fbpx
Now Reading
Pakar Jantung Kongsi Cara ‘Reverse’ Masalah Hati Berlemak [Video]

Pakar Jantung Kongsi Cara ‘Reverse’ Masalah Hati Berlemak [Video]

Penyakit hati berlemak terbahagi kepada dua iaitu beralkohol dan bukan alkohol.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu sentiasa disarankan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam, makan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrisi, tidur yang cukup dan bijak mengawal tekanan.

Namun tak dinafikan kita juga dihidangkan atau teringin menikmati pelbagai jenis makanan yang tentunya mempunyai rasa enak sehingga terlupa apakah kesannya kepada kesihatan.

Perkara ini boleh mendedahkan seseorang kepada penyakit hati berlemak yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Pakar kongsi cara kurangkan lemak dalam hati

Baru-baru ini Pakar Kardiologi di Hospital KPJ Kajang, Dr Onn Akbar Ali telah berkongsi beberapa cara untuk ‘reverse’ atau kurangkan lemak dalam hati.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Dr Onn Akbar Ali memberikan enam cara yang boleh diaplikasi orang ramai dalam merawat masalah ini.

#1 Kurangkan gula atau simple karbohidrat

Foto: Pexels

Beliau menyarankan mana-mana individu yang mempunyai masalah hati berlemak untuk mengelakkan daripada mengambil minuman, kuih-muih atau sebarang makanan yang manis.

Selain itu, mereka yang mempunyai masalah hati berlemak juga perlu mengelakkan daripada mengambil makanan berasaskan tepung gandum putih atau gluten termasuklah fruktosa.

Tak salah jika nak makan makanan manis atau berasaskan tepung gandum putih namun ia tidak boleh diambil selalu. Sekadar cadangan mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali.

#2 Kawal berat badan serta aktif bersenam

Foto: Pexels

Menurut Dr Onn Akbar Ali, seseorang itu sememangnya perlu mengawal berat badan dan aktifkan fizikal dengan melakukan banyak senaman seperti berjalan dan sebagainya.

Katanya minimum seseorang itu perlu bersenam sekitar 30 min sehari dan jika boleh lakukannya untuk 5 hari seminggu.

Mungkin pada awal ia kelihatan berat untuk dilakukan, namun percayalah selepas melakukan senaman ini pasti korang akan berasa lebih bersemangat untuk melakukannya lagi.

Badan bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh tapi akan terasa segar selepas melakukan senaman dan dapat membantu mengurangkan berat badan selain mengambil makanan sihat.

#3 Lakukan intermitten fasting atau berpuasa

Foto: Pexels

Jelasnya antara cara paling baik untuk ‘reverse’ atau kurangkan kadar lemak di dalam badan dan hati adalah dengan berpuasa.

“Sebab apabila kita puasa, lemak akan dibakar dalam hati tu sebagai sumber tenaga,” katanya lagi.

Sambil berpuasa tu korang juga boleh berniat untuk ganti puasa atau lakukan puasa sunat. Sambil menjaga kesihatan korang pun dapat beribadah.

#4 Lebihkan sayur dalam makanan

Foto: Pexels

Mungkin ada di antara anda yang terlalu sukar untuk makan sayur. Bahkan ada yang memilih hanya untuk makan karbohidrat dan sumber protein sahaja di mana ini menunjukkan nutrisi untuk satu hidangan makanan itu tidak lengkap.

Dr Onn Akbar Ali menyarankan untuk seseorang itu makan sayur atau makanan yang mempunyai kandungan serat atau fiber yang tinggi.

Selain itu, korang juga perlu memilih protein yang sihat seperti ikan, ayam tanpa kulit serta kekacang yang tak dimasak menggunakan minyak yang lama.

#5 Elakkan alkohol dan elakkan rokok

Foto: Pexels

Sekiranya korang nak kurangkan lemak dalam hati, seseorang itu perlu mengelak daripada mengambil sebarang alkohol atau rokok.

Ini kerana kedua-duanya boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan meningkatkan hati berlemak.

#6 Kurangkan lemak tepu

Foto: Pexels

Selain itu, korang juga perlu elak mengambil makanan yang mempunyai lemak tepu seperti makanan yang telah diproses.

Ini termasuk elakkan menggunakan minyak yang telah digunakan sebelum ini untuk menggoreng.

Adalah lebih baik jika korang menggunakan minyak-minyak yang sihat seperti minyak zaitun.

“Masak sendiri dan elakkan makanan-makanan diluar yang sudah digoreng menggunakan minyak yang dah pakai sebelum ini,” jelasnya lagi.

Memetik Hello Doktor, penyakit hati berlemak terbahagi kepada dua iaitu beralkohol dan bukan alkohol.

Menurutnya bagi jenis yang bukan beralkolhol antara punca daripada pelbagai faktor bagi masalah itu adalah:

  • Obesiti
  • Diabetes
  • Kolestrol tinggi dalam darah
  • Tekanan darah tinggi

Hati merupakan organ utama di dalam badan yang mempunyai pelbagai fungsi untuk memastikan seseorang terus sihat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.