Rupanya Ini Cara Nak Simpan Barangan Basah Supaya Tahan Lebih Lama & Segar
Menerusi hantaran dikongsikan KPKM, setiap bahan basah mempunyai tips dan cara penyimpanan tersendiri bagi memastikan ia kekal segar dan tahan lama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Segelintir individu mungkin membeli barangan basah untuk tempoh satu ke dua minggu.
Yelah ramai yang bekerja atau mungkin mempunyai kekangan masa untuk kerap ke pasar atau pasar raya untuk membeli barang basah tersebut.
Namun penyimpanan yang tidak betul boleh menyebabkan bahan mentah mudah rosak dan tidak segar lagi apabila tiba waktu nak digunakan.
Perkara ini tak dinafikan secara tidak langsung membuatkan ramai kecewa kerana rugi apabila bahan tidak lagi boleh digunakan atau nutrisi sudah berkurangan. Bila bahan dah tak segar makanan pun menjadi kurang enak dan berkhasiat disebabkan nutrisi berkurangan.
Baru-baru ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah berkongsi beberapa tip yang pastinya boleh membantu anda untuk menyimpan barangan basah lebih baik.
Apa yang lebih menarik, barangan basah yang disimpan itu bukan sahaja tahan lebih lama tetapi ia juga kekal segar ketika ingin dimasak.
#1 Ayam, ikan atau daging

Kebiasaannya ramai yang menyimpan bahan protein ini dengan menyimpannya satu ketulan besar atau jumlah yang banyak.
Sebagai contoh satu ekor ayam diletakkan dalam satu bekas, kemudian apabila ingin dimasak anda akan keluar dan cairkan (defrost) beberapa kali mengikut jumlah yang ingin digunakan.
Perkara ini sebenarnya tidak disarankan kerana ia bukan sahaja membuatkan bahan tersebut tidak lagi segar tetapi nutrisinya juga berkurangan.
Apa yang boleh dilakukan adalah cuci bersih segala bahan protein seperti ayam, daging dan ikan kemudian simpan di dalam bekas yang kedap udara atau plastik ziplock mengikut saiz hidangan untuk sekali masak.
Jika sekali masak anda mungkin menggunakan sebanyak 3 ekor ikan maka boleh asingkan dalam satu bekas. Lebih senang jika labelkan nak masak apa.
Dah alang-alang tu tak perlu lagi fikir nak masak apa ikan tersebut. Tindakan ini, akan membuatkan ikan tersebut kekal segar dan tiada proses defrost berulang kali.
“Bila nak guna, keluarkan satu bekas sahaja. Sumber mentah kekal segar dan tidak hilang nutrisi akibat proses defrost berkali-kali,” kata KPKM.
#2 Petua untuk cili tahan lebih lama

Baru seminggu cili yang baru dibeli sudah lembik atau mula berair. Kebiasaannya cili ini sudah tidak segar lagi dan nak dimasak pula takut boleh mengundang kepada keracunan makanan.
Oleh itu, petua untuk cili ini kekal segar adalah patahkan tangkai cili. Ini kerana bakteria akan cepat membiak pada tangkainya.
Sebaik patahkan semua tangkai cili kemudian lapikkan tisu dapur (tekstur sedikit kasar berbanding tisu biasa) ke dalam bekas yang ingin digunakan.
Masukkan cili dan juga seulas bawang putih. Bawang putih? Ya anda tak salah baca. Fungsi bawang putih di dalam bekas cili adalah bertindak sebagai ejen antikulat semulajadi.
Simpan di dalam peti ais, peringatan penting anda juga perlu sering menukar tisu lapik tersebut sekiranya ia mula lembap.
Yelah disimpan dalam peti ais maka tisu juga akan menyerap udara dalam peti berkenaan.
#3 Daun ketumbar

Daun ketumbar antara bahan yang sering digunakan dalam masakan seperti sup, tomyam, masakan rebus, dan macam-macam lagi.
Ia berfungsi sebagai penambah rasa pada makanan yang disediakan.
Namun ia juga antara bahan yang cepat layu jika tidak digunakan pada kadar segera. Sebenarnya daun ketumbar ini sensitif dan jika salah cara penyimpanannya ia dalam masa tiga hari ia sudah mula hitam.
Cara untuk menyimpan daun ketumbar adalah cuci bersih dan potong sedikit akar serta rendam di dalam bekas atau boleh yang berisi dengan sedikit air.
Alah macam korang letak bunga dalam pasu tu, cara ni boleh membuatkan daun ketumbar yang dibeli kekal segar sampai berminggu-minggu tau.
#4 Sayur dan buah disimpan dalam bekas kering

Sayur dan buah-buahan akan mudah rosak sekiranya ia disimpan dengan cara yang tidak betul.
Sebagai contoh dalam bekas berair dan sebagainya, perkara ini akan membuatkan sayur menjadi tidak segar atau mudah layu atau rosak.
Cara terbaik untuk menyimpan sayur dan buah adalah ia disimpan dalam bekas yang kering. Anda juga boleh melapik dengan tisu sama seperti cara menyimpan cili. Fungsi tisu adalah untuk menyerap air.
Penyimpanan yang betul secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko pembaziran makanan. Yelah bila dah busuk atau rosak bukan hanya rugi pada makanan sahaja tetapi wang juga terlebur.
Sayangnya bila tak dapat nak guna bahan yang dah dibeli hanya kerana salah cara menyimpan.
Jadi tunggu apa lagi korang, pastikan korang simpan barang-barang bahan basah dengan betul ya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Selalu Buat, Ketahui 5 Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Ais
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini Antara Makanan ‘Survival’ Yang Tahan Lama Untuk Keperluan Saat Genting
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Jadi Punca Keracunan! Doktor Kongsi Makanan Yang Bahaya Disimpan Dalam Peti Sejuk [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tak Perlu Susah Payah Berjemur, Ini Petua Untuk Hilangkan Kutu Beras Dengan Mudah



