fbpx
Now Reading
Ibu Ayah Perlu Bijak, Ini Cara Pilih Mainan Yang Boleh Membantu Rangsang Minda & Fizikal Anak

Ibu Ayah Perlu Bijak, Ini Cara Pilih Mainan Yang Boleh Membantu Rangsang Minda & Fizikal Anak

Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlu bermain untuk merangsang kognitif, kemahiran sosial, kreativiti, cara mengawal emosi dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui membesarkan anak kecil bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana di usia inilah kita ingin membentuk personaliti, merangsang minda mereka untuk berfikir, menggalakkan pergerakkan aktif dan banyak lagi.

Namun kesibukan jadual kerja atau rutin harian adakalanya membuatkan para ibu bapa tidak mempunyai pilihan selain memberikan mereka alat elektronik seperti tablet dan sebagainya. Tak dinafikan penggunaan peranti ini sebenarnya mempunyai manfaat yang baik khususnya jika kandungan digitalnya dipilih dengan baik dan bersesuaian dengan usia si kecil.

Pemilihan permainan yang betul bantu perkembangan si kecil

Akan tetapi kita juga tidak mahu anak meluangkan masa dengan alat berkenaan sehingga terlepas perkara yang lebih menarik dan mampu membantu mereka untuk membesar. Kajian antarabangsa termasuk daripada Akademik Pediatrik Amerika (AAP) turut menegaskan bahawa permainan merupakan ‘bahasa perkembangan kanak-kanak’.

Ini kerana menerusi permainan ia membentuk kemahiran kognitif, bahasa, kreativiti, cara mengawal emosi termasuklah hubungan sosial.

Antara tips untuk ibu ayah memilih permainan elektronik buat si kecil adalah:

#1 Berikan fokus dalam permainan yang boleh merangsang anak-anak untuk berimaginasi

Foto: Pexels

Memetik Harian Metro, mengikut AAP permainan imaginatif sebagai contoh blok kayu, anak patung, set memasak kanak-kanak mahupun kereta kecil sebenarnya boleh membantu kanak-kanak dalam membina kreativiti mereka.

Selain itu ia juga membantu mereka dalam menyelesaikan masalah.

Permainan seperti ini juga memberikan peluang pada anak kecil untuk menjadi kreatif dengan membina jalan cerita sendiri dengan alat berkenaan.

Permainan seperti ini bersesuaian untuk si kecil yang berusia satu hingga lima tahun dengan tahap kesukaran boleh dipertingkatkan mengikut umur anak.

#2 Pilih mainan yang boleh menyokong kepada motor halus serta kasar

Foto: Pexels

Kajian perkembangan awal kanak-kanak (‘CDC Early Childhood Milestones’) menunjukkan bahawa otot kecil (motor halus) serta otot besar (motor kasar) akan berkembang dengan pesat untuk waktu ini.

Antara permaianan yang disarankan untuk menyokong motor mereka adalah:

Bagi motor halus seperti

  • Puzzle kayu,
  • Lego bersaiz besar seperti Duplo
  • Buku aktiviti yang pop-up
  • Menyusun bentuk.

Manakala untuk motor kasar mereka pula adalah:

  • Menggunakan bola lembut
  • ‘Ride-on toys’
  • Terowong permainan
  • Trampolin mini dengan pemegang serta banyak lagi.

Permainan yang bersifat fizikal seperti ini adalah bagus dan boleh didedahkan di usia awal kerana ia membantu si kecil untuk koordinasi, keseimbangan serta membentuk keyakinan diri.

#3 Elakkan bermain elektronik berlebihan

Foto: Pexels

Bermain alat elektronik tak dinafikan akan membuatkan anak teruja dan seronok dengannya.

Namun AAP turut menegaskan bahawa permainan digital bagi anak berusia bawah lima tahun tidak boleh menggantikan permainan fizikal mahupun interaksi dengan manusia.

Malah tablet serta permainan LED hanya dibenarkan secara minimum sekitar satu jam sehari untuk anak berusia dua hingga lima tahun. Anda juga tidak digalakkan memberikan alat ini sepenuhnya kepada anak berusia bawah 18 bulan, kecuali menerusi panggilan video.

Ini kerana permainan elektronik tidak akan memberi rangsangan yang sama seperti mana sentuhan, pergerakan atau permainan sosial.

Mereka mungkin dilihat mudah terhibur dengannya namun tidak dapat mempelajari sesuatu perkara secara mendalam.

#4 Ibu ayah perlu pilih mainan yang membesar bersama dengan si kecil

Foto: Pexels

Jika membeli mainan, pasti kita ada perasan terdapat had umur yang dicadangkan di tepi kotak atau pada bahagian arahan.

Ini kerana permainan yang bersesuaian dengan anak kecil mudah membantu mereka untuk bermain dan memahaminya.

UNICEF juga ada menyarankan permainan yang digunakan mengikut perkembangan umur si anak, sebagai contoh:

  • Blok binaan yang boleh digunakan dari umur 1-5 tahun.
  • Set alat muzik kanak-kanak
  • Set seni seperti pensil (crayon besar, cat jari) dan sebagainya. Permainan seperti ini tidak hanya jimat bahkan dapat membantu perkembangan anak secara peringkat.

#5 Utamakan keselamatan fizikal

Foto: Pexels

Dalam bermain ibu ayah perlu sentiasa mengutamakan keselamatan anak-anak. Kita sememangnya ingin mereka mencapai objektif dalam permaianan yang dilakukan namun keselamatan adalah amat penting untuk dititikberatkan.

Mengikut panduan global (antarabangsa) seperti ‘EU Toy Safety Directive’ serta APP telah menyarankan beberapa perkara untuk keselamatan seperti:

  • Elakkan menggunakan permainan atau bahagian yang kecil kepada anak kecil berusia bawah tiga tahun. Ini kerana mereka berpotensi untuk mengalami risiko tercekik.
  • Pastikan bahan permainan yang digunakan adalah selamat dan bebas toksik, atau ‘BPA-free’
  • Permainan adalah kukuh, tidak tajam kerana boleh mencederakan anak, tidak mudah pecah.
  • Sentiasa ikuti label ‘sesuai dengan umur’ yang ditetapkan oleh pengeluar mainan terbabit.

#6 Permainan sosial adalah digalakkan

Foto: Pexels

Permainan sosial sebenarnya membantu anak untuk berkomunikasi dengan baik, memahami emosi dan berkongsi dengan individu lain mengenai idea dan banyak lagi.

Malah anak pada usia tiga hingga lima tahun sudah mula ingin berkongsi mengenai emosi mereka dan banyak lagi.

Antara permainan yang menggalakkan anak untuk bersosial seperti ‘board game’ mudah, berlakon watak contohnya menggunakan anak patung, menjadi guru dan murid atau permainan berkumpulan ringan yang membantu si anak kemahiran untuk sosial serta empati.

Dalam memilih mainan bukanlah mengenai kehebatan atau canggih semata-mata namun bagaimana sesuatu permainan membantu perkembangan si manja.

Menerusi garis panduan ditetapkan antarabangsa permainan terbaik adalah yang dapat merangsang imaginasi, memberikan galakan kepada pergerakan serta mencipta interaksi antara anak dengan ibu ayah atau penjaga.

Malah mereka yang banyak bermain dilihat lebih aktif kerana dapat menggerakkan seluruh tubuh badan.

Kepada ibu ayah, jadikan saat bermain bersama anak sebagai satu momen paling indah dan membuatkan mereka mengingatinya sehingga besar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.