fbpx
Now Reading
Pengasas NGO Kongsi Kaedah Didik Anak Untuk Elak Jadi Mangsa Predator

Pengasas NGO Kongsi Kaedah Didik Anak Untuk Elak Jadi Mangsa Predator

Menurut Pengasas Humansave, Francesca Douglass, anak-anak perlu diajar bagaimana untuk membezakan antara individu yang selamat dan tidak selamat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dalam era teknologi moden masa kini, kanak-kanak semakin terdedah kepada golongan pemangsa, lebih-lebih lagi menerusi penggunaan media sosial.

Oleh itu, ibu ayah perlu cakna dengan tindak-tanduk anak-anak dan mengenal pasti sebarang ‘red flag’ yang ditunjukkan oleh mereka agar dapat mengambil tindakan dengan lebih awal.

Diingatkan juga agar mendidik anak-anak supaya tidak mudah percaya pada seseorang, walaupun ahli keluarga sendiri, terutamanya mereka yang menunjukkan sifat tidak bersesuaian.

Baca Artikel Berkaitan: Budak Bawah 16 Tahun Dilarang Buka Akaun Media Sosial Bermula 2026

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Kanak-Kanak Didera Pengasuh, Ini Respon Taska [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Minta Ibu Bapa Pantau Konten Kanak-kanak Di Media Sosial, Ada Lagu Tunjuk Contoh Tak Baik [Video]

Pengasas Humansave Kongsi 5 Kaedah Didik Anak

Pengasas Humansave, Francesca Douglass, telah berkongsi bagaimana ibu ayah boleh mendidik anak agar lebih berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali yang mungkin merupakan seorang pemangsa.

Sebagai info, Humansave merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi utamanya untuk menghentikan pemerdagangan manusia dan telah menyelamatkan ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa.

Francesca yang juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang psikologi forensik, berkata dia telah mengajarkan segala perkara ini kepada dua orang anaknya yang kini berusia 12 dan 5 tahun sejak kecil lagi.

#1 Bezakan Individu Selamat VS Tak Selamat

Perkara paling penting yang perlu dilakukan oleh ibu ayah adalah mendidik anak agar dapat membezakan antara individu yang selamat dan tidak selamat (safe vs unsafe person) supaya mereka dapat menjauhi orang yang tidak sepatutnya dihampiri.

Francesca berkata dia telah menjelaskan kepada anak-anaknya sejak berusia empat tahun tentang cara untuk mengenal pasti orang yang selamat, iaitu individu yang:

  • Tidak meminta mereka menyimpan rahsia daripada ibu bapa
  • Tidak meminta bantuan secara peribadi atau tersembunyi
  • Tidak melukai sesiapa dengan sengaja

Dia juga berkata penting untuk tidak meletakkan label individu jahat hanya terhadap ‘lelaki’ mahupun ‘dewasa’, serta mendakwa bahawa ramai pemangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.

“Matlamat saya bukan sekadar mengelakkan penganiayaan, tetapi juga mengajar anak-anak bagaimana untuk dikelilingi individu yang baik dan selamat, membuatkan mereka berada di tempat lebih selamat dan sukar dijadikan sasaran,” katanya.

View on Threads

#2 Bukan Semua Orang Akan Menyukai Kita

Jika anda biasa membaca tentang kes membabitkan pemangsa, mereka sering kali menggunakan perasaan mangsa yang mahu disukai dan diterima.

Oleh itu penting untuk ibu ayah mendidik anak-anak bahawa bukan semua orang akan menyukai mereka.

Francesca berkata kanak-kanak perlu dididik agar tidak menjadi ‘people-pleaser’ yang sanggup melakukan apa sahaja demi dihargai seseorang.

“Saya ajar anak-anak yang bukan semua orang akan menyukai mereka, sama macam kita tidak akan menyukai semua orang,” ujarnya.

Namun dalam masa sama, penting juga agar ibu ayah meluangkan masa yang secukupnya dengan anak-anak agar mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya dan rasa dihargai.

#3 Kasih Sayang Ibu Ayah Berkekalan Walau Apapun

Menjadi kebiasaan untuk seseorang berasa takut apabila melakukan suatu kesalahan, apatah lagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Oleh yang demikian, ibu ayah perlu memastikan bahawa anak-anak tahu kasih sayang terhadap mereka akan berkekalan dan tidak berkurangan dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Saya sering beritahu anak-anak bahawa tiada apa yang mereka lakukan akan mengurangkan kasih sayang saya,” kata Francesca.

Katanya lagi, penting untuk menanam ingatan ini dalam diri anak-anak kerana pemangsa sering kali menggunakan rasa malu dan takut diabaikan untuk menyasarkan mangsanya.

#4 Bukan Semua Orang Berhak Dihormati

Kanak-kanak sering kali dididik agar menghormati mereka yang lebih tua serta melayan orang sekeliling secara baik dan berbudi pekerti.

Namun mereka juga perlu diingatkan agar berani melawan individu yang melakukan sesuatu perkara yang tidak baik dan tidak menghormati diri mereka.

Ibu ayah harus didik anak untuk menetapkan batas peribadi dengan tegas dan melawan apabila berdepan ketidakadilan, seperti ketika menjadi sasaran pembuli.

“Kanak-kanak yang tinggi keyakinan akan melawan balik serta dipercayai, dilindungi dan lebih sukar menjadi sasaran,” katanya.

#5. Tanyakan Tentang Rakan-Rakan Anak

Satu lagi kaedah yang diamalkan oleh Francesca adalah bertanya kepada anak tentang rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, siapa yang akan menjadi doktor apabila besar?

Apabila anak semakin membesar, ibu ayah boleh bertanya soalan yang lebih serius, seperti siapakah antara rakan mereka yang berkemungkinan keluar dari rumah tanpa izin.

Katanya, kaedah ini penting agar anak-anak belajar memahami corak tingkah laku seseorang, seterusnya dapat mengenal pasti sama ada dia merupakan individu selamat ataupun tidak.

Secara tidak langsung, ibu ayah juga boleh mengenali rakan-rakan anak dengan lebih rapat dan menasihati mereka agar tidak mengikut tingkah laku yang tidak sepatutnya.

View on Threads
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.