Wanita Kongsi Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Dengan Anak Untuk Tingkatkan IQ & EQ
Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap IQ si kecil anda adalah bermain puzzle atau permainan memadankan kerana ia mendidik si kecil untuk menyelesaikan masalah dan bersabar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sedang membesar pastinya mahu mereka mempunyai tingkah laku yang baik dan juga bijak.
Namun untuk mendidik anak supaya menjadi bijak ianya perlulah bermula dari rumah sejak mereka kecil lagi.
Bahkan otak bayi serta anak yang sedang membesar mempunyai otak seperti span di mana ia mudah menyerap dan ibu bapa perlu menggunakan waktu emas ini untuk meningkatkan tahap kecerdasan intelek (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) si kecil.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pakar Tekankan IQ & EQ Kanak-Kanak Perlu Seimbang Untuk Perkembangan Di Masa Hadapan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Doktor Kongsi Cara Besarkan Anak Bijak Sebelum Usia 3 Tahun [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 6 Kemahiran Yang Anak Bawah 2 Tahun Perlu Kuasai Sebelum Mereka Mula Bercakap
Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi beberapa aktiviti mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama dengan anak untuk meningkatkan tahap IQ dan EQ mereka.
Menerusi hantaran Bella Sabella di Threads, katanya anak yang bijak perlu diajar ketika waktu golden age (sekitar usia bayi hingga enam tahun).
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu ayah bersama dengan anak kecil untuk meningkatkan IQ dan EQ mereka adalah:
#1 Menjejak dan bermain dengan motor halus

Untuk mendapatkan tahap IQ yang tinggi Ibu ayah perlu melatih anak untuk melakukan aktiviti yang memberi fokus termasuklah koordinasi kawalan tangan.
Ini kerana ia adalah asas yang penting untuk si kecil menulis dan membaca di masa akan datang.
#2 Puzzle dan matching game (permainan memadankan)

Tak dinafikan permainan seperti puzzle atau matching game merupakan salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama si comel.
Bahkan permainan ini turut membantu si kecil untuk berimaginasi dalam mencari penyelesaian.
Selain itu, permainan seperti ini juga mendidik mereka dalam menyelesaikan masalah, bersabar dengan cabaran yang dihadapi dan juga berfikir dari satu langkah ke langkah yang lain.
Selain puzzle, anda juga boleh mendedahkan si kecil kepada permainan blok seperti lego dan sebagainya.
#3 Bermain dengan nombor mengikut umur

Bukan hanya itu anda juga boleh memperkenalkan nombor menerusi permainan atau lagu dan sebagainya.
Namun ia juga perlu mengikut umur, sebagai contoh ibu dan ayah boleh menggunakan objek dan menyusunnya mengikut nombor.
Di sini ibu ayah boleh menggunakan kreativiti dalam aktiviti yang dilakukan. Anak yang berusia sekitar empat hingga enam tahun mungkin sudah bersesuaian untuk diajar operasi tambah dan tolak menerusi permainan.
Manakala bagi anak berusia 1 hingga tiga tahun mungkin boleh diajar untuk menghafal nombor. Sebagai contoh sewaktu menaiki tangga mungkin anda juga boleh mengira bersamanya.
View on Threads
#4 Membaca buku dan bertanya soalan mudah

Membaca buku bersama anak bukan sahaja dapat membentuk ‘bonding’ bersama mereka. Sebaliknya anda juga boleh melatih memori dan kefahaman mereka.
Buku kanak-kanak kebiasaannya membawa cerita yang mudah dan tidak sarat selain berwarna-warni.
Sewaktu membaca ibu ayah boleh meminta anak untuk meneka apakah perkara yang akan berlaku sebelum menyambung penceritaan.
Selain itu, menerusi buku yang dibaca warna, bentuk dan sebagainya juga boleh ditanya untuk anak mengenali warna dan sifat sesuatu perkara.
Bahkan anda juga boleh mendeskripsi rasa atau perasaan menerusi cerita yang dibacakan.
#5 Aktiviti menyusun

