fbpx
Now Reading
Penasihat Kesihatan Mental Sarankan Buat Perkara ini Untuk Tingkatkan ‘Energy Capacity’ Otak [Video]

Penasihat Kesihatan Mental Sarankan Buat Perkara ini Untuk Tingkatkan ‘Energy Capacity’ Otak [Video]

Menurut Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli energy capacity yang rendah boleh menyebabkan seseorang cepat hilang fokus, emosi rapuh, mudah burn out termasuklah sukar untuk konsisten apabila melakukan sesuatu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui kesihatan mental merupakan perkara yang sangat penting untuk setiap individu.

Ini kerana kesihatan mental yang baik boleh mendorong seseorang menjadi lebih hebat dan menggunakan otak dengan baik.

Bahkan mental yang kurang baik boleh mengganggu seseorang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Penasihat kesihatan mental sarankan untuk tingkatkan energy capacity otak

Baru-baru ini Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah menyarankan orang ramai untuk meningkatkan ‘energy capacity’ otak jika mahu melakukan perubahan kepada mental menjelang tahun baharu iaitu 2026.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Amirul mengatakan ramai yang sangka masalah mental datang daripada emosi lemah, motivasi rendah dan disiplin yang tidak cukup.

Jelas Amirul yang sebenarnya masalah mental bermula apabila tenaga sel otak tidak cukup untuk menampung tekanan.

Foto: Pexels

Otak guna tenaga untuk berfikir, kawal emosi dan buat keputusan

Menurutnya otak menggunakan tenaga paling tinggi dalam badan untuk berfikir, mengawal emosi, buat keputusan, dan menahan tekanan.

“Contoh, anda baru lepas kena marah dengan bos, sakit hati dengan kawan. Anda nak rasionalkan, nak pulih semula pemikiran, ubah perspektif. Semua ini memerlukan mitochondria yang efisien dan sihat.

“Ia kilang tenaga dalam sel kita, jadi bila energy capacity rendah, fokus cepat hilang, emosi jadi rapuh, mudah burn out, susah nak konsisten buat sesuatu. Ini sebab yang anda tahu apa patut anda buat, tapi anda tak ada tenaga mental nak buat,” ujarnya.

Foto: Pexels

Perkara yang boleh dilakukan untuk tingkatkan energy capacity

Oleh itu terdapat tips pratikal yang boleh dilakukan jika seseorang mahu meningkatkan energy capacity otak mereka seperti:

  • Aktif secara fizikal. Jelas Amirul pergerakan badan isyarat yang paling kurang untuk mitchondria menjadi lebih cekap, lebih efisien. Antara perkara boleh dilakukan adalah seperti berjalan kaki secara konsisten.
  • Boleh mengambil suplemen Nicotinamide Mononucleotide (NMN) khususnya bagi mereka yang sudah berusia kerana ia membantu untuk meningkatkan tenaga sel energy capacity daripada menurun.
  • Jaga tenaga mental ni anda perlu menjadi cerewet dengan bajet nilai tenaga. Ini kerana tenaga mental adalah terhad pada setiap hari. Oleh itu anda perlu berhati-hati dengan perkara yang boleh membazirkan tenaga seperti berfikir secara berlebihan, drama emosi kehidupan, perbualan toksik, hiburan digital tanpa tujuan dan sebagainya.
Foto: Freepik

“Setiap perkara itu secara senyap makan atau consume tenaga otak anda. Jadi pada tahun 2026 tingkatkan tenaga mental anda serta rasai perubahan kehidupan yang berlaku.”

Ramai yang nak cuba untuk tingkatkan energy capacity otak

Melihat di ruangan komen, ramai yang ingin mencuba apa yang disarankan oleh Amirul serta mahu menjadi orang yang lebih bak.

Malah ada yang mengakui apa yang diterangkan oleh Amirul dan berkongsi pengalaman berasa penat apabila bercakap mengenai perkara yang tidak baik atau seronok.

“Semua yang tuan cakap tu ialah saya, mental tak stabil, cepat beremosi, cepat down”

“Overthingking banyak, sebab tu otak saya cepat penat.”

“Betul lah, kalau bercakap benda tak best. Lepas tu mesti rasa penat.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.