fbpx
Now Reading
“Insya-Allah Mujarab” – Lelaki Kongsi Petua Legakan Batuk Guna Botol & Straw [Video]

“Insya-Allah Mujarab” – Lelaki Kongsi Petua Legakan Batuk Guna Botol & Straw [Video]

Menurut lelaki itu, petua terbabit tidaklah memerlukan bahan yang banyak, sebaliknya hanyalah botol kosong, penyedut minuman, bunga cengkih, bawang putih, garam, air panas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Keadaan cuaca dan suhu yang tidak menentu di Malaysia menjadi salah satu punca batuk dan sakit tekak bagi kalangan rakyat tempatan.

Secara ringkasnya, gejala batuk merupakan tindakbalas semula jadi bagi menyingkirkan bendasing dan kuman yang mampu menjadi punca radang paru-paru (pneumonia) selain jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Bagaimanapun, sudah pasti akan ada rasa kurang selesa di tekak setiap kali mengalami masalah batuk apatah lagi melibatkan kahak.

Lelaki kongsi petua legakan masalah batuk, tekak gatal dan kahak

Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Baba Tima telah tampil berkongsi satu petua untuk menghilangkan batuk, rasa gatal pada tekak serta masalah kahak.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, dia mendakwa bahawa petua ini agak mujarab dan mudah untuk diamalkan.

Petua legakan batuk guna botol kosong dan straw, begini caranya

Menurut lelaki itu, petua terbabit tidaklah memerlukan bahan yang banyak, sebaliknya hanyalah botol kosong, straw, bunga cengkih, bawang putih, garam, air panas.

Cara buat botol straw:

  • Tebuk lubang kecil pada bahagian tepi botol
  • Masukkan penyedut minuman ke dalam lubang terbabit
  • Pastikan lubang tidak terlalu besar dan straw berada dalam kedudukan senget.

Cara penyediaan bahan:

  • Ambil dalam segenggam bunga cengkih atau 10 gram dan tumbuk (tidak perlu hingga betul-betul hancur)
  • Kemudian tumbuk pula dua ulas bawang putih
  • Letakkan kedua-dua bahan tadi ke dalam bekas kosong dan letak sesudu garam bukit atau garam biasa.
  • Selepas itu tuang air panas ke dalam bekas berkenaan dan biarkan sehingga 10-15 minit sehingga air bertukar warna.

Selepas itu, masukkan air terbabit bersama bahan-bahannya ke dalam botol kosong berkenaan. Kemudian sedut wap dengan menggunakan mulut daripada penutup botol terbabit.

Jelas lelaki itu, bahan terbabit hanya boleh bertahan sehingga enam jam sahaja dan perlu dibuang selepas itu.

@babatima1 Ada tak yang ada masalah batuk cuba komen kat bawah #batuk #kahak #petuasihat #fyp #petua ♬ original sound – Baba Tima 🍉

Baca Artikel Berkaitan: 9 Petua Yang Berkesan Untuk Hilangkan Batuk & Sakit Tekak

Baca Artikel Berkaitan: Air Beroksigen Tinggi Tak Boleh Rawat Batuk & Paru-paru, Ini Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Musim Batuk Kembali! Ini Nasihat Pakar Paediatrik Buat Ibu Bapa & Cara Pencegahannya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.