Now Reading
Si Comel Kurang Bercakap? Ini 7 Tips Buat Ibu Bapa Rangsang Anak Untuk Bercakap

Si Comel Kurang Bercakap? Ini 7 Tips Buat Ibu Bapa Rangsang Anak Untuk Bercakap

Memetik laman Hello Doktor yang merujuk Pakar Paediatrik, Dr Redza Zainol, semakin banyak perkataan yang digunakan oleh ibu bapa ketika bersama dengan si kecil yang berusia lapan bulan, semakin banyak perkataan yang tersimpan dalam memori mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, ramai ibu bapa tampil di media sosial meluahkan kerisauan tentang anak mereka yang kurang bercakap.

Ada segelintir yang berkongsi situasi di mana si kecil hanya mengeluarkan beberapa perkataan dan malas untuk membuka mulut.

Keadaan sebegini kadangkala menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai perkembangan bahasa dan pertuturan anak kecil mereka.

Bercakap & Berbual Dengan Anak Secara Berterusan Cara Terbaik

Memetik laman Hello Doktor, seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun secara amnya boleh menyebut 50 perkataan dan mampu bertutur menggunakan ayat yang digabung dengan dua hingga tiga patah perkataan.

Bila si manja dah mencecah usia tiga tahun, mereka boleh menyebut hampir 1,000 perkataan dan boleh bercakap dengan gabungan tiga hingga empat perkataan.

Jadi bagaimana caranya nak pastikan perkembangan bahasa dan pertuturan berada di track yang betul?

Cara mudah adalah dengan bercakap dan berbual dengan mereka secara berterusan sepanjang hari.

Mungkin bagi segelintir orang nampak kelakar dan penat nak melayan si cilik tetapi ini adalah cara terbaik untuk membantu perkembangan bahasa anak anda.

Memetik laman Hello Doktor yang merujuk Pakar Pediatrik, Dr Redza Zainol, semakin banyak perkataan yang digunakan oleh ibu bapa ketika bersama dengan si kecil yang berusia lapan bulan, semakin banyak perkataan yang tersimpan dalam memori mereka.

Jadi bagaimana cara nak rangsang anak bercakap? Jom cuba 7 tips ini.

#1 Mulakan Dengan Perkataan Pendek & Mudah

Menurut Dr Redza Zainol, ibu bapa boleh cuba bercakap dengan si kecil menggunakan perkataan yang pendek dan mudah.

Contohnya, perkenalkan mereka dengan anggota badan satu persatu seperti mata, hidung, tangan dan mulut.

#2 Beri Masa Untuk Anak Proses Perkataan

Sudah nama pun proses belajar, ibu bapa jangan terlalu terburu-buru dan meletakkan harapan tinggi bahawa anak akan dapat menangkap serta menyebut segala perkataan yang diajar.

Sebaliknya, beri mereka masa dan perlahankan rentak semasa bertutur. Ia membolehkan si comel mudah untuk dengar dan memahami sesuatu perkataan.

#3 Kekalkan Pandangan Mata & Jangan Lupa Senyum

Sewaktu proses mengajar, ibu bapa jangan lupa kekalkan pandangan dan fokus kepada anak ketika mereka sedang bercakap.

Beri pujian dan senyuman kepada si kecil apabila mereka berjaya bercakap dengan betul.

Ia sebagai bukti bahawa anda memahami apa yang mereka katakan.

#4 Tunjukkan Ekspresi Muka Berbeza

Nak buat si cilik seronok dan berminat untuk bercakap, ibu bapa boleh menggunakan ekspresi wajah yang pelbagai.

Ketika bersembang, cuba kedip mata, mengangakan mulut dan sebagainya sewaktu berbual atau melakukan aktiviti seperti membaca buku cerita.

Keadaan ini pasti membuat si comel rasa teruja untuk bersembang dengan ayah dan ibu mereka.

#5 Guna Nada Yang Berbeza & Berirama

Selain ekspresi wajah, tona suara yang berbeza juga boleh menarik minat si kecil sekaligus menggalakkan mereka untuk bercakap.

Contohnya, jika anda sedang bersembang dengan si comel tentang haiwan, anda boleh buat bunyi haiwan itu juga seperti bunyi kucing ‘meow’ dan bunyi anjing ‘woof’.

Bila buat begini, si cilik akan lebih seronok dan cuba untuk meniru apa yang diajarkan kepada mereka.

Ia sekaligus boleh membantu mereka menyebut perkataan dengan lebih mudah.

#6 Guna Sebutan Yang Jelas

Memetik Hello Doktor, antara kesilapan yang sering ibu bapa lakukan ketika bercakap dengan anak adalah mengikut pelat si manja.

Mungkin nampak comel tapi cara sebegitu tidak membantu dalam perkembangan bahasa si cilik.

Jadi, sebutlah bahasa yang betul dan jelas. Sekiranya anak anda pelat, anda perlu perbetulkan kesilapan tersebut.

#7 Bertutur Dengan Perkataan Yang Betul

Cara lain yang boleh digunakan untuk merangsang si comel anda untuk bercakap adalah dengan menggunakan perkataan yang betul.

Ramai ibu bapa suka menggunakan bahasa bayi contohnya menyebut kucing sebagai meow atau makan sebagai ‘mamam’.

Apa kata anda ubah cara itu dengan menyebut perkataan sebenar. Ini kerana langkah sebegini membantu anak anda mengembangkan perbendaharaan kata mereka.

Sebagai ibu bapa, anda perlu sedar bahawa perkembangan setiap anak adalah berbeza.

Namun jika anda mempunyai kebimbangan mengenai perkembangan bahasa si comel, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan segera dengan doktor.

Baca Artikel Berkaitan: Perkembangan Bayi Terbantut Jika Terdedah Awal Pada Skrin Atau TV? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Perlu Marah-Marah” – Wanita Kongsi Tips Tenangkan Tantrum Anak Guna Kaedah ‘Jeong Pause’

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Mudah Untuk Hilangkan Sedu Bayi Dengan Berkesan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.