fbpx
Now Reading
Berminat Nak Jadi Pilot? Ini Tips Buat Pelajar Lepasan SPM

Berminat Nak Jadi Pilot? Ini Tips Buat Pelajar Lepasan SPM

Menurut seorang juruterbang kadet, Feeq Azmir, terdapat dua laluan yang boleh diambil untuk menjadi juruterbang iaitu menyertai Program Juruterbang Kadet atau Akademi Penerbangan Persendirian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Untuk pelajar yang baru atau bakal menamatkan peperiksaan Sijil Pengajian Malaysia (SPM) pada tahun ini, langkah seterusnya sudah tentulah mencari perjalanan yang bersesuaian dengan minat masing-masing.

Ada yang memilih institusi pengajian tinggi seperti universiti dan kolej yang memfokuskan pendidikan akademik, atau memilih pendidikan vokasional untuk kemahiran praktikal.

Buat pelajar lepasan SPM, anda tahu tak satu lagi pilihan yang boleh dilakukan sejurus setelah tamat persekolahan adalah mengikuti kursus untuk menjadi seorang juruterbang?

Namun prosesnya berbeza dengan lanjutan ke pengajian peringkat tertiari di institusi pendidikan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Kejar Tajaan MARA Untuk Jadi Pilot, Huffaz Raih 11A SPM Nekad Tolak Banyak Biasiswa

Baca Artikel Berkaitan: Dulu Bawa Tren Kini Bawa Airbus, Perkongsian Tentang ‘Co-pilot’ Ini Buat Ramai Terinspirasi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Buat Kejutan Jadi Pilot Untuk Penerbangan Ibu Ke Tanah Suci Tunai Haji [Video]

Dua Laluan Untuk Menjadi Juruterbang Selepas SPM

Menerusi hantaran di Threads (@feeq_azmir), seorang lepasan Program Juruterbang Kadet yang dikenali sebagai Feeq Azmir, telah berkongsi mengenai laluan untuk menjadi juruterbang.

Katanya, terdapat dua laluan yang boleh dipilih termasuk Program Juruterbang Kadet yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan.

Di bawah program ini, seorang kadet akan menjalani sekitar tiga ke empat peperiksaan sebelum dipilih oleh syarikat penerbangan dan dihantar untuk menyertai latihan. Secara ringkasnya, boleh dikatakan pekerjaan yang terjamin.

Satu lagi pilihan laluan ialah menyertai Akademi Penerbangan Persendirian. Namun Feeq berpendapat laluan ini tidak digalakkan kerana lepasan akademi ini kurang diterima sebagai juruterbang.

“Syarikat penerbangan lagi suka ambil lebih ramai juruterbang kadet berbanding lepasan akademi penerbangan,” katanya yang kini sedang menduduki pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat-syarat Untuk Menjadi Juruterbang

Seperti mana-mana institusi, Program Juruterbang Kadet juga tertakluk kepada syarat-syarat tertentu sebagai mana dikongsikan oleh Feeq:

  • Mendapat A bagi subjek Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM
  • Mendapat B untuk subjek Fizik atau A untuk Sains dalam SPM
  • Lulus Bahasa Melayu SPM
  • Mendapat B untuk dua subjek SPM lain
  • Tinggi sekurang-kurangnya 158cm
  • Power mata kurang 600
  • Sekurang-kurangnya meraih lima (5) kredit dalam SPM (Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan 2 lain-lain) untuk menyertai Akademi Penerbangan Persendirian

Namun syarat yang ditetapkan juga tertakluk kepada syarikat penerbangan atau akademi penerbangan masing-masing.

Jangan tak tahu ya, perempuan pun boleh jadi juruterbang dan bukan lelaki sahaja!

Baca Artikel Berkaitan: Dari Darat Ke Udara, Malaysia Airlines Lancar Penerbangan Dengan Team All-Women

Baca Artikel Berkaitan: Ayah & Anak Pilot Kini Bahagia Terbang Bersama

Kos Menyertai Program Menjadi Juruterbang

Untuk info, jumlah bayaran bagi program untuk menjadi juruterbang memakan kos yang tinggi, iaitu sekitar RM470,000 ke RM515,000 (kos asas).

Feeq berkata kos ini perlu dibayar sendiri atau menerusi pinjaman dari pihak bank memandangkan tiada tajaan yang disediakan.

“Masuk (laluan) kadet penerbangan pun bayar sendiri? Ye dik. Tiada tajaan. Tiada MARA,” katanya.

Menurutnya, gaji ibu bapa atau penjamin perlu sekurang-kurangnya RM6,000 bagi membuat pinjaman dengan pihak bank, tetapi bergantung kepada setiap bank juga.

Kongsi Perjalanan Ketika Program Penerbangan

Feeq turut menerangkan serba sedikit mengenai perjalanan ketika menyertai prgoram penerbangan yang biasanya mengambil masa sekitar dua tahun.

Katanya pada tahun pertama, calon akan mempelajari tentang teori dan perlu menduduki 14 kertas peperiksaan dengan markah lulus sekurang-kurangnya 75%.

Tahun seterusnya pula, mereka akan didedahkan dengan cara menerbangkan kapal kecil dan perlu mengumpul jumlah masa penerbangan (flying hours) sebanyak 200 jam sebelum lulus.

“Ada peperiksaan penerbangan juga, jangan lupa. Bukan senang-senang fly je gitu,” katanya.

Perlu Jalani Latihan Lagi Sebelum Jadi Juruterbang

Selepas tamat program penerbangan, tindakan seterusnya sudah tentulah untuk mendapatkan tempat di syarikat penerbangan.

Seperti yang dinyatakan tadi, mereka yang menyertai Program Juruterbang Kadet di bawah syarikat penerbangan perlu menunggu panggilan untuk mempelajari cara menerbangkan kapal besar (type rating).

“Kena duduk ground class, belajar simulasi, peperiksaan, penerbangan yang disahkan, line training, baru dapat kerja sebenar. Tak lulus, kena ulang. Kalau teruk sangat, ada kemungkinan ditendang,” ujar Feeq lagi.

Bagi lepasan Akademi Penerbangan Persendirian pula, mereka perlulah menunggu kekosongan untuk memohon kerja dengan syarikat penerbangan.

View on Threads

Dalam masa sama, Feeq turut memberi nasihat kepada mereka yang berminat untuk menjadi seorang juruterbang.

“Kalau ada minat boleh pergi jauh, tapi kalau setakat nak jadi pilot sebab atas dasar glamour, lupakan sahaja. Ia pekerjaan berisiko tinggi, tetapi amat menyeronokkan jika anda ada keberanian,” katanya.

Dia juga memaklumkan bahawa walaupun dia telah melepasi program jururawat kadet di dua syarikat penerbangan utama negara, dia tidak meneruskan latihan bagi menghabiskan pendidikan ijazah sarjana muda dahulu.

Baca Artikel Berkaitan:Ramai Terkejut Pemuda Rupanya Pilot Lepas Lihat Gaya Yang Simple, Pakai T-Shirt & Selipar Jepun [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.