Now Reading
Ini 5 Mainan Yang Tak Patut Biar Anak Main Sendiri, Ibu Ayah Wajib Pantau!

Ini 5 Mainan Yang Tak Patut Biar Anak Main Sendiri, Ibu Ayah Wajib Pantau!

Antara mainan yang tidak boleh diberi kepada si kecil sama sekali ialah ‘water beeds’ dan yang mempunyai magnet kuat kerana kedua-duanya berisiko ditelan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila menyambut kelahiran cahaya mata, salah satu perkara yang membuatkan ibu ayah teruja mestilah untuk membeli mainan buat si kecil.

Mesti tak sabar nak tengok bayi bermain dengan mainan yang dibeli. Nampak comel betul bila mereka pandai main kan!

Mainan juga penting bagi perkembangan kanak-kanak antaranya bagi membantu pergerakan motor dan menggalakkan imaginasi.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Ayah Perlu Bijak, Ini Cara Pilih Mainan Yang Boleh Membantu Rangsang Minda & Fizikal Anak

Baca Artikel Berkaitan: Mengandungi Racun! CAP Gesa Ibu Bapa Elak Beri Anak Alat Mainan Plastik

Baca Artikel Berkaitan: Permainan Video Ganas Boleh Sebabkan Kanak-kanak Alami Masalah Mental

5 Mainan Yang Ibu Ayah Perlu Elak Beri Kepada Anak

Pun begitu, ibu ayah diingatkan bahawa bukan semua permainan sesuai diberi kepada anak-anak, terutamanya yang masih kecil.

Menerusi hantaran di Threads (@thekindparentecosystem), beliau yang memperkenalkan dirinya sebagai doktor perubatan, berkongsi lima jenis mainan yang tidak sepatutnya diberi kepada kanak-kanak kecil.

“Ini adalah lima mainan yang saya melarang terus atau hanya benarkan anak main dengan penyeliaan secara langsung,” katanya.

View on Threads

#1 Water Beads (Orbeez)

Pernah menjadi kegilaan ramai, ‘water beeds’ atau ‘orbeez’ merupakan manik-manik kecil yang akan mengembang sehingga 100 kali ganda saiz asalnya apabila direndam di dalam air.

Ia kebiasaannya digunakan untuk diletakkan di dalam pasu hiasan, tetapi turut dijadikan sebagai permainan kerana dikatakan boleh membantu sensori.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa water beeds tidak boleh diberi kepada si kecil sama sekali.

Ini kerana terdapat risiko manik itu ditelan dan mengembang di dalam usus, seterusnya menyebabkan halangan dan perlu menjalani pembedahan kecemasan.

Menurut Healthy Children, water beeds yang telah ditelan mungkin tidak dapat dikesan menerusi imbasan sinar X. Ia juga merupakan salah satu bahaya tercekik khususnya dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada tiga tahun.

#2 Belon

Walaupun kelihatan tidak berbahaya, namun beliau berkata bahawa belon merupakan antara punca tercekik yang paling biasa berlaku terhadap kanak-kanak.

“Belon getah boleh tutup laluan udara sepenuhnya. Perkara ini boleh membawa maut. CPR pun kadang tak membantu,” katanya.

Beliau menegaskan agar ibu ayah memantau secara langsung jika anak kecil bermain dengan belon.

Di samping itu, ibu ayah diingatkan agar segera membuang cebisan belon yang telah meletup dan menyimpan belon yang belum ditiup.

Mengikut saranan oleh Consumer Product Safety Commission (CPSC) di Amerika Syarikat, ibu ayah perlu mengelak daripada memberi kanak-kanak di bawah usia lapan tahun untuk bermain dengan belon yang belum ditiup.

#3 Mainan Menggunakan Bateri

Permainan yang beroperasi menggunakan bateri boleh membawa risiko kepada kanak-kanak jika mereka dapat membuka tempat bateri, lebih-lebih lagi bateri sel jenis bulat.

Ini kerana si kecil yang gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka, boleh tertelan bateri tersebut. Oleh itu, mainan sedemikian hanya boleh diberikan kepada si kecil dengan pengawasan oleh orang dewasa.

Situasi ini amat berbahaya dan boleh membawa maut kerana bateri itu akan menyebabkan kebakaran kimia di dalam esofagus dalam masa kurang dari dua jam.

Kebakaran berkenaan berlaku apabila bateri tersebut bercampur dengan air liur dan mencetuskan tindak balas kimia.

Menurut Hopkins Medicine, bateri bulat bukan sahaja berbahaya jika dimasukkan ke dalam mulut, tetapi juga di bahagian lain termasuk hidung dan telinga.

#4 Mainan Blok Yang Halus

Mainan blok seperti LEGO merupakan satu lagi pilihan ibu ayah yang selalu dibeli untuk si kecil.

Kebiasaannya kanak-kanak yang masih kecil akan diberi blok bersaiz besar, namun ibu ayah mula membeli blok yang halus apabila mereka semakin membesar.

Namun menurut pengguna Threads itu, ibu ayah perlu memerhatikan secara terus apabila mereka bermain dengan lego kecil ini, walaupun dalam kalangan kanak-kanak yang sudah besar.

Ini kerana terdapat kemungkinan mereka memasukkan mainan kecil itu ke dalam mulut, seterusnya menyebabkan risiko tercekik.

“Masuk mulut bukan sebab degil semata. Ada anak yang sensory seeker dan kunyah untuk regulasi diri. Boleh tercekik,” jelasnya.

Baca Artikel Berkaitan:[Review] Permainan Lego Meningkatkan Kreativiti Kanak-Kanak

#5 Mainan Menggunakan Magnet Kuat

Satu lagi mainan yang berbahaya adalah yang menggunakan magnet berkuasa kuat (high-powered).

Katanya mainan sedemikian dengan magnet yang kecil dan kuat, tidak boleh diberi kepada kanak-kanak sama sekali.

Dia menjelaskan bahawa jika beberapa biji magnet tersebut ditelan, ia boleh mendatangkan bahaya apabila magnet saling menarik antara satu sama lain di dalam usus yang boleh menyebabkan berlubang dan sepsis, serta perlu menjalani pembedahan.

Dia turut mengingatkan ibu ayah agar hanya membeli mainan ‘magnetic tile’ yang berkualiti tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Guna Mainan Untuk Bergambar Dengan Kereta, Kreativiti Lelaki Ini Raih Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bawa Balik Bagi Anak Mesti Seronok” – Aksi Tukang Cuci Kutip Mainan Di Tempat Sampah Buat Netizen Sebak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.