Masih Sangkut Dengan Bahasa Rojak? Warganet Kongsi Tips Cakap Bahasa Inggeris Dengan Lancar
Penguatkuasaan dalam Bahasa Inggeris adalah penting memandangkan ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang digunakan secara meluas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak di peringkat Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak) lagi, anak-anak didedahkan dengan pembelajaran Bahasa Inggeris. Pengukuhan bahasa itu kemudiannya dibawa sehingga ke sekolah menengah.
Seperti yang kita tahu, bahasa tersebut amatlah penting memandangkan ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Namun antara masalah yang dilalui ramai pada ketika ini adalah penguasaan Bahasa Inggeris yang tidak lemah dan ‘rojak’. Isu itu sebenarnya boleh menjejaskan keyakinan seseorang untuk bertutur dalam bahasa terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] KJ Fasih Berbahasa Inggeris Ketika Interview Di Jerman Raih Pujian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: Pernah Dapat Anugerah Presenter Terbaik, Wanita Kongsi Tips ‘Speaking English’ Dengan Yakin
Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Bertutur 3 Bahasa Semasa Bertugas Di PPV Raih Pujian Netizen
Wanita Tanya Warganet Tips Berbahasa Inggeris Dengan Baik
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Aina Syifa bertanya kepada orang ramai tentang cara-cara fasih berbahasa Inggeris.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dan banyak balasan daripada netizen.
View on Threads
Buat anda yang tertanya-tanya dan sedang berdepan masalah susah bertutur dalam Bahasa Inggeris, di sini kami kongsikan antara tips yang boleh diikuti:
- Tonton drama atau filem Bahasa Inggeris tanpa sari kata. Jika filem itu menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris, tukar pada bahagian setting.
- Tukar mod bahasa di peranti telefon ke Bahasa Inggeris.
- Belajar memperkenalkan diri anda dengan betul dalam bahasa Inggeris. Boleh juga menggunakan bantuan aplikasi AI (kecerdasan buatan) seperti ChatGPT untuk menyediakan ayat-ayat perkenalan diri yang mudah dan simple sebagai permulaan.
- Perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris ketika memasuki pekerjaan baru. Daripada situ, staf lain akan secara semula jadi berkomunikasi dalam Inggeris dengan anda.
- Tonton ‘Shadowing English Speaking’ di YouTube. Ia adalah teknik belajar bahasa Inggeris di mana anda mendengar audio orang bercakap kemudian mengulangi semula pertuturan itu secara serentak.
- Mendengar muzik dalam bahasa Inggeris dan meniru cara sebutannya.
- Berani bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun masih belum lancar. Jika ada orang betulkan broken English anda, jadikan ia sebagai satu pembelajaran.
- Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris pada setiap hari bersama orang yang lebih fasih.
- Tonton vlog harian (daily vlog) yang menggunakan bahasa Inggeris. Kebiasaannya, kosa kata yang digunakan dalam vlog mudah diikuti.
- Melakukan aktiviti yang melibatkan interaksi bersama orang Barat yang berbahasa Inggeris sebagai contoh bermain game online.
- Jangan hanya bergaul dengan komuniti yang berbahasa Melayu sahaja.
- Semak tatabahasa Inggeris menerusi penulisan buku novel atau fiksyen.
- Menulis kapsyen dalam Bahasa Inggeris bagi setiap hantaran di akaun media sosial.
- Menulis diari dalam Bahasa Inggeris.
- Mohon pekerjaan dalam bidang yang memerlukan anda bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai contoh penyambut tetamu hotel.

Jangan Putus Asa Belajar Bahasa Inggeris!
Menurut seorang pengguna Threads, menonton banyak filem Barat adalah salah satu tips utamanya untuk menulis e-mel secara profesional dalam Bahasa Inggeris.
Meskipun susah pada awalnya, namun Insya-Allah dengan usaha berterusan tanpa henti, anda boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih serta lancar. Semudah ABC bak kata orang.
Ingat, setiap pembelajaran tiada jalan pintas. Yang penting harus sentiasa mencuba dan konsisten.

Kenapa Penguasaan Bahasa Inggeris Penting?
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM), pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga kerja adalah penting untuk membuka peluang, memupuk inovasi dan meningkatkan daya saing jangka panjang Malaysia dalam rantaian bekalan global.
“Pada masa hadapan, syarikat menjangka kepentingan bahasa Inggeris akan terus meningkat dalam tempoh lima tahun akan datang, didorong oleh globalisasi dan pendigitalan tempat kerja,” katanya, lapor Astro Awani.

Malah menerusi tinjauan terbaru oleh AMCHAM, hampir 40 syarikat berpendapat penguasaan bahasa Inggeris adalah penting bagi kejayaan di tempat kerja di Malaysia.
Bukan itu sahaja, kebanyakan syarikat melaporkan sehingga 100% tenaga kerja mereka menggunakan bahasa Inggeris setiap hari dalam komunikasi, pelaporan, latihan dan pembentangan.
Oleh disebabkan itu, jangan sesekali pandang rendah tentang kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris okay? Good luck!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Ajar Bahasa Inggeris Dengan Aktiviti Buat Puding Awan Di Kelas. Siap Guna Bahan Premium!
Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa



