10 Resepi Perapan Ayam Yang Simple & Mudah, Bakar 30 Minit Dah Siap!
Resepi-resepi perapan ayam ini sesuai buat mereka yang mahu menjimatkan masa memasak. Mungkin disebabkan penat atau terlampau sibuk?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa setuju bahawa antara masalah yang selalu dilalui pada setiap hari adalah memikirkan menu makanan yang mahu dimasak. Punyalah tak ada idea, sehingga kesudahannya beli juga makanan dari restoran.
Punca lain yang membuatkan seseorang tidak masak adalah kerana kepenatan melampau selepas pulang dari kerja atau belajar.
Jangan kata golongan pekerja sahaja, malah suri rumah yang sentiasa melakukan kerja-kerja rumah juga boleh tumbang dan keletihan sehingga kekeringan idea untuk masak apa. Kalau boleh nak hidangan terus siap di depan mata.
Penyelesaian terbaik bagi masalah ini adalah dengan melakukan prep (penyediaan awal) makanan. Ada individu yang menyediakan stok makanan untuk sebulan, namun ramai juga yang lebih suka menyiapkan hidangan bagi keperluan seminggu.
10 Resepi Perapan Ayam Anda Boleh Cuba
Untuk anda yang mahu mula belajar prep makanan, di sini kami kongsikan 10 resepi yang anda boleh cuba menggunakan protein kegemaran ramai iaitu ayam. Jangan lupa take note kesemua bahan-bahan yang anda perlukan!
#1 Ayam Blackpepper
- Sedikit halia (dikisar)
- Serai (dikisar)
- Bawang putih (kisar atau cincang)
- Madu (agak-agak)
- Minyak zaitun (agak-agak)
- Sos tiram (secukupnya)
- Sos lada hitam (agak-agak)
- Serbuk lada hitam (agak-agak)
- Garam dan gula (secukup rasa)

#2 Ayam Sate
- Serai (dikisar)
- Halia (dikisar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Bawang merah (dikisar atau cincang)
- Serbuk jintan manis (agak-agak)
- Serbuk jintan putih (agak-agak)
- Serbuk kunyit (sedikit)
- Garam dan gula (secukup rasa)

#3 Ayam Berempah
- Halia (dikisar)
- Serai (dikisar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Kiub pati ayam (sedikit sahaja)
- Serbuk jintan (agak-agak)
- Cili kisar (lebih kurang 3-4 sudu besar)
- Serbuk rempah kari (lebih kurang 1 sudu besar)
- Garam (secukup rasa)

#4 Ayam Madu
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Halia (dikisar)
- Sos tomato (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos cili (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos tiram (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos blackpepper (lebih kurang 2 sudu besar)
- Madu (agak-agak)
- Serbuk kari (lebih kurang 1 sudu)
- Serbuk cili (lebih kurang 1 sudu)
- Garam (secukup rasa)

#5 Ayam Yogurt
- Yogurt asli (lebih kurang 3 sudu besar)
- Serbuk kari (lebih kurang 1 sudu besar)
- Serbuk cili (lebih kurang 1 sudu besar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Halia (dikisar)
- Minyak zaitun (agak-agak)
- Sos lada hitam (lebih kurang 1 sudu besar)
- Sos tiram (lebih kurang 1 sudu besar)
- Kicap dan madu (agak-agak)

#6 Ayam Mayonis
- Halia (dikisar)
- Marjerin (1 sudu kecil)
- Mayonis (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos cili (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos tiram (lebih kurang 1 sudu besar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Bawang merah (dikisar atau cincang)
- Kiub pati ayam (sedikit sahaja)
- Serbuk lada hitam (agak-agak)
- Gula dan garam (secukup rasa)

#7 Ayam Serai
- Halia (dikisar)
- Serai (dikisar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Serbuk kunyit (lebih kurang 1 sudu kecil)
- Tepung jagung (lebih kurang 1 sudu kecil)
- Daun kari (lebih kurang 6 helai)
- Garam (secukup rasa)

#8 Ayam Goreng My Style (Pemilik Resepi)
- Halia (dikisar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Bawang merah (dikisar atau cincang)
- Serbuk cili (lebih kurang 1 sudu kecil)
- Serbuk kunyit (lebih kurang 1 sudu kecil)
- Serbuk kari ikan (lebih kurang 1 sudu kecil)
- Kiub ayam (sedikit sahaja)
- Garam dan gula (secukup rasa)

#9 Ayam Cili Kering
- Halia (dikisar)
- Bawang merah (dikisar atau cincang)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Kiub ayam (sedikit sahaja)
- Cili kering (lebih kurang 8 biji)
- Sos cili (lebih kurang 2 sudu besar)
- Sos tiram (lebih kurang 2 sudu besar)
- Garam dan gula (secukup rasa)

#10 Ayam Teriyaki
- Halia (dikisar)
- Bawang putih (dikisar atau cincang)
- Bawang merah (dikisar atau cincang)
- Kicap (agak-agak)
- Minyak bijan (agak-agak)
- Daun bawang (sedikit)
- Serbuk lada hitam (agak-agak)
- Garam dan madu (secukup rasa)

Cara Penyediaan Menu Perapan Ayam
Anda boleh menggoreng, membakar dalam air fryer (penggoreng kering), atau panggang di atas kuali. Jika anda membakar ayam menggunakan air fryer, anda perlu menetapkan suhu 180°C selama 20 minit, kemudian terbalikkan ayam dan tambah lagi 10 minit dengan suhu yang sama.
Dengan cara ini, ayam anda itu akan garing di bahagian luar dan lembut di dalamnya.
NOTA: Jangan lupa defrost (nyahbeku) ayam selama 30 minit ke satu jam atau sehingga mula lembut bagi mengelakkan bahagian dalam ayam masak dengan sekata.
Menurut Fedalee (pemilik resepi), bahan-bahan perapan ini sedia digunakan selepas 30 minit diperap atau juga boleh disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
Jika anda sedang mengamalkan diet, anda boleh memilih resepi menu perapan ayam yang kurang menggunakan bahan berproses tinggi sebagai contoh sos cili, sos tomato dan sebagainya.
Selamat mencuba! 😋🍗
Lihat perkongsian penuh [DI SINI].