fbpx
Now Reading
Jangan Sampai Melebihi Bajet, Ini Tips Elak Membazir Ketika Membeli Juadah Di Bazar Ramadan [Video]

Jangan Sampai Melebihi Bajet, Ini Tips Elak Membazir Ketika Membeli Juadah Di Bazar Ramadan [Video]

Ramai juga sebenarnya pengunjung yang membeli tak ingat dunia selepas rambang mata melihat makanan-makanan sedap di bazar Ramadan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramadan 2026 sememangnya mendapat sambutan bukan sahaja di kalangan umat Islam malah ramai juga saudara non-Muslim yang menyahut cabaran untuk berpuasa sekali.

Selain meningkatkan amalan harian, antara highlight utama yang dinanti-nantikan penduduk Malaysia adalah mengunjungi bazar Ramadan. Mana tidaknya, setahun sekali sahaja dapat merasai vibe meriah yang dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah itu.

Namun antara isu yang sering berlaku pada setiap tahun adalah pembaziran makanan. Oleh disebabkan terlalu lapar dan tidak dapat mengawal nafsu, segelintir individu bertindak membeli makanan dan minuman yang terlampau banyak. Padahal dekat rumah dah bersusun juadah atas meja.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Fashion Show’ Dipercayai Kempen Elak Bazir Makanan Di Bazar Ramadan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Bazar Ramadan Khairul Aming’ Buat Ramai Teruja, Tawar 80 Pax Free Dining Di Rembayung [Video]

Tips Elak Membazir Ketika Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Sebelum ini, seorang penasihat kewangan dikenali sebagai Azraei Muhamad dan juga jurulatih kecerdasan, Muhaini Idris ada berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan oleh pembeli ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

Untuk korang yang akan mengunjungi bazar Ramadan pada petang ini atau dalam masa terdekat, jangan lupa cuba semua tips ni. Antaranya:

#1 Siapkan Peruntukan Bajet

Sebelum menuju ke bazar Ramadan, sediakan duit dan peruntukan siap-siap untuk jumlah yang akan dihabiskan nanti. Sekiranya tiada gambaran atau bajet ditetapkan, perbelanjaan kebiasaannya akan melebihi had.

Di sinilah ramai termasuk ‘perangkap’ dan berseronok membeli pelbagai jenis juadah-juadah rare di depan mata.

Sekiranya tidak tahu berapa banyak peruntukan mahu ditetapkan, guna sahaja bajet makan harian sebelum ini. Jika RM20 untuk sehari, maka belanja RM20 sahaja di bazar.

Sumber: Malay Mail

#2 Jalan Dulu Baru Beli

Selalunya bazar Ramadan di setiap kawasan dipenuhi dengan puluhan hingga ratusan gerai peniaga. Oleh disebabkan itu, korang dinasihatkan untuk berjalan hingga hujung dahulu dan teliti harga dan kualiti setiap makanan yang dijual.

Waktu itulah korang boleh bandingkan gerai mana yang mengenakan harga yang lebih murah atau kualiti yang lebih baik. Apabila mahu berpatah balik ke kereta korang boleh membuat keputusan untuk membeli juadah apa dan juga di mana.

✨ Apa yang kita nak dapat = masih dalam bajet.

Sumber: Threads kedah_kini

Baca Artikel Berkaitan:“Sedar-Sedar Dah Briskwalk 5km” – Bazar Ramadan Panjang Di Rawang Raih Perhatian Ramai [Video]

#3 Beli Satu Jenis Makanan Berat Sahaja

Mengikut pengalaman sendiri, perut akan terlampau penuh dan kenyang sekiranya korang memilih untuk makan lebih daripada satu jenis makanan berat. Akhirnya apa? Makanan lain yang korang beli tu tidak terusik pun sehingga membawa kepada pembaziran.

Apa yang boleh dilakukan adalah memilih satu jenis makanan berat dan ditambah dengan beberapa makanan sampingan lain yang tinggi dengan kandungan serat.

Sumber: Threads escafe.my

#4 Senaraikan Juadah Yang Nak Dicari

Bukan sahaja sediakan peruntukan, malah korang juga dinasihati untuk membuat senarai juadah yang mahu dibeli. Apabila tiba sahaja di bazar, terus mencari makanan itu tanpa mencuci mata melihat hidangan yang tidak diperlukan.

Kalau ternampak makanan menarik yang tidak terdapat dalam senarai disediakan, tangguh dahulu pembeliannya dan beli pada lain hari. Ingat, bazar tu kan ada sebulan.

#5 Catat Perbelanjaan Di Bazar

Selepas pulang ke rumah, catat semula segala perbelanjaan yang korang lakukan di bazar Ramadan. Melalui cara ini, korang boleh menjejak semula ke mana semua wang dilaburkan.

Jadi jika pergi ke bazar lagi selepas ini, korang akan tahu makanan apa yang betul-betul dinikmati dan bukan sekadar membeli untuk memenuhi nafsu. Sekiranya korang merasakan bajet itu boleh dikurangkan lagi, kurangkan sahaja duit untuk dibawa ke bazar.

Tonton video penuh [DI SINI].

@muhainiidris_coach [ 5 TIPS UNTUK ELAK BERBELANJA BERLEBIHAN DI BAZAR RAMADAN ] ▶️ senaraikan apa yang nak dibeli dan beli ikut apa yang disenaraikan sahaja. ▶️ hadkan satu sahaja menu berat untuk berbuka puasa. Kita fokuskan kepada menu yg cukup serat, cukup protein dan cukup karbo seperti naai berlauk. ▶️ berbelanja pada makanan yg bagi kita kalori yg berkualiti. Jgn bazir kalori kepada air manis. Klau betul2 teringin beli satu jenis sahaja. ▶️ jangan berlama-lamaan di bazar ramadan. Habis beli terus balik. Tak perlu nak jalan2/tengok2 sampai hujung bazar, nanti terbeli macam2… membazir. ▶️ elakkan pergi dengan kawan-kawan. Pergi sorang2 takda lah kita terikut2 membeli yg awalnya kita tak nak beli pun tapi terbeli juga sebab kawan2 kita beli. NAK TURUN 3-7KG SEBELUM RAYA NI??? Boleh Klik Link Di Bio atau Isi Beg Biru #coachmuhainiidris #coachturunberatbadan #coachherbalife #cabarankurusonline #coachkurusonline #kurussebelumraya #nakkurus #nakcantik #ramadan #bazarramadan #CapCut ♬ Wonderful Limestone – DJ BAI

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ke-4 Di Asia Tenggara Paling Banyak Membazir Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Kecewa Kuetiau Hancur, Sanggup Buang 50 Paket Demi Jaga Kualiti

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.