Bagi aktiviti menyusun anda boleh menggunakan pelbagai kreativiti untuk aktiviti ini.
Antara aktiviti menyusun yang boleh dilakukan seperti nombor, bentuk, warna serta saiz.
Aktiviti ini dapat membentuk asas logik dan juga anak dapat belajar dalam mengkategorikan sesuatu perkara.
Meskipun aktiviti ini nampak mudah namun ia memberi kesan yang baik untuk otak si kecil dalam membentuk IQ mereka.
#6 Perbualan dan bermain perkataan (wordplay)

Perbualan bersama dengan si kecil sebenarnya memberikan kesan yang amat besar kepada mereka.
Bukan sekadar anda dapat membantu mereka untuk mengetahui lebih banyak perkataan (vocab) tetapi ibu ayah juga membentuk keyakinan mereka dengan cepat.
Selain itu ibu ayah juga boleh bertanya mengenai objek yang dilihat contohnya bola, kapal terbang, kereta atau dan sebagainya.
Bagi aktiviti IQ, ibu ayah perlu elak daripada memaksa, sebaliknya cuba buat sesuatu aktiviti itu bersama-sama.
#7 Minta anak untuk melabelkan perasaan mereka

Seperti orang dewasa, anak kecil juga ada ketikanya berdepan dengan pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, marah, kecewa, teruja dan sebagainya.
Apabila mereka merasai sesuatu sebagai ibu ayah anda perlu bertanya dan mengajar mereka untuk bercakap tentang perasaan tersebut.
Sebagai contoh mereka berasa marah, ibu ayah perlu bertanya punca mereka berasa marah dan memahami situasi yang dialami.
Menyuruh anak berdiam tidak akan mendedahkan mereka untuk memahami perasaan sendiri.
#8 Bermain berlakon atau role play

Meskipun ibu ayah penat, namun cuba untuk luangkan masa dengan bermain role play bersama mereka.
Perkara ini bukan sahaja membuatkan mereka seronok dalam bermain tetapi turut mengajar mereka tentang perspektif orang lain.
Selain itu, mereka juga belajar kemahiran bersosial secara semula jadi. Selain ibu ayah, aktiviti ini juga boleh dilakukan bersama rakan-rakan.
#9 Berikan tanggungjawab kepada si kecil

Memandangkan mereka masih lagi kecil, ibu ayah boleh memberikan tugas mudah untuk mendidik mereka menjadi individu yang bertanggungjawab.
Sebagai contoh apabila mereka sudah selesai bermain, beritahu mereka untuk mengemas semula mainan dan masukkan ke dalam bekas sepatutnya.
Selain itu, menyusun kasut sebelum memasuki rumah. Ajar untuk membuang sampah kecil seperti kertas dan sebagainya.
View on Threads
#10 Main permainan secara bergilir, puji usaha

Permainan yang memerlukan giliran dapat mengajar si kecil untuk bersabar selain menghormati orang lain.
Sebagai contoh ketika giliran si ayah bermain, anak menunggu sehingga tiba waktunya.
Selain itu, ibu ayah juga perlu memuji usaha yang dilakukan oleh anak berbanding hasil. Ini kerana, usaha yang dilakukan dalam sesuatu perkara adalah berharga.
Ia secara tidak langsung membina mindset growth kepada si kecil.
#11 Anak leka tanpa skrin

Tak dinafikan kanak-kanak sememangnya suka apabila diberikan telefon. Meskipun ia seronok kerana disajikan dengan pelbagai video, media, permainan dan bermacam-macam lagi, namun ia memberi kesan yang kurang baik di masa hadapan.
Sebaliknya dedahkan si kecil kepada aktiviti yang boleh membuatkan mereka leka seperti melukis, mewarna, atau buku yang mempunyai pelbagai aktiviti.
Perkara ini secara tidak langsung mengajar mereka untuk regulasi diri sendiri dan emosi.
“Golden age ni bukan tentang anak jadi paling pandai awal tapi tentang bina asas supaya bila dia besar nanti. Dia tahu berfikir, tahu rasa dan tahu jadi manusia yang baik.
“Tak perlu ibu bapa yang sempurna. Cukup ibu bapa yang sedar fasa dan bagi stimulasi yang betul walaupun sikit tapi konsisten. 10-15 min sehari pada hari ini, adalah versi terbaik anak kita di masa depan,” katanya.
View on Threads
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



