Nak Tunai Haji Dalam Tempoh 10 Tahun? Perunding Kewangan Kongsi Tips ‘Beranakkan’ Simpanan
Kos haji telah meningkat sebanyak 93% dalam masa 10 tahun, iaitu dari RM17,270 pada 2015 ke RM33,300 pada 2025.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan setiap umat Islam pasti memasang impian untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji yang merupakan Rukun Islam terakhir.
Namun perjalanan itu bukanlah mudah, apatah lagi apabila kos yang perlu dikeluarkan adalah sangat tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh semua orang.
Yang penting, daftar dahulu haji menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) supaya anda dapat dimasukkan ke dalam giliran.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Apa, Esok Takut Tuhan Tanya” – Peniaga Tepi Jalan Sanggup Jual Rumah Demi Tunai Haji
Baca Artikel Berkaitan: Wajib Jual Harta Yang Bukan Keperluan Untuk Tunai Haji, Tak Jual Berdosa – UAI [Video]
Kos Haji Dijangka Cecah RM64,000 Pada 2034
Bagi tahun ini, kos haji yang dianggarkan adalah sekitar RM33,000 sekepala. Nilai ini sememangnya besar lebih-lebih lagi bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Menerusi hantaran di Threads, Perunding Unit Amanah yang dikenali sebagai Faiz Zulfakar, berkata kos haji semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Malah dari tahun 2015 hingga 2025, kos haji meningkat sehingga 93% dari RM17,270 ke RM33,300 dalam tempoh 10 tahun.
Katanya, kos haji dijangkakan akan meningkat sehingga RM64,200 menjelang tahun 2035.
“Kalau kita tak mula rancang sekarang, kos 2035 tu boleh buat kita terduduk,” katanya.

Mula Simpan Dengan Lebih Awal Agar Dapat Nikmati Kesan Faedah Berganda
Dalam masa sama, mungkin ada yang memasang niat untuk menunaikan haji sebelum umur 45 tahun sewaktu tubuh badan masih sihat dan kuat.
Tapi macam mana nak kumpul duit sebanyak itu dalam masa yang singkat untuk melakukan haji di Mekah?
Faiz yang juga merupakan Perancang Kekayaan Berasaskan Syariah, berkongsi tips agar anda dapat menunaikan haji sebelum mencapai usia 45 tahun.
Mungkin ramai yang akan menunggu gaji menaik sebelum membuat simpanan bagi tujuan haji, namun ini merupakan kesalahan yang kerap dilakukan orang ramai.
Faiz menjelaskan bahawa orang ramai sepatutnya mengambil peluang terhadap kesan faedah berganda (compounding effect) dan mula membuat simpanan dengan lebih awal.
Bagi memastikan simpanan dibuat secara konsisten, dia mencadangkan orang ramai agar menggunakan pelan Direct Debit Authorization (DDA), sekali gus ‘memaksa’ mereka untuk menyimpan.
Simpan Wang Dalam Instrumen Dengan Faedah Sekitar 8%
Faiz turut memberi contoh strategi yang boleh diikuti oleh orang ramai iaitu dengan menyimpan sebanyak RM200 setiap sebulan bagi tahun pertama.
Kemudian, simpanan ini ditambah sebanyak RM50 sebulan menjadi RM250/bulan bagi tahun kedua, RM300/bulan bagi tahun ketiga dan seterusnya.
Namun dia mengingatkan agar jangan simpan wang ini secara sebarangan, sebaliknya memilih instrumen dengan potensi pulangan atau faedah sekitar 8% setahun.
Simpanan Boleh Cecah RM72,000 Dalam Masa 10 Tahun Menerusi Faedah Berganda
Menerusi strategi ini, Faiz berkata seseorang akan berjaya mengumpul sekitar RM72,000 dalam tempoh 10 tahun.
Daripada jumlah ini, RM51,000 adalah nilai simpanan yang dibuat, manakala bakinya datang daripada faedah yang terkumpul selama 10 tahun tersebut.

“Insha-Allah, RM72,000 tu lebih dari cukup untuk menampung kos Haji 2035 yang dianggarkan RM64,000,” katanya.
Faiz sekali lagi menegaskan tentang kepentingan konsisten dalam melakukan simpanan tersebut.
Katanya, usaha ini secara tidak langsung akan dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah haji.
“Niat yang baik, Allah pasti permudahkan jalan. Lagi awal kita mulakan, lagi cepat giliran kita tiba,” ujarnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2026: Had Pengeluaran KWSP Untuk Tunai Haji Dinaikkan Kepada RM10,000
Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Tips Untuk Bakal Jemaah Haji. #8 Paling Penting
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jadi Wartawan” – Jemaah Dinasihat Jangan Leka Buat Konten Ketika Tunai Haji