fbpx
Now Reading
Doktor Kongsi Cara Elakkan Faraj Koyak Teruk Sewaktu Bersalin [Video]

Doktor Kongsi Cara Elakkan Faraj Koyak Teruk Sewaktu Bersalin [Video]

Menurut Dr Izzat, ibu perlu berhenti meneran apabila merasai ‘ring of fire’ dan berdehem sedikit demi sedikit agar kepala bayi keluar secara perlahan-lahan dari faraj.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Proses mengandung dan bersalin merupakan salah satu fasa yang dilalui oleh wanita dan ia merupakan momen yang penting buat mereka.

Ini kerana sewaktu hamil, setiap wanita mengalami perubahan hormon dan ianya adalah berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh ada yang mengalami alahan pada makanan, perubahan kondisi kulit dan banyak lagi.

Apabila cukup waktu untuk melahirkan pula ada segelintir mengalami sakit pinggang atau kaki dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga sedang membuat persediaan untuk melahirkan bayi yang sudah sembilan bulan dalam kandungan.

Tak dinafikan setiap individu yang pernah melalui fasa bersalin pasti mempunyai tips tersendiri untuk mudah melahirkan anak.

Foto: Pexels

Pakar kongsi cara elakkan faraj koyak terlalu banyak ketika bersalin

Baru-baru ini Doktor Kesihatan Wanita, Dr Muhammad Izzat telah berkongsi cara untuk mengelakkan faraj mengalami koyakan yang besar ketika bersalin.

Menerus video dikongsikan oleh Dr Izzat di TikTok, beliau menjelaskan sewaktu kepala bayi berada di bahagian peranium atau dipanggil sebagai crowning.

Sewaktu crowning keadaan peranium akan mengembang untuk membolehkan kepala bayi keluar.

Ibu perlu berhenti meneran jika rasa ‘Ring Of Fire’

Jelasnya sewaktu peranium mengembang, ia akan membuatkan si ibu berasa seperti ‘terbakar’ pada bahagian tersebut atau turut dipanggil ‘ring of fire’.

“Rasa ‘ring of fire’ ni, selalunya wanita (yang sedang bersalin) akan nak cepat hilangkan rasa sakit tersebut dan akan meneran-neran beria (secara berlebihan) sampailah kepala bayi meluncur dengan laju (keluar dari faraj) sehingga peranium koyak rabak.

“Orang kata tekanan ni terlampau keluar laju dan menyebabkan ia terkoyak terlalu teruk sehingga ke lubang dubur, atau bahagian libia terkoyak, termasuklah pada bahagian atas atau dipanggil parautethral area,” ujarnya.

Menurut Dr Izzat, tips untuk mengelakkan berlakunya koyak yang teruk pada bahagian tersebut adalah si ibu perlu berhenti meneran sebaik merasai ‘ring of fire’ tersebut.

Foto: Pexels

Bernafas seperti titup lilin, berdehem sedikit demi sedikit

Selain itu, para ibu juga dinasihatkan untuk berhenti walaupun timbul rasa seperti ingin meneran. Sebaliknya si ibu dinasihatkan untuk bernafas seperti meniup lilin.

Ini kerana ia untuk mengelakkan si ibu dari terus meneran dan menyebabkan bahagian peranium terkoyak teruk.

Dr Izzat juga menyarankan si ibu untuk berdehem sedikit demi sedikit untuk kepala bayi keluar secara perlahan-lahan.

Selain itu, midwives atau doktor yang berada dalam bilik bersalin boleh meletakkan guarding di bahagian terbabit agar boleh mengawal kepala bayi untuk keluar serta mengurangkan risiko koyak yang teruk.

Menurutnya adalah lumrah dan satu reaksi yang normal apabila sakit manusia akan melakukan apa sahaja perkara untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.

@drizzatwomenshealth

Lumrah manusia, normal human reaction bila kita rasa sakit kita akan buat apa jua untuk hilangkan rasa sakit tu. Tu yang bila mak-mak ni rasa “Ring of Fire” ketika nak bersalin – dia akan push sekuat hati dengan harapan sakit tu akan hilang, tapi sebenarnya perbuatan tu akan mendatangkan mudarat. Koyak rabak faraj nanti. Ada yg koyak sampai lubang dubur, koyak labia, koyak vaginal wall, koyak area clitoris, koyak area urethra (paraurethral area). Berpeluh nak jahit area ni tau 😭😭. Peringatan. Kalau rasa burning atau terbakar, BERHENTI meneran. Bernafas seperti tiup lilin. Dan bila contraction datang, cuba berdehem sedikit demi sedikit untuk slow down pergerakan kepala baby keluar supaya dia tak meluncur laju, sempat your midwives atau doctor nak guard the perineum dan mengawal betapa pantas baby’s head tu keluar dari faraj. Koyak tak berapa teruk hopefully. #ringoffire #childbirth #womenhealth #womens #labourandbirth

♬ original sound – drizzatwomenshealth – drizzatwomenshealth

Cara meneran dengan betul ketika melahirkan bayi

Memetik laporan Hello Doktor, untuk melahirkan bayi si ibu perlu berada dalam posisi meneran mengikut keselesaan selain mengikuti arahan pengamal perubatan serta jururawat yang berada dalam bilik bersalin itu.

Katanya lagi, kebiasaannya ibu akan meneran secara berkala iaitu sebanyak tiga kali untuk setiap satu kontraksi yang dirasai.

Selain itu terdapat juga beberapa petua atau cara meneran dengan betul yang boleh dicuba oleh para ibu yang sedang menanti waktu untuk melahirkan:

  • Teran seolah-olah mengalami pergerakan usus – menurutnya ibu perlu menenangkan badan dan peha serta menekan seolah-olah sedang membuang air besar yang paling ‘hebat’.
  • Tekan dagu ke dada- jika seseorang sedang berada dalam posisi duduk bersandar, pastikan dagu diletakkan ke dada untuk membantu si ibu meneran dengan betul. Kedudukan ini juga membolehkan ibu memusatkan tenaga serta usaha pada tempat yang sepatutnya.
  • Berusaha dan bertenaga – Sekiranya ibu meneran dengan betul dan mempunyai bertenaga yang cukup, pergerakan bayi menuju ke saluran kelahiran akan bertambah lebih cepat.
  • Kekal fokus – Cuba untuk bertenang serta fokus untuk melahirkan dan elakkan daripada alami tekanan panik.
  • Tukar posisi – Sekiranya proses meneran yang dibuat tidak membantu pergerakan bayi ke saluran kelahiran cuba untuk tukar ke posisi lain.
  • Rehat antara kontraksi – Simpan tenaga untuk sesi meneran yang seterusnya. Proses bersalin serta meneran menggunakan tenaga secara intensif.
  • Berhenti meneran seperti diarahkan – Jika doktor meminta anda untuk berhenti meneran untuk beberapa kontraksi berlaku ia adalah untuk membolehkan anda memperoleh kekuatan. Sekiranya terasa seperti ingin meneran, gantikan dengan hembusan nafas daripada mulut.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.