Telinga Pekak Ketika Naik Pesawat? Doktor ENT Jelaskan Punca & Apa Yang Boleh Dilakukan
Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr Syafeeq Ridzam turut menyarankan mereka yang ada alami situasi seperti ini untuk mengambil ubat anti histamine sebelum menaiki kapal terbang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ada segelintir dari kita sememangnya seronok atau teruja apabila nak menaiki kapal terbang.
Jika dahulu, boleh dikatakan pengalaman menaiki kapal terbang ni sebenarnya adalah satu perkara yang mahal dan tak dapat dirasai oleh semua.
Namun dengan adanya pelbagai promosi dan kemudahan, ramai yang kini dapat merasai pengalaman tersebut. Walau bagaimanapun, perjalanan ketika berada di ruang udara pastinya berbeza dengan di darat.
Ini kerana, pesawat terbang pada kelajuan dan altitud yang sangat tinggi daripada kawasan darat dan tekanannya juga berbeza.
Wanita kongsi pengalaman telinga pekak sehingga tak dengar apa-apa ketika naiki pesawat
Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi keadaan dialaminya sewaktu menaiki kapal terbang.
Menerusi hantaran di Threads, wanita dikenali sebagai Sofea (@sofeaparklee) memaklumkan dia merasai pengalaman yang kurang menarik ketika di udara.
Katanya ia bukan kerana layanan, sebaliknya kru anak kapal melayaninya cukup baik, namun pengalaman kurang menarik itu disebabkan dia secara tiba-tiba berasa sakit sehingga kedua-dua telinga pekak.
Turut selesema dan buat keadaan dialami lebih teruk sehingga terpaksa minta bantuan pramugari
Dalam masa sama dia juga sedang mengalami selesema dan keadaan itu membuatkan rasa pekak dialami lebih teruk sehingga tidak mendengari apa-apa.
Bahkan situasi itu turut membuatkan dia terpaksa menulis nota dipercayai pada telefon untuk meminta bantuan pramugari.
“Terima kasihlah dua orang pramugari tu beriya ajarkan untuk hilangkan pekak ni, sekurang-kurangan boleh lah dengar sikit,” kata Sofea.
View on Threads
Doktor ENT jelaskan keadaan berlaku disebabkan tekanan
Susulan daripada hantaran itu, seorang doktor Telinga, Hidung dan tekak (ENT) yang dikenali sebagai Dr Syafeeq Ridzam menjelaskan tentang perkara sebenar yang berlaku kepada Sofea.
“Perkara ini berlaku disebabkan tekanan yang berbeza di antara tengah-tengah telinga dan juga sekeliling. Waktu nak landing (mendarat) ada tekanan tiba-tiba meningkat dan telinga awak tidak dapat nak equalize (seimbangkan) tekanan atas beberapa sebab. Selesema juga adalah salah satu sebabnya,” kata Dr Syafeeq.
Saran lakukan beberapa perkara elak atau ketika berlaku situasi seperti itu
Nasihatnya, sekiranya seseorang sedang mengalami selesema, mereka disarankan untuk mengambil anti histamine sebelum menaiki kapal terbang.
Selain itu, dia juga menyarankan untuk membeli ‘descongestent nasal spray (oxymethazoline) sebelum naik kapal terbang, namun ia tidak boleh digunakan melebihi lima hari.
Bukan hanya itu, Dr Syafeeq juga mencadangkan untuk mereka yang mengalami situasi seperti ini membeli gula-gula getah dan makan sewaktu pesawat ingin berlepas.
“Ini nak stimulasi otot mengunyah untuk mengimbangi tekanan.”
Selain itu, perkara lain yang boleh dilakukan adalah:
- Menguap atau telan banyak kali
- Vasalva – Picit hidung tutup mulut dan hembus perlahan-lahan. Ia akan mengambil sedikit masa, sampai ada bunyi ‘pop’ dekat telinga. Jangan terlalu kuat
Menurut beliau lagi, masalah ini boleh berlaku sekali atau berulang kali. Sekiranya selalu, seseorang itu mungking mempunyai masalah asas dengan hidung dan/ atau telinga.
“Ada banyak punca dan rawatan bergantung pada puncanya. Nasal spray pun ada banyak jenis dan untuk kegunaan berbeza.
“Jadi ia sangat berbaloi untuk mendapatkan rujukan doktor ENT untuk pemeriksaan dan perundingan yang betul. Insya-Allah ada rawatannya,” kat Dr Syafeeq.
View on Threads



