas Terbang Dalam Rumah? Ini Tipsnya
Lipas adalah serangga perosak yang sering muncul tanpa diduga.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebut sahaja lipas, mesti ramai di antara kita yang akan geli mendengarnya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang pernah berdepan kisah trauma dengan lipas. Memang terus naik bulu roma! Nak halau pun kadang-kadang takut.
Meskipun saiznya jelas lebih kecil daripada manusia, namun serangga perosak tersebut membawa banyak bahaya jika dibiarkan membiak di dalam rumah. Antaranya seperti keracunan makanan akibat bakteria salmonella, cirit-birit, alahan kulit, demam kepialu (typhoid), dan banyak lagi.
Bahaya lipas lain yang mungkin ramai tidak tahu adalah ia akan mengeluarkan semula makanan separuh hadam dan meninggalkan najis ketika sedang makan.
Untuk info, lipas dikategorikan sebagai haiwan nokturnal iaitu aktif pada waktu malam dan tidur atau berehat pada waktu siang. Ia juga suka bersembunyi di tempat gelap seperti dalam almari dapur, bawah peti ais, tangki najis, lubang dalam tandas, tempat lembab dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Cicak Juga Pembawa Bakteria Salmonella?
Baca Artikel Berkaitan: “Puas Hati Kutip” – Modal Tak Sampai RM10, Ini Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta
Tanda-tanda Ada Lipas Dalam Rumah Anda
Kadangkala ada sesetengah daripada kita tidak perasan sebenarnya sudah banyak lipas membiak dalam rumah. Mana tidaknya, selalunya ia berkeliaran masa kita sedang tidur, memang tidak perasan la jawabnya.
Oleh disebabkan itu, di sini kami kongsikan beberapa tanda terdapat lipas sedang membiak dalam kediaman anda. Antaranya:
- Jumpa najis (dropping) lipas: Boleh dikatakan semua benda lipas ni makan. Oleh disebabkan itu, perhatikan najis mereka yang kecil dan berwarna hitam yang berselerak di rumah.
- Telur lipas: Perhatikan telur lipas berwarna putih yang kecil.
- Bau tidak menyenangkan: Bau seakan-akan hapak menandakan terdapat lipas di persekitaran rumah.

Sumber: Property Guru
Cara Mudah Basmi Lipas Dalam Rumah
Kepada anda yang tidak mahu melihat ada lipas berterbangan dalam rumah, di sini kami kongsikan cara-cara yang boleh dilakukan bagi mengatasinya.
#1 Daun Pandan
Yang pertama sekali, anda boleh cuba membasmi lipas menggunakan daun pandan. Apa yang anda perlu lakukan adalah koyakkan atau hiris nipis dan letakkannya di kawasan banyak lipas berkumpul sebagai contoh di dalam kabinet laci atau stor.

#2 Biji Buah Pelaga & Kulit Kayu Manis
Cara kedua adalah ambil beberapa biji buah pelaga yang anda simpan di dapur dan tumbuk sekali dengan kulit kayu manis.
Sama seperti daun pandan tadi, letakkan serbuk campuran biji buah pelaga dan juga kulit kayu manis di tempat tersembunyi yang anda yakin lipas berkampung di situ.

#3 Lemon
Bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat minuman atau sebagai bahan masakan, malah lemon ini sebenarnya versatil dan juga boleh digunakan untuk menghapuskan lipas.
Caranya adalah hiris nipis sebiji lemon dan letakkan ia di tempat gelap yang selalu ada lipas. Selain menghalau lipas, lemon itu juga berfungsi memberi kesegaran kepada kabinet dan laci anda.
Bila lemon tu sudah kering, dan anda perasan lipas masih berterbangan, gantikan sahaja dengan lemon baharu yang segar.

#4 Daun Salam
Kebiasaannya, daun salam atau daun bay yang kaya dengan bau herba dan beraroma digunakan sebagai bahan masakan seperti hidangan nasi beriani, kari, lauk kurma, sup ayam, spageti bolognese dan banyak lagi.
Namun buat mereka yang jarang menggunakan daun bay di rumah, daun ini sebenarnya boleh juga digunakan untuk menghalau lipas. Caranya, ambil beberapa helai daun bay dan tumbuk hingga halus.
Selepas itu, taburkannya di tempat pembiakan lipas. Kadangkala, ubat gegat dan semburan racun serangga sahaja tidak mencukupi.

#5 Baking Soda (Sodium Bikarbonat) & Gula
Siapa sangka campuran kedua-dua bahan masakan penting dalam industri makanan iaitu sodium bikarbonat dan juga gula juga menjadi ejen penghapus lipas yang kotor.
Apa yang perlu anda lakukan adalah campur kedua-dua bahan itu menggunakan nisbah 1:1 dan letakkannya di kawasan banyak lipas.
Apa logiknya di sebalik gabungan dua bahan itu? Kalau anda nak tahu, gula berfungsi sebagai tarikan kepada lipas untuk makan, manakala baking soda sebagai pembasmi.

#6 Timun
Kebiasaannya jika anda potong timun, pasti anda akan membuang bahagian pangkalnya kerana mempunyai cecair putih iaitu getah. Tapi daripada anda membazir, baik anda gunakannya untuk menghalau serangga berkenaan.
Yup, sama sahaja macam tips-tips lain tadi. Letakkan sahaja hirisan timun tersebut di tempat banyak lipas.

#7 Air Sabun
Secara umumnya, lipas tertarik dengan bau busuk serta tidak menyenangkan. Oleh disebabkan itu, air sabun mungkin dapat menyelamatkan anda daripada dikelilingi lipas di dalam rumah.
Pertama sekali, letakkan air sabun itu di dalam botol spray dan semburnya ke arah lipas setiap kali melihatnya. Kebiasaannya, lipas akan cepat mati kalau disembur dengan air sabun kerana lubang pernafasan lipas akan tersumbat.

Selain cara-cara di atas, lipas juga tidak suka dan ‘benci’ dengan empat bau daripada tumbuh-tumbuhan ini iaitu:
- Lavender
- Pudina
- Serai
- Pokok Catnip
Baca Artikel Berkaitan: Lipas Paling Takut Dengan 5 Bau Dari Tumbuhan Ini!
Baca Artikel Berkaitan: Cara Basmi Kutu Beras Dengan Efektif
Baca Artikel Berkaitan: Hadkan Penggunaan Racun Serangga! Boleh Beri Kesan Pada Perkembangan Saraf Kanak-Kanak



