Kelemumur Buat Hilang Confident? Ini 7 Cara Mudah Korang Wajib Cuba

Kelemumur berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti kulit kepala berminyak, pertumbuhan kulat, atau penjagaan rambut yang kurang tepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masalah kelemumur memang nampak kecil, tapi kesannya boleh jadi besar. Dari rasa gatal tak selesa sampailah keyakinan diri jatuh bila nampak serpihan putih atas bahu. Lagi-lagi bila pakai baju gelap, memang jelas sangat!

Sebenarnya, kelemumur atau ‘dandruff’ berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti kulit kepala berminyak, pertumbuhan kulat, atau penjagaan rambut yang kurang tepat. Tapi good news! Masalah-masalah ini boleh dirawat dengan cara yang betul, malah ada yang boleh dibuat sendiri di rumah.

Jom tengok 7 cara efektif merawat kelemumur yang boleh korang cuba:

#1 Gunakan syampu anti-kelemumur yang sesuai

Langkah paling asas tapi paling penting, pilih syampu yang betul.

Syampu anti-kelemumur biasanya mengandungi bahan seperti zinc, ketoconazole atau selenium yang membantu melawan kulat penyebab kelemumur. Untuk kes ringan, syampu biasa mungkin mencukupi, tetapi untuk kelemumur yang lebih teruk, penggunaan syampu khas sangat disarankan.

#2 Cuci rambut dengan teknik yang betul

Ramai yang tak sedar, cara mencuci rambut juga memainkan peranan penting.

Urut kulit kepala dengan lembut untuk melancarkan peredaran darah dan pastikan bilasan dilakukan dengan bersih. Sisa syampu yang tertinggal boleh menyebabkan iritasi dan memburukkan lagi kelemumur.

#3 Elakkan menggaru kulit kepala

Walaupun rasa gatal, cuba tahan diri daripada menggaru/cakar kepala.

Perbuatan ini boleh menyebabkan luka kecil pada kulit kepala, sekali gus membuka ruang kepada jangkitan dan menjadikan keadaan lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara rawatan semula jadi sebagai tujuan untuk melembapkan kulit kepala sekali gus mengurangkan kesan gatal.

#4 Jangan guna produk pendandan rambut berlebihan

Penggunaan produk seperti gel, wax atau hairspray memang terbukti merapikan rambut, Namun penggunaannya secara berlebihan boleh menyumbat liang pori kulit kepala. Jadi kurangkan penggunaannya.

Akibatnya, minyak terkumpul dan kelemumur lebih mudah terjadi. Gunakan produk sekadar perlu dan pastikan rambut dibersihkan dengan baik.

#5 Cuba rawatan semula jadi

Kalau nak alternatif lebih natural, boleh cuba bahan seperti:

  • Minyak kelapa boleh membantu melembapkan dan melawan kulat
  • Aloe vera juga menenangkan kulit kepala dan mengurangkan kegatalan

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang lebih selesa dengan cara tradisional.

#6 Seimbangkan pH kulit kepala

Bahan berasid seperti lemon atau cuka epal boleh membantu mengawal pertumbuhan yis pada kulit kepala.

Ia juga membantu menyeimbangkan pH, sekali gus mengurangkan kelemumur jika digunakan dengan cara yang betul.

#7 Jaga pemakanan & gaya hidup

Kesihatan rambut bermula dari dalam.

Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan dan kekacang boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit kepala. Selain itu, gaya hidup sihat termasuk senaman dan pengurusan stres juga memainkan peranan penting.

Kesimpulannya, kelemumur bukanlah masalah yang tak boleh diatasi, yang penting adalah konsisten dalam penjagaan. Dengan gabungan penggunaan produk yang betul, teknik penjagaan rambut yang tepat dan gaya hidup sihat, masalah ini boleh dikawal dengan baik.

Kalau dah cuba pelbagai cara tetapi masih tak berkesan, sebaiknya dapatkan nasihat doktor kerana mungkin ada kondisi kulit kepala lain yang memerlukan rawatan khusus.

Jadi, jangan biarkan kelemumur ganggu keyakinan korang, start jaga dari sekarang!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